𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Theo memandang segenap lapisan manusia yang tak jenguh mampir ke cafe mereka. Semua pelayan sibuk dengan melayan pelanggan yang baru sampai.
Dua tahun yang lalu dia telah dinaikkan jawatan sebagai pemegang saham cafe tersebut. Sebenarnya dia nak menolak sebab belum bersedia tapi disebabkan Miss Laura dah tak larat nak lead dan nak jadi suri rumah sepenuh masa, dia terpaksa menerimanya.
Lagi-lagi Theo mendapat tanggungjawab yang besar untuk mempopularkan cafe keluarga Amy. Namun dia tetap bersyukur kerana mereka sangat mendukung perjuangan nya itu.
"Akak.. Kitorang nak bayar dah." jawap seorang jejaka yang berdiri di hadapan kaunter. Theo terkejut. Dah orang panggil 'akak' macam mana tak tekejut. Theo hanya berdehem lalu tersenyum. Dia memerhati segenap ruang tersebut untuk mengetahui dia datang dari meja mana.
Seperti mengetahui apa yang difikirkan Theo, jejaka itu memberikan kertas yang tertulis nombor meja pelanggan.
"Ohh awak meja 29.. Semuanya Rm102." Tersedak air liur dibuatnya. Kemain terkejut. Ingatkan perempuan. Segera jejaka itu memberikan wang kepada Theo.
"Maaf bang, tak perasan yang abang lelaki, ingatkan... Perempuan mana.. Cantik sangat.. Hahaha." Theo hanya tertawa kecil melihat gelagat jejaka itu. Wang pengembalian diberikan. Selepas saja usai mengucapkan terima kasih dia berlalu keluar dari cafe. Theo menggeleng perlahan.
[•••]
Theo membuka pintu dengan perlahan. Niatnya ingin mengejutkan Thia. Di cari kelibat Thia di setiap ruang tamu rumah, namun tiada. Di carinya lagi di kawasan halaman rumah, juga tiada. Hatinya sudah tidak keruan.
"Mana pula budak ni.. Tak pernah-pernah balik lambat. Kalau iya pun dia chat aku.." Theo mengomel sendirian. Tangga dinaik satu persatu. Manalah tