Part 43 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

640 25 6
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。


Seawal jam 6 Nichol sudah bangun untuk menyediakan makanan. Memandangkan Theo masih belum pulih dan tubuh nya masih lemah. Tak akan nak harap kan Ma Nely je kan nak masak. Bau masakan yang dimasak oleh Nichol mengambil perhatian Nick untuk menjenguk di dapur. Terlihat Nichol sudah menyediakan lauk di atas meja bersama Ma Nely.

"Eh awal kamu bangun." jawap Ma Nely apabila melihat Nick muncul di dapur. "Morning." Hmm itu je lah balasan nya ye. "Tak makan dulu ke?" Nichol menyoal abang nya. Awal pagi dah ada depan mata dengan pakaian pejabat yang kemas. "Kenapa ada empat piring?" Nick tidak membalas pertanyaan malah menyoal pertanyaan juga. Hairan kenapa Nichol menyediakan empat piring. Punggungnya segera dilabuhkan di kerusi.

"Siapa lagi kalau bukan abang Theo." Setelah siap menghidangkan makanan, dia bergegas mendapatkan Theo.

"Kau boleh gerak lagi ke? Kita turun makan eh? Biar aku tolong kau." Jawab Nichol sambil menolong Theo untuk duduk di kerusi roda. "Tapi sebelum tu..." Nichol memandang rambut panjang Theo yang kusut lalu dia mendapat idea. Terkejut gak lah sebab nampak rambut panjang Theo.

Air yang diminum oleh Nick tersembur ketika melihat Nichol yang sedang menolak kerusi roda Theo. Nichol dengan selamba lalu tersenyum sinis melihat reaksi Nick. Terkejut lah tu nampak Theo yang dah 'bersih' sikit daripada tadi. Rambut kusut dah di tocang kan oleh Nichol. Itu membuatkan kecantikan Theo terserlah. Nick memandang Theo atas bawah.

"Ahem." Nick berdehem menghilangkan rasa janggal. Ma Nely dah lama siap makan. Hanya mereka bertiga yang berada di ruang tamu ketika ini. "Biar aku suapkan." Nichol sengaja membuat Nick cemburu. "Air?" Theo hanya mengangguk perlahan. Melihat wajah sebal abang nya mulai tertawa jahat.

"Kau boleh tak tolong jagakan Theo untuk aku? Aku nak ke tandas jap. Kalau kau apa-apa kan dia siap kau!" Nichol memberi amaran. Namun itu cuma salah satu rancangan nya sahaja. Nichol mencuri pandang dari sebalik dinding.

Nick mendiamkan diri namun matanya tak henti melihat Theo daripada tadi. Sesekali memandang ke arah jam dinding. ' Ni pergi tandas ke buat tandas?!' Gumam Nick. Nick sudah mula mendekati Theo yang diam tak berkutik di kerusi roda. Nichol yang berada di sebalik dinding berasa risau. Takut si Nick tu nak apa-apa kan Theo. Theo memandang Nick dengan mata yang berkaca. Matanya dipejam rapat.

"Ja.. Jangan... Tak... Nak..." Perlahan saja suara yang dikeluarkan oleh Theo tapi masih boleh didengari oleh Nick. Nick terhenti daripada mendekati Theo. Dia mulai menjauhkan tubuh nya. Mangkuk bubur di ambil dan punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan Theo. "Ahh?" Nick menyuakan sesudu bubur. Theo menurut takut.

Nick menunduk lagak seperti merenung kan masa depan. Dia kembali memandang Theo. Aktiviti suap menyuap terhenti apabila Nichol kembali dari tandas. Nichol memandang mangkuk bubur yang sudah dihabiskan. Dia tersenyum lebar.

"Tak kerja ke?" Tanya Nichol sambil menyusun pinggan mangkuk yang sudah digunakan untuk dicuci. Nick memandang jam tangannya lalu berdiri meninggalkan mereka di ruang tamu tanpa sekata dua patah pun. 'Kurang ajar betul lah ada abang macam kau ni!' bisik Nichol dalam hati.

Setelah selesai mencuci, Nichol mendapatkan Theo kembali. "Maaflah lambat, tak apa kan? Jom aku ajak kau jalan-jalan sekitar rumah ni." Theo mengangguk perlahan. Theo mengambil nafas yang panjang. 'Segar nya!' monolog Theo. Yalah dah dua minggu Theo dikurung dalam bilik syaitan tu. Baru hari ini dia dapat menghirup udara segar.

"Aku minta maaf." Theo memandang Nichol yang berada di sebelahnya. "Sebab dia kau jadi macam ni... Dia bukan nya jahat Theo... Just..." Nichol tersentak apabila Theo menyentuh belakang tangannya. "Aku... Tahu." Theo tersenyum kecil walaupun terlihat rasa janggal nya. "Kadang-kadang kau tak perlu baik sangat dengan orang nanti orang lain akan ambil kesempatan."

"Ya..."

[•••]

Nick membuang puntung rokok yang dihisap oleh nya tadi sambil mengeluarkan asap yang membuat nya hayal. Dia menguak rambut nya ke belakang. "Shit..." Langsung dia tidak dapat fokus kerja sebab membayangkan wajah Theo. Seperti filem, wajah Theo yang berkaca tadi pagi terngiang-ngiang di kepalanya. Entah kenapa dia merasa cemburu dengan Nichol ketika Nichol menyuap Theo.

Ian memandang Nick yang seperti gila bayang. Kertas kerja yang berada di atas meja langsung tidak disentuh.

"How?" Ian memandang Nick menunggu Nick menghabiskan kata-katanya. "How does it feel to fall in love?"

"What?"

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now