𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Setelah Nick pergi, Theo mengambil kembali pregnancy test di saku seluarnya.
'Kenapa dia bagi aku benda ni? Aku tak mengandung pun? Perlu ke aku cuba?' hatinya berasa ragu-ragu. Perlahan dia membuka selimut yang menutupi tubuhnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.
Beberapa minit kemudian...
"Whaaaatttttt!!" pregnancy test tersebut tercampak ke lantai apabila menunjukkan dua garis merah. Dia tak salah nampak kan? Betul ke ni?
Dia mengambil kembali pregnancy test yang tercampak tadi sambil menggosokkan mata nya, kot-kot penglihatan dia dah rosak. Sekali lagi dia seperti terkena renjatan elektrik.
"Mustahil... Ini mustahil... How can I get pregnant? Arghh..." Theo berjalan ke kiri dan ke kanan lagak sedang berfikir. Dahinya berkerut seribu. Lalu dia teringat akan pesan Ien untuk memberitahu nya keputusan pregnancy test tersebut. Dia mengambil telefon dan mendail nombor daripada card yand diberikan tadi.
"Hello? Ien ke?" Theo cuba menenangkan diri nya.
'Theo ke? hai! So how was the result?' Kedengaran suara Ien dari telefon bimbit.
"Saya pregnant... Tapi ini mustahil! Saya lelaki. Tak mungkin... Tapi macam mana kau tahu benda ni?"
'Bertenang dulu Theo. Aku tahu tapi benda ni tak mustahil. Kau istimewa Theo. Dalam sejarah kesihatan kau, ada tulis yang kau boleh mengandung... Dan aku pasti itu anak--' Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Theo memotong.
"Davien. Ini anak Davien. Parents saya tak pernah bagitahu saya tentang ni. Why...? Sebab saya jijik ke? What should I do now?" Theo seperti hendak menangis.
'Hey hey, Theo, kau tak jijik okey? Jangan fikir benda macam tu, aku tahu mesti ada sebab kenapa arwah parents kau tak bagitahu kau. Bukan kau sepatutnya gembira ke? Kau dan Davien akan jadi parents tak lama lagi?' Ien cuba menceriakan suasana.
Sebenarnya, Ien terkejut apabila mendapati Theo mengandung. Sebelum ini, dia pernah baca sejarah kesihatan Theo, dan rupanya Theo seorang yang istimewa. Ya, dia mempunyai rahim dan boleh mengandung. Pelik bukan? Tapi, tiada yang mustahil.
"Saya... Rasa takut... Gembira... Dua-dua ada. Betul kata awak, saya sepatutnya gembira! Terima kasih Ien. Saya rasa itu je, jumpa lagi."
'Good, jangan lupa makan ubat. Jaga kesihatan tau. Aku pergi dulu.' Setelah itu panggilan telefon ditutup.
Theo duduk di birai katil sambil memegang perut nya yang kempis.
"Hai baby! This is your daddy! Jadi anak yang baik tau!" Theo membuat lagak seperti bercakap dengan bayi nya. Theo tersenyum lebar memandang pregnancy test yang berada di genggaman nya. Davien, cepatlah pulang!
Di sisi lain...
Baru-baru ini, terdapat beberapa orang yang cuba menjatuhkan mereka dengan memberikan sabotaj, cerita palsu dan khianat.
"Aku dah kata kalau kau tak mengaku siapa yang hantar kau, aku tak teragak-agak nak potong-potong badan kau bagi kat anjing-anjing aku!! Aku tanya sekali lagi, siapa?!" Nick menarik rambut lelaki itu. Lelaki itu menjerit kesakitan.
"Akh! Aku tak tahu!" Nick sudah hilang kesabaran. Dia memandang anak-anak buahnya. Seperti memahami pandangan tajam boss mereka, mereka mulai membuat kerja.
"Jangan sampai ada yang tersisa!" Nick keluar dengan bau yang hanyir. Pakaiannya diseliputi darah. Nampaknya, masih banyak lagi kerja yang perlu dia buat tapi dia teringat akan buah hatinya di rumah sedang menunggu. Nick mengurut pelipisnya. Keluhan dilepaskan.
