𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Nick memandu laju ingin pulang ke rumah. Pakaian yang berlumuran darah dan bau hanyir dibiarkan. Kira-kira pukul 2 pagi dia sampai di rumah. Dia menggunakan jalan pintas untuk masuk ke dalam tanpa pengetahuan sesiapa.
Nick mengambil tuala lalu pakaian dibukanya. Air pancuran membasahi setiap inci tubuhnya. Selesai saja dia membersihkan diri, Nick berjalan ke arah balkoni. Fikirannya ditenangkan dengan sebatang rokok.
Wajah cantik Theo menerpa fikirannya. Saat kaki Nick melangkah ke ruang tamu, terlihat sekujur tubuh Theo yang sedang tidur di atas sofa. Terselit rasa simpati. Nick mendekati Theo yang nyenyak tidur.
"Gergous..." Di usap lembut rambut panjang Theo. Pipi tembam Theo di elus. Setelah beberapa minit menatap wajah Theo, tubuhnya diangkat dan dibawa ke biliknya. Dahinya di kucup lembut sebelum tidur di sebelah Theo.
"Good night, love." Kemudian, mereka tidur sambil berpelukan tanpa disedari.
Theo menggeliat kecil. Dia melihat sekeliling ruangan tersebut. Bilik Nick. Tubuhnya mengeras apabila merasakan sepasang tangan melingkari pinggangnya. Theo dapat merasakan hembusan nafas Nick di tengkuk nya. Itu membuatkan Theo mengepam darah lebih cepat. Sensitif sungguh Theo.
"Haahh.. Hm.." Theo menahan nafasnya.
Tiba-tiba tangan Nick bergerak meramas tubuh Theo. Theo yang cuba untuk melepaskan diri tidak dapat melawan kudrat seorang Nick.
"Kau dah bangun. Hahh aku suka aroma badan kau. Theo..." Suara serak Nick membuatkan nafsu Theo bertambah. Menggoda. Theo hanya mendiamkan diri. Nick menghentikan tindakan nya untuk menggoda Theo sebab bukan masanya. Theo yang terkejut dengan tindakan Nick hanya diam. Nick bangun dari tidur lalu cepat sahaja tangannya mengambil tuala lalu masuk ke dalam kamar mandi.
Theo yang melihat majikan nya itu turut ikut serta. Tapi dia mandi dekat bilik dia lah.
Usai sahaja Theo menyalin pakaian, dia berjalan ke arah dapur untuk membuat sarapan pagi.
Tengah syok memasak, ada pula yang melingkar kat pinggang Theo. Tangan Nick.
"Err Tuan Davien, good morning." Theo mengucapkan selamat pagi dengan kekok.
"Morning." Lah itu je dia jawap. Theo hanya membiarkan sahaja. Pelik dia dengan majikan dia. Selesai menyiapkan sarapan, dia mengambil kerusi di sebelahnya. Tuannya itu pun ikut sekali.
"Ermm, tuan Davien dah ada berita baik tak? Untuk Thia..?" Theo memandang Nick. Nick hanya memekakkan telinga. Theo yang terasa dengan perbuatan Nick, mendiamkan diri. Mungkin bukan masanya nak tanya.
Dari tadi sunyi je rumah sebab seorang pun tak nak bercakap. Ma Nely pula sudah pulang ke kampung. Tinggallah mereka berdua. Theo hanya memerhati gelagat Nick yang sedang membuat kerja di ruang tamu.
"Handsome.. Maskulin.. Semua yang dia ada tu ciri yang wanita inginkan. Bukan macam aku, haihh. Patut takde yang nak." Theo menggumam sendirian. Insecure lah katakan.
Nick yang merasa sedang diperhatikan, menoleh ke arah Theo. Pandangan mereka bertaut. Theo yang tidak tahan dengan pandangan tajam Nick, mengalihkan pandangan.
