𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Theo POV
Aku dah ternganga tengok dalam hotel ni. Ni dah mengalahkan dewan dah! Ada juga aku nampak tetamu dari negara asing. Aku rasa kalau bawa satu group bola sepak ni pun masih belum penuh lagi bahkan beribu-ribu orang sekalipun. Siapalah empunya hotel ni? Bukan bishe-bishe.
Sekeliling aku ada makanan dan pelbagai jenis minuman yang aku tak pernah makan langsung. Lagi-lagi aku duk di meja VIP. Untungnya aku datang sini, fuhfuhfuh.
"Tutuplah mulut tu, orang nampak. Nanti-nanti jelah nak puji." Amy tegur aku. Alah nak buat camne aku dah excited sangat. Aku tersengih.
"Ramainya orang.. Ni mesti semua jemputan orang kayakan?" Aku memandang sekeliling kembali. Eh? Lah Amy ni, patut ah diam. Sibuk je dengan donut dia tu. Dasar pencinta donut. Aku pun kusyuk sangat dengar MC tu bercakap. Sesekali tangan aku menggapai sepotong kek lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Sedar tak sedar aku macam ternampak seseorang yang familiar sangat. Aku cuba mengelipkan mata aku. Kot lah aku tersalah pandang ke.
Tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu yang melekat kat muka aku. Aku pandang Amy. Eh ketawa pula dia.
"Eish Amy apa awak buat ni. Kan comot dah muka saya. Bak tisu." Aku mengambil tisu kemudian cuba untuk menghilang kan kesan coklat itu. Papa dengan mama Amy pun gelak juga.
"Awak ni, calit sikit je tak banyak. Muka awak masih bersih, jangan risau." Dia pun tolong aku bersih kan muka aku ni. Aku nampak dia dah senyum. Kenapa?
End Theo POV
Nick POV
Aku memerhati segenap lapisan manusia yang hadir dalam majlis yang papa aku adakan ni. Nak tak nak aku sebagai anak sulung ikut juga apa yang papa suruh. Adik aku yang lagi satu tu aku tak tahu mana hilang. Aku memperbetulkan tali leher yang buat aku tak boleh bernafas. Aku tak betulkan tapi aku longgarkan.
Banyak juga yang datang, termasuk sepupu aku belah papa dan mama. Topeng ni pun hadehh, mama yang paksa aku pakai dan aku pun pakai. Kebanyakan tetamu yang datang pakai topeng juga. Aku tak tahu apa kebaikan dia.
Tiba-tiba aku rasa ada orang pandang aku semacam. Aku cuba mencari kelibat yang pandang aku tu. Lah adik aku ke? Aku menaikkan kening tatkala adik aku pandang aku semacam.
"Bang kau dari tadi duk je. Tak de kerja ke? Aku tau kau hensem tapi jangan kau tunjuk muka kau kat sini. Aku tak nak" Lah membebel pula mak nenek sorang ni. Aku pun tunjal kepala dia.
"Eh kau diam boleh? Siapa suruh kau tak cantik, dah tak laku tu duk diam. Aku tengah malas ni. Kau punya pasal aku ikut datang sini." Aku salahkan dia sebab memang dia yang salah. Lagi satu dia cantik je tapi tulah.. Tak laku.
"Ishh duk ngan kau bang aku tak kuasa lah, baik aku blah." Dan adik aku akhirnya pergi. Sejuk sikit pandangan aku ni. MC ni pun macam ciput juga, lembab sangat nak berucap.
Dalam beberapa jam aku dah mulai tak keruan. Aku pandang jam tangan di pergelangan tangan aku. Dah 3 jam belum siap lagi. Dah tu aku keluar ambil angin kejap.
Aku rasa macam baru terlepas dari neraka. Atas ni nyaman sikit aku rasa daripada bawah hotel tu. Angin sepoi-sepoi menampar wajah aku yang lembut. Eh. Aku cuba baring sambil menikmati bintang malam. Mata aku lelapkan.
Baru 10 minit aku lelapkan mata, ada budak kurang ajar entah datang dari mana pun aku tak tahu, kacau masa tidur aku. Aku mengerutkan dahi.
