Part 29 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

968 30 4
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Theo menyusun semua pakaiannya ke dalam bagasi. Barang-barang keperluan juga tidak dilupakan. Pagi-pagi lagi dia bangun untuk menyediakan keperluan nya.

Kedengeran hon kereta dari luar rumah menandakan bodyguard majikannya itu sampai. Sebelum dia berlalu keluar, sekeping kertas dilekatkan pada peti sejuk. Dia terpaksa menipu supaya Amy dan Zack tidak mencari dan risau padanya.

Lelaki berbadan tegap tersebut membantu Theo memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Pintu kereta juga dibuka untuk Theo. Theo hanya memerhati gelagat bodyguard itu. Mereka pun meninggalkan kawasan tersebut. Hanya bunyi radio yang menemani mereka sepanjang perjalanan.

"Tuan.. Tuan, dah sampai." Bodyguard itu mengejutkan Theo dari lena. Theo meregangkan tubuhnya sebelum melihat dari luar cermin kereta. Pintu kereta dibuka. Terlopong Theo melihat banglo mewah di depannya.

"Luasnya.." Gumam Theo perlahan. Pagar automatik terbuka. Perlahan Theo melangkah masuk ke pekarangan banglo tersebut. Sampai saja pintu depan, sekali lagi dia terlopong. Pintu terlebih besar!

"Akhem!" Deheman Nick mengejutkan lamunan Theo. Theo tersengih malu.
"Dah puas tilik setiap sudut ruang ni?"

"T-Tuan Davien."

Nick mengisyaratkan bodyguard itu keluar.

"Ma Nely! Ma Nely!" Nick memanggil. Theo melihat seorang wanita berusia berlari anak menuju ke arah mereka.

"Ya Tuan! Saya datang. Kenapa ni?" Gerangan yang digelar Ma nely memandang ke arah Theo. Senyuman manis diberikan.

"Budak ni, maid baru. Jadi aku nak Ma Nely urus semua keperluan budak ni. Oh ya, larang dia apa yang patut. Pantau dia ma Nely. Aku pergi dulu. Aku ada hal. Oh ya, kau, aku nak makan malam hari ni kau yang masak. Kalau aku tahu Ma Nely yang masak, siap kau!" Kelibat Nick menghilang sekelip mata. Tinggal Ma Nely dan Theo.

"Jom Ma tunjukkan mana bilik kamu." Theo hanya mengikuti Ma Nely.

"Nama anak ni siapa?"

"Nama saya Theodore Roosevelt. Panggil je Theo Ma."

"Lah lelaki rupanya. Ma ingat perempuan mana Tuan bawa. Cantik ya Theo. Kenapa kerja kat sini?"

"Sebenarnya, adik saya hilang. Jadi kebetulan saya terserempak dengan dia, saya minta tolong dia. Tapi.. Kena ada syarat dan sebab tu Theo ada kat sini."

"Ohh.. Ma harap budak bertuah tu cari betul-betul adik kamu tu." Theo terkejut dengan pernyataan Ma Nely.

"Kenapa Ma Nely?"

"Tak ada apa sebenarnya.. Ni kamu kerja kontrak ke?" Ma Nely menukar topik.

"Ya Ma. 3 bulan.."

"Hah dah sampai ini bilik kamu ya. Bilik Ma ada depan bilik kamu je. Nak minta tolong, panggil aje Ma ya?" Theo mengangguk faham lalu meletakkan bagasinya di dalam bilik tersebut. Theo menyusun apa yang patut. Selepas itu mendapatkan Ma Nely.

Ma Nely membawa Theo mengelilingi kawasan banglo tersebut. Tidak lupa juga amaran supaya tidak memasuki kawasan larangan. Dari ruang tamu, tandas, kamar mandi, bilik tetamu, bilik majikan dan akhir sekali dapur. Theo meneguk air sejuk yang di berikan oleh Ma Nely.

"Ma, luasnya banglo ni. Penat Theo jalan nak turun tangga nak lawat semua. Huhh.." Theo menghela nafasnya. Ma Nely tergelak kecil.

"Memang itulah Ma lakukan setiap hari. Jadi Theo kena biasakan semua ni." Theo hanya mengangguk. Punggung dilabuhkan di kerusi.

"Kamu tak rimas ke rambut panjang ni?" Ma Nely duduk di sebelah Theo sambil membelai rambut panjang Theo.

"Taklah Ma. Dah biasa. Hmm.. Ma Nely memang sorang je ke kerja kat sini?"

"Ma dah tak ada siapa-siapa Theo. Keluarga Tuan yang ambil Ma kerja kat sini. Keluarga Tuan memang baik. Kalau nak tahu keluarga Tuan pulang dua kali sebulan je kat banglo besar ni. Sebab tu lah. Dah 20 tahun Ma berkhidmat kat sini." Ma Nely tersengih menceritakan kisah sebenar kepada Theo.

"Theo dengan adik sebenarnya anak yatim Ma. Tapi Theo ada dua orang sahabat yang selalu ada di sisi Theo. Sebab tu lah Theo tak pernah putus asa." Dipejam matanya rapat.

"Mama dengan papa meninggal ketika umur Theo baru 15 tahun. Adik baru 13 tahun. Theo ada duit cukup-cukup je masa tu. Nak beli baju sekolah tak cukup. Theo selalu kena buli kat sekolah. Sampai sekarang Theo benci dengan lelaki yang selalu buli Theo." Ma Nely menenangkan Theo. Dia juga berasa simpati. Lembut hati juga Theo ni. Cerita sikit dah keluar air mata.

"Sabar ya Theo."

"Ya Ma.."

[•••]

"Arkk!" Sakit yang dialami tidak tertahan. Kukunya yang sudah dicabut, jarinya yang sudah dipotong di beri makan kepada anjing di depan mata nya sendiri. Lelaki di depan nya hanya memerhati darah terpercik sana sini.

"Biar yang ini bagi kau pengajaran. Kesianlah kau ni. Mati je lah!"

Bang! Bang! Bang! Bang!

Tembakan bertalu-talu di berikan. Nick ketawa menggila. Selesai saja sesi menembak, Nick memasang wajah datar. Pistol dibuang di merata tempat.

Nick keluar daripada ruang rahsia tersebut.

"Bau lah kau, euwwh." Ien menutup hidung nya. Entah datang dari mana pistol di acukan di leher Ien. Ien tersenyum sengih melihat Nick yang berlumuran darah.

"Kau diam lah!" Nick meninggalkan Ien yang menggaru kepala yang tidak gatal.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now