𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!Tetaplah publish walaupun tak banyak sangat baca, haha 😂(≧▽≦)
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
"Jaga diri baik-baik tau!" Zack melambaikan tangan nya ke arah Amy yang sudah masuk ke perkarangan sekolah. Amy turut membalas lambaian Zack.
Hilang sahaja kelibat Amy, dia masuk ke dalam perut kereta. Wajahnya kembali memanas dek kerana perbuatan yang dia lakukan baru sahaja tadi.
Zack menutup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangan nya.
Betapa malunya dia ketika menghadiahkan Amy kucupan di dahi. Wajah Amy yang kemerahan menahan malu tampak comel dilihat. Mahu sahaja dia mengambil gambar Amy menggunakan handphone nya untuk dijadikan wallpaper.
Dia memegang jantungnya yang berdegup kencang. 'Arghhhhh, kenapa kau comel sangat hah Amy? Cukuplah jangan goda aku!' jerit Zack dalam hati. Entah macam mana dia boleh beriak tenang di hadapan Amy tadi, walhal hatinya sudah seperti ingin melonjak keluar sahaja.
Rambutnya dikuak ke belakang. Gear kereta ditukar dan tayar kereta mula berpusing meninggalkan pekarangan sekolah. Sepanjang pemanduan, Zack tidak henti-henti tersenyum. Angau sangat!
Hilang saja kelibat kereta tersebut, segala tulang anggota tubuhnya menjadi lemah. Nasib baik tubuhnya menyandar pada dinding taklah jatuh tersungkur. Membahang mukanya ketika ini. Terasa panas sahaja ruang kelas itu ketika ini. Padahal ruangan tersebut sejuk, lagi-lagi di awal pagi macam ni.
Amy menyentuh bahagian yang dikucup Zack di dahinya. Ini bukan yang pertama kali Zack memberi dia sebuah kucupan tetapi ada beberapa kali dia akan memberi Amy kucupan. Jantungnya juga tidak henti-henti berdegup kencang. Mahu sahaja dia menjerit.
Betapa malunya dia. Sempat dia melirik ke kiri dan ke kanan kalau-kalau ada pelajar lain melihat mereka. Untunglah masih awal, pelajar lain pun lambat lagi datang.
Amy kembali ke tempat duduknya. Kepala dilentokkan ke atas meja.
'Alangkah bagusnya kalau Zack tu jadi milik aku.. Kan?' monolog Amy. Amy menggelengkan kepala berkali-kali cuba mengusir keluar wajah Zack yang masuk ke dalam kotak fikirannya.
Dia cuba menyibukkan diri dengan membaca buku cerita sambil menunggu pelajar yang lain datang masuk ke dalam kelas. Sekali-sekala, dia cuba melirik ke arah luar tingkap untuk menghilangkan bosan.
[•••]
Tali leher yang kuat mencengkam lehernya ditarik hingga longgar. Rambut dikuak ke belakang. Dua sahabat kembar itu sentiasa berada di sisi ketua mereka berasa hairan. Yalah awal pagi lagi dah ada depan pagar sekolah ni. Sampai pengawas pun tak berani nak sound diorang.
Entah mimpi apa ketua mereka ini tiba-tiba sahaja menghubungi mereka awal pagi padahal merekalah yang selalu datang lambat ke sekolah. Siap pakai tali leher lagi.
Tak pernah-pernah mereka melihat ketua mereka memakai tali leher. Tapi hari ini kemas dengan lencana dan nametag pula.
Terkejut Ien apabila nametag yang dipakai Nick ialah nama Theo. Betul-betul tertera nama Theo di situ. Dia menggosok matanya beberapa kali. Manalah tahukan nama Nick tapi dia yang buta. Tapi tekaannya betul. Benar-benar tertera nama Theo!
Ian yang melihat tingkah laku adik kembarnya itu, menyiku lengannya. "Kau kenapa?" tanya Ian. "Kau tengok Nick punya nametag tu." bisik Ien sambil menunjuk ke arah nametag Nick. Ian hanya menaikkan bahunya.
"Bro, ni apa cerita kau pakai nametag Si Theo? Hmm biar aku teka. Kau pakai baju dia kan? kan?" tanya Ian sambil menyandarkan bahu nya ke dinding pagar sekolah. Nick hanya melirik Ian, tiada tanda-tanda ingin membalas.
"Bang kita buat apa kat depan pagar ni? Tak pernah kita lepak kat sini. Kita tunggu orang ke?" tanya Ien kepada abang kembarnya itu. Namun hanya bunyi kicauan burung yang menyahut pertanyaan Ien.
'Tch dua kali lima jelah diorang ni. Bisu ke apa? Tak tahu nak menyahut, sah bisu!' decit Ien. Sempat dia menjeling tajam ke arah Ian. Tahu palaukan aku je!
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...