𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Di sisi lain, Thia sedang menjamah makanan bersama Mikael.
"Eh Mika, kau masak sedap gak eh? Aku tak tahu lak lelaki macam kau pandai masak. Hahahha. Uhuk, uhuk!" Laju saja Mikael menyuakan segelas air kepada Thia.
"Kau ni.. Makan jangan bercakap boleh tak? Kan tercekik kau di sini, macam mana aku nak kahwin?" Tidak perasan dia meluahkan perasaan. Diusap-usap belakang Thia. Kali ni Thia terkejut dengan pengakuan Mikael. Suasana menjadi sunyi.
"Kau.. Suka kan aku ke?" Thia memandang wajah Mikael yang sudah cuak.
"Tak." Thia mengangguk. Dia tahu dia tak salah dengar tadi. Dia baru sahaja sehari dua di kondo ni tapi kenal tuan rumah macam dah bertahun. Dan sejak pagi itu, Mikael menghindari nya. Bahkan tidak bertegur.
Thia memerhati segenap ruangan bilik tersebut. Disebabkan dia bosan, dia bercadang nak ronda satu kondo. Mika tak cakap apapun pasal bilik atau larang apa-apa.
Pandangan Thia jatuh ke arah pistol yang terletak kemas di atas meja. Dibelek-belek pistol itu.
'Hmm not bad.' monolognya.
Dia menyasarkan pistol ke arah papan besar di belakangnya untuk mencuba. Dia cuba menyesuaikan diri.
Bang! Tepat tembakannya mengena di tengah-tengah papan mata. Belum sempat dia menembak, Mikael sudah berada di depan pintu bilik. Mikael menuju ke arah nya.
"Mika A-Aku tak sengaja--"
"Kau okey tak? Bahaya main pistol tahu tak? Nak mati ke? Menyusahkan aku je." Eh? Thia mengerutkan dahi. Ini bukan Mika yang dia kenal!
"Cop cop cop! Kau kenapa? Aku tak cedera lah. Aku tembak papan mata tu hah." Mika menjegilkan mata ke arah papan mata tersebut.
"Kau yang tembak?"
"Hah ya lah aku. Siapa lagi?" Mikael memandang tidak percaya. Sekali pegang pistol dah dapat shot. Interesting!
"Kau dah gila ke senyum-senyum? Takut aku." Thia memandang pelik Mika yang tersenyum sendiri.
"Kau lebih takutkan aku dari benda alah ni?" Sayu suaranya dibuat-buat.
"Ya aku takut kau apa-apa kan abang aku." Serta merta wajah Mikael berubah serius.
"Kau tak boleh berdamai je ke dengan musuh kau tu? Kan bagus tak adalah kau orang nak berperang. Lupakan masa lalu dan buka buku baru."
"Kau tak faham."
"Ego kau tinggi Mika. Jangan sebab ego kau, kau hilang apa yang kau ada sekarang ni."
Mikael memandang dalam anak mata Thia. Mencari keikhlasan. Ada betul juga apa yang Thia cakap. Lama dia terdiam.
"Aku... Aku akan fikir semula." Thia mengangguk perlahan dengan jawapan Mika.
[•••]
"Betul tidak apa yang aku dengar ni?" Ien memandang Nick yang tersenyum.
"Of course lah. Apa yang tidak. Dengan mata kepala aku nampak dia cakap dia tu Theo. Aku tahu sebab dia sebut nama penuh dia. Aku sebenarnya tak percaya juga, tapi lama-lama tu percaya."
"Fuiyohh, jodoh tak akan ke mana-mana."
"Bapak kau jodoh." Nick menjeling. Ian hanya memerhati gelagat adiknya itu.
"So, esok kau jadikan dia maid kau?" sekali lagi Nick mengangguk.
"Dia cakap adik dia hilang. Dia minta tolong aku carikan. Aku pun setuju lah. Dia cakap kalau aku tolong dia, dia buat apa je untuk aku. Rezeki jangan di tolak."
"Kau nak selamat kan adik dia ke?"
"Iya. Aku tahu siapa yang culik adik dia. Budak Mikael tu yang culik." Nick mengetuk-ngetuk meja nya.
"Macam mana pula kau tahu?"
"Ni Nicklah. Aku nampak video Tiktok diorang lalu Fyp aku. Aku nampak, gembira pulak si Thia tu. Siap gelek-gelek lagi. Hahahah gila!" Nick tertawa kuat mengimbas kembali yang lalu Fyp dy.
"Buat tabiat ke si Mikael ni. Mesti Thia tu dah pikat dia. Belum pernah-pernah si Mikael tu mesra dengan orang yang dia tak tahu. Tak pasal-pasal dia bawa kau berdamai malam ni." Dengan masin nya mulut Ien perkara tersebut berlaku. Tiba-tiba handphone bergetar menandakan ada mesej yang masuk.
"Woiii! Gila kau! Kau baru cakap berdamai, si Mikael bawa aku jumpa dia kat kondo dia! Bapak masin mulut kau!" Ien sudah kembang setaman. Perasan kena puji. Ian pula hanya memasang wajah datar.
"Apa lagi, jom ah!" Ien sudah mendahului mereka. Nick pula sudah bersedia. Kot-kot lah Mikael nak serang dia. Tapi dia nak takut apa juga.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...