𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Nick POV
Dua kembar kat sebelah aku ni memekak je kerja. Malas nak layan, aku pekakkan telinga. Sesekali aku melihat jarum jam di pergelangan tangan.
'Dah masuk jam 6, tak kan budak tu tak ada lagi? Ke dia tak pergi sekolah? Selalunya awal dia datang. Hari ni batang hidung dia pun aku tak nampak.' monolog ku. Kaki aku dah tak tahan nak berdiri depan pagar ni. Aku berdecit.
"Kau ada masalah kat orang lain ke Nick? Nak cakap kau tunggu orang, dari tadi lagi pelajar lain dah masuk tapi takde tanda-tanda pun. Sejam dah kitorang kat sini, kalau duduk tak pe lah ini berdiri!" ujar Ian. Aku menghela nafas panjang.
"Aku tunggu budak tu." cukup sekadar bagi diorang dengar.
"'Budak tu'? Budak mana satu? Banyak budak-- Eh ehh kau jangan cakap yang-- Budak tu-" Aku tahu dia nak sebut nama siapa jadi aku anggukkan sahaja.
Sekali lagi keheningan menemani situasi kami. "Eh Nick kalau kau nak bertapa kat depan pagar ni, baik kami masuk kelas je dulu. Aku rasa hari ni Theo tak datang sekolah kut. Esok je lah kau cari. Ien jom." ujar Ian. Mereka berdua sudah meninggalkan aku.
Iya tak iya juga, esok jelah aku cari. Aku mengikuti mereka dari belakang. Sempat juga aku toleh ke belakang balik, manalah tahukan Si Theo tu lambat masuk kelas. Namun hampa tiada langsung kelihatan kelibatnya.
[•••]
Pelajaran ketiga telah habis. Waktu sekarang dah masuk waktu rehat. Aku menongkat dagu. Bosan.
"Kau tak pergi beli makanan ke?" Aku memandang Ien di sebelah. Ian juga turut menghampiri kami.
"Aku bosan dan aku malas nak keluar tapi memandangkan hari ni aku rasa mood aku nak belikan untuk korang, so aku pergi." entah kenapa aku rasa nak belikan makanan untuk dua toyol ni.
"Uish kau mimpi apa bro?! Tak pernah-pernah nak belikan makanan. Terima kasihlah sudi belikan makanan untuk kitorang." tidak semena-mena tumbukan aku melekat kat perut Ien. Namun duit yang dihulurkan tetap aku ambil. Nak main-main bukan dengan aku!
Aku menjeling tajam Ien sebelum keluar dari kelas. Setelah siap aku membeli makanan untuk toyol dua orang tu, aku berjalan ingin pulang ke kelas. Namun langkah aku terhenti di hadapan kelas Theo. Aku nampak perempuan yang selalu dengan Theo. Amy.
Aku segera mengorak langkah masuk ke dalam kelas mereka tanpa izin. Aku tak peduli orang pandang yang penting aku nak tanya perempuan tu dimana Theo. Dan sekarang aku ada di hadapannya.Aku perasan sejak aku masuk tadi, dia pandang aku tajam tapi aku nak takut apa?
"Theo mana?" Aku cuba bertanya selembut yang mungkin. Nampak pelik tapi disebabkan aku nak tahu.
"Kau siapa nak cari dia?" garangnya perempuan ni. "Aku tanya baik-baik kan tadi? Ke kau tuli nak aku ulang balik?! Mana Theo?" aku dah memanas ni. Semua pelajar dalam kelas tu mengalihkan pandangan ke arah kami.
Aku nampak yang perempuan ni dah berdiri dan--
Pang!!
Tamparan yang aku dapat. Terteleng juga kepala aku, sampai aku boleh rasa darah dari bibir aku sendiri. Dia tampar tak kuat. Aku je salah sebab aku tengah gigit bibir aku tahan marah tadi. Nak je aku tampar balik. Belum sempat aku nak marah dia potong ayat aku dulu.
"Eh kau jangan ingat kau senior kau boleh buat apa-apa kat Theo! Aku hormat kau sebagai senior tapi kalau ini melibatkan Theo, sahabat aku, kau jangan harap aku nak bagi muka dekat kau! Kau dah buat Theo merana! Aku tak nak dia ada di depan kau lagi dan itu yang kau nak sangat kan?! Sekarang dia dah janjikan apa yang kau nak, aku harap kau tak cari dia lagi lepas ni.. Lerry bagitau cikgu aku pulang awal hari ni. Aku benci lelaki macam kau, Nick."
Pengakuan itu cukup membuat aku terkejut. Sempat aku mendengar butir bicaranya sebelum melangkah keluar dari kelas.
'Kau bahagia tak?'
Itu lah ayat terakhir dia dan lepas tu tinggal aku lah yang masih kaku di dalam kelas tu. Fikiran aku melayang. Aku keluar dari kelas itu dan menuju ke kelas dengan perasaan yang tidak pernah aku rasai.
End Nick POV
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...