part 3 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

1.5K 45 0
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Selepas menemui Thia di bilik wad lain, Theo membawa Thia untuk balik ke rumah. Ketika hendak membayar kos rawatan Thia dan dia di kaunter, dia berasa terkejut apabila mendapati kos rawatan sudah dibayar. Tetapi dia berasa bersyukur, dia tidak perlu menggunakan duitnya langsung.

Mereka hanya menunggang basikal kerana pada awalnya Theo memang datang ke hospital dengan membawa basikalnya. Thia yang berada di belakang Theo yang sedang membonceng nya mengeratkan pegangan.

"Abang, esok Thia tak nak pergi sekolah. Thia tak nak susahkan abang. Biarlah Thia siapkan makan minum dan pakaian abang. Abang habiskan sekolah dulu, ambil SPM lepas tu kalau abang nak sambung belajar pun boleh.. Biar Thia yang buat semua kerja, selagi Thia mampu abang!" Luah Thia. Dia tidak ingin menyusahkan abangnya lagi.

Dia tahu Theo banyak memendam sesuatu. Hari tu dia cuma ikut emosi kerana siapa saja yang tidak sedih dengan kematian ibu bapa kan? Kini dia sudah mampu redha.

Theo tersentak namun dia kembali tersenyum dengan pengakuan Thia. Tak sangka Thia mempunyai pemikiran sebegitu. Dia akui pemikiran Thia matang berbanding dengan umurnya kini. "Terima kasih.. Thia. Abang akan berusaha demi kita. Suatu hari nanti kita akan bahagia macam orang lain!" Thia mengeratkan lagi pegangan. Perjalanan mereka dipenuhi dengan gelak ketawa mereka.

[------]

Awal pagi mereka diawali dengan sarapan yang disiapkan oleh Thia. Baju seragam sekolah Theo dibetulkannya sekali lagi. Thia tersenyum bangga melihat kekemasan diri Theo. Sempat dia menggosok batang hidungnya sendiri.

"Kan bagus kalau kemas macam ni. Tengoklah siapa yang buat." Thia bercekak pinggang sambil memuji dirinya sendiri. Theo tersenyum senget lalu menggosok kepala Thia. "Terima kasih ya, jaga diri tau. Jangan lupa kunci pintu semua. Kalau ada orang yang tak dikenali kita buat apa?"

"Tak payah keluar!"jerit Thia bangga.
"Bagus adik abang ni. Dah dah abang nak jalan dah ni, bye!" Theo mencium dahi adiknya sebelum meninggalkan kediaman mereka itu. Sempat Thia melambai ke arahnya.

Tiba saja dia di kawasan sekolah, dia meletakkan basikalnya di tepi. Tanpa berlengah lagi, dia melangkah masuk ke perkarangan sekolah dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Langkahnya terhenti apabila sekumpulan pelajar perempuan mula mengerumuni nya. Theo menatap seorang pelajar perempuan yang terlihat seperti badut sarkas baginya.

make up yang tebal, warna rambut blonde, skirt paras paha, dan jalan lenggang lenggok sangat menyakitkan pemandangan matanya ketika ini.

"Hey U budak miskin, I dengar mama papa U dah mati? Baguslah tu, tak lah diorang susah nak urus U kan? Dasar miskin." sinis saja pelajar perempuan itu mengata Theo.

Theo yang tidak ingin terjadi pergaduhan hanya menjulingkan matanya ke atas lalu melanggar bahu pelajar perempuan itu. "Eh eh dah miskin tu buatlah cara miskin, nak main langgar-langgar pula, hmpp! Girls go!" setelah diarahkan oleh ketua mereka, mereka menumpahkan air minuman di seluruh tubuh Theo.

Apalagi habis basah baju seragam Theo. Dia menahan tangisnya. Dia tak boleh menangis! Amarahnya cuba ditahan. "Dasar lelaki lemah!"Jeritan pelajar perempuan itu diendahkan. Dia terus melangkah pergi sebelum perkara lain terjadi. Awal pagi dah basah lencun, apalah nasib Theo hari ini.

Bukan dia tidak biasa, cuma sudah muak. Pelajar lain memang suka merendahkan dirinya kerana miskin. Lagi teruk apabila bertemu dengan geng-geng Nick. Nick boleh dikatakan setiap hari membuli dan itu sangat mengganggu ketenteraman nya.

Dia juga tidak dapat melanggar perintah nya. Nick sangat digeruni di sekolah dan tiada siapa boleh melawan mereka. Sikap dingin dan baran Nick menakutkan sesiapa saja yang bertemu dengan nya. Jadi Theo hanya memendam sahaja walaupun kelakuan Nick sangatlah keterlaluan. Theo juga membenci Nick.

Pernah baju seragam Theo digunting oleh Nick sehingga menjadi cebisan. Terpaksa Theo berpatah balik pulang ke rumah tetapi dia bernasib baik kerana ada pelajar yang masih baik untuk memberikan dia baju seragam yang baru.

Begitulah dugaan hidup Theo setiap hari pergi ke sekolah. Ada saja yang tidak puas hati dengan nya.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now