"Luar ni sejuk. Nak tidur banyak lagi bilik kat hotel ni." Eh membebel pula. Aku pun tarik kasar tangan dia. Tanpa sengaja dia tersembam kat dada aku.
Mata ni.. Aku macam pernah nampak, tapi kat mana? Aku tenung dia. Aku tahu dia tak selesa jadi aku baringkan dia kat sebelah aku dan berbantalkan lengan aku. Kira hari ni mood aku baik kalau tak lama dah aku tibai budak ni.
"S-saya nak balik.."Aku hampir tak dengar suara dia. Tapi aku apa kesah? Aku sambung tidur balik. Aku pun jadi bantal tak bergaji, dengkuran aku dengar kat sebelah aku memastikan dia dah tidur. Hailahh nasib tuan badan.
20 minit berlalu, masih tiada tanda-tanda budak ni nak bangun. Aku pun perlahan alihkan tangan aku. Boleh tahan kebas juga ya tangan aku ni. Nasib tak lumpuh je.
Aku amati betul-betul wajah budak ni walaupun dia pakai topeng. Comel. Aku pun ambil dua tiga gambar selfie, manalah tahu kot jumpa lagi. Lepas tu aku biarkan dia tidur kat atas tu sorang diri. Aku selimutkan dia ya dengan baju kot aku. Aku tak sekejam tu biarkan dia mati kesejukan.
End Nick POV
Terkejut Zack dan Amy apabila mendapati Theo tidur atas lantai hotel. Apa tak nya, hampir kesemua kawasan hotel di periksa demi mencari Theo. Rupanya ada je kat atas ni. Buat risau je kalau dia hilang.
Theo yang sedang tidur nyenyak dibuai mimpi dikejutkan. Bahu digoncang.
"Theo.. Theo.. Bangun, kita dah nak balik dah ni." Amy menggoncang bahu Theo beberapa kali. Tak ada tanda-tanda nak bangun. Amy memandang ke arah Zack dengan pandangan nakal.
(Jangan nak fikir bukan-bukan tau, HAHAH) Faham je dengan senyuman tu. Zack mengangguk faham.
"Mula dengan kiraan tiga, dua.. dan satu! Theo kebakaran, kebakaran! Cepat lari!" Kali ni Zack menggantikan Amy. Terkejut bukan kepalang Theo dibuatnya. Terbuka luas mata Theo.
"Mana-mana?! Jom lari!" Amy dah ketawa terbahak-bahak. Zack dah senak perut tahan ketawa. Theo memuncungkan mulutnya. Ah sudah.
"Eh HAHAH Theo, kitaorang main-main jelah. Awak yang tidur tak ingat dunia. Tau tak mama ngan papa dah risau? Nasib tak kena culik." Amy memujuk hati Theo.
"Ha'ah betul tu. Kau pergi mana sebenarnya? Kata nak pergi tempat yang nyaman. Ini ke nyaman yang kau cakap? Hmm not bad." Zack memandang langit. Betullah, nyaman je atas ni.
"Alah aku tadi jalan-jalan nak makan angin eh tetibe aku kat sini." Theo membuat loyar buruk. Zack pandang datar je.
"Eh jom lah turun. Mesti mama dengan papa dah lama tunggu."Zack berdiri diikuti Amy dan pastu Theo. Namun langkah Theo terhenti apabila dia melihat baju kot hitam yang dia pakai selimutkan tubuh dia tadi. Dia mengerutkan dahi.
"Kot ni..."
"Theo, cepat sikit!"Jerit Amy.
"Okey! Aku datang!" Dia mempercepatkan langkah menghampiri mereka berdua dan masuk ke dalam lif. Dengan baju kot tu sekali dia rembat bawa pulang.。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
Author nak selitkan beberapa patah ayat, EH tak lah. Cuma nak cakap author rsa kn story yg author buat ad problem sikit. Tak tahu nak ckap camne tpi ad problem, sbb tu susah nak update.. Lgi satu author skrg tengah fokus study:/ Sorry tau yg lama tnggu tu, stay tune! (≧▽≦) Supaya tak rsa mcm membosankan, ptut ke author buat QnA? Klw iya, tanyalah pape pun author akan cuba jawab persoalan tu mueheheh
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...