'Aku rasa malam ni aku tak dapat balik...' Nick mendail nombor Theo. Panggilan tersambung.
"Theo... Maaf, hari ni, aku tak dapat balik. Aku masih banyak kerja yang perlu aku buat."
'Tak apa, hari esok dapat ke?' Theo bertanya.
"Maybe? Petang nanti. Jangan lupa makan ubat. Take care, I love you Theo. Muahh!" Nick memberikan ciuman dari telefon. Gelak tawa Theo kedengaran. Nick tersenyum.
'Okey, I love you too! Muah!' panggilan dimatikan. Mesti muka Theo dah merah. Ah bahagianya! Selepas itu, Nick mengambil pistol sambil memusingkan nya. Terdapat beberapa orang lagi yang belum dia siasat.
Hari kelima🖤🩷
Theo menghias meja makan dengan perasaan yang gembira. Siapa je tak gembira buah hati nak balik hari ni. Lagi-lagi dia nak bagi surprise untuk buah hatinya. Tema romantik pula tu. Theo melompat riang. Argh tak sabar nya.
"Hias meja dah... Kemas rumah dah... Hah! Should I wear something... Baiklah!" Theo bergegas ke bilik dan bersiap untuk membersihkan dirinya.
Beberapa minit berlalu, Theo memakai bathrobe dan duduk di birai katil. Dia menyentuh perutnya dengan lembut.
"Hari ni daddy nak bagi surprise untuk papa tau. Macam mana eh reaksi papa nanti? Gembira? Terkejut? Hehhehehe!"
Thump
Theo terkejut apabila dia merasakan kakinya tertendang sesuatu dari bawah katil. Theo lantas mengintai di bawah katil dan ada sebuah kotak lama yang sudah berhabuk. Kerana rasa ingin tahu, dia mengambil kotak itu.
Setelah itu dia membuka kotak tersebut dan itu membuatkan Theo terpana. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya menggeletar memegang gambar-gambar yang disimpan di dalam kotak itu.
Walaupun gambar tersebut kelihatan sudah lama tapi dia pasti dalam gambar tu, tak lain tak bukan iaitu Theo. Dia akhirnya mengeluarkan semua benda yang berada dalam kotak tersebut. Dia mengambil baju lusuh yang merupakan seragam sekolah.
"Tak mungkin... Inikan... ?" Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu gambar yang mempunyai tulisan di belakang nya. Sekali lagi dia merasa petir menyambar dirinya. Gambar itu terjatuh ke lantai. Theo memandang kotak tersebut tidak percaya. Air matanya mengalir keluar dengan laju.
'S-Selama ni...!' Theo menekup mulutnya. Perlahan dia menjauhi kotak lama itu. Dengan perasaan terkejut, dia berdiri dan duduk di birai katil.
'Aku kena pergi dari sini!'
Seperti orang hilang arah, dia mengambil semua dokumen pentingnya termasuk ic dan dompetnya lalu dimasuk kan ke dalam begnya. Dia menyelongkar laci meja untuk mencari kunci. Handphone yang diberikan Nick di buang ke lantai. Handphone itu hancur terhentak lantai.
Theo berlari keluar dari bilik itu dan mencari bilik dimana rakaman cctv terlihat. Dia tahu rumah ni ada cctv, jadi Theo mematikan semua rakaman cctv. Dia memecahkan monitor komputer dan membuangnya ke lantai. Nick pernah bawa dia masuk bilik ni sekali jadi dia tahu.
Setelah itu dia berlari ke arah pintu utama dengan begnya. Sempat dia menoleh kebelakang. Sambil tangannya menggeletar, dia membuka pagar dengan kunci di tangannya lalu mengunci pagar itu semula. Kunci itu di buang ke semak samun. Untung saja, hari ini tiada bodyguard yang menjaga rumah itu.
Akhirnya, Theo berlari meninggalkan rumah besar itu dengan air mata yang masih mengalir. Mengingat rantai pemberian Nick yang dia letakkan di atas meja makan, hati nya makin sakit dan hancur.
'Nick La Davien Porche.'
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...