Tapi pandangannya membuatkan Theo tergerak hati untuk melihat. Satu bingkai gambar yang berada di atas TV. Theo membelek-belek bingkai tersebut. Terlihat seorang anak lelaki yang mungkin usianya 10 tahun dan seorang lagi anak lelaki yang seusia. Anak lelaki itu sedang memukul seorang lelaki sehingga jatuh longkang. Theo cuba mengamati gambar tersebut namun suara Nick membuatkan dia terkejut lalu tanpa sengaja terjatuh kan bingkai gambar milik Nick. Habis berterabur kaca.
"Ma-Maaf kan saya tuan! Saya tak sengaja. Maafkan saya, maafkan saya, maaf, maaf, maaf!" Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan tatkala melihat wajah bengis Nick. Kaca yang berterabur diambil satu persatu. Entah mengapa perasaannya kini takut. Masa silam menguasai minda Theo. Air matanya tidak habis-habis mengalir.
Nick yang melihat satu-satu bingkai gambar kesayangan nya jatuh menahan nafasnya. Dia menghembuskan nafas perlahan agar amarahnya tidak keluar. Melihat wajah Theo mengingatkan dia dengan kisah silam mereka berdua. Nick mendekati Theo yang sedang cuba mengambil serpihan kaca. Darah ditangan tidak dia peduli. Nick menggenggam erat tangan Theo membuatkan Theo lebih takut.
"Maaf saya tak sengaja. Maaf, maaf, maaf." Theo sudah hilang arah. Nick cuba menenangkan Theo dengan pelukan.
"Shh.. Shhhh... Iya, iya.. Aku tak marah. Janganlah nangis, aku tak marahpun kan? Sudah.. Sudah.." Theo yang menangis kembali tenang mendengar kata-kata majikannya. Nick mencapai aid kit sebelah meja TV lalu mengubati luka Theo.
"Tahan." Theo menahan rasa sakit pada bahagian jarinya yang penuh luka akibat kaca. Theo merenung wajah Nick yang teliti mengubati jarinya.
"Maaf..." Lagi sekali Theo meminta maaf.
"Kan aku dah cakap tak apa. Dah aku dah balut jari kau. Kau jangan nak buat kerja berat pula." Theo mengangguk.
"Good boy." Nick memegang kepala Theo sambil mengusap rambut nya.
"Kaca ni biar aku sapu, kau duduk diam-diam kat sofa." Theo hanya mampu melihat Nick yang sudah bergerak ke arah dapur mengambil penyapu.
Nick POV
Pertama kali aku offer nak sapu kaca tu. Tak pula aku suruh si budak Theo tu sapu. Tengah aku ralit bersihkan serpihan kaca ni, aku perasan pandangan Theo ke arah aku tapi aku buat-buat tak tahu. Gambar dalam bingkai tu aku tenung. Ni satu-satunya kenangan aku dengan Theo sejak dia hilang dulu. Gambar ni, Ian yang tangkap. Sempat pula dia gambar aku tengah tolak budak tu jatuh longkang. HAHAHHA. Gambar tu aku letak balik atas TV.
Disebabkan hari ni aku tak masuk kerja dan aku malas, aku pun ambik lah cuti dua tiga hari. Suka hati akulah nak cuti, aku bos kan. Selesai membersihkan serpihan kaca, aku ke dapur balik nak buang serpihan kaca ni. Dan aku dengan peluh menitis duduk sebelah Theo.
"Hurh penat juga eh? Tu baru menyapu bukan sapu satu rumah.." Tanpa aku sedar aku mengomel sendiri.
"Tuan penat? Mari saya lapkan peluh tuan ni. Dah menitis." Dia melap peluh aku dengan tisu. Malu pula aku dibuatnya. Tanpa sengaja entah macam mana budak ni boleh jatuh atas riba aku. Aku hanya mampu telan air liur kelat. Awkward pula dah.
"Ahemm.."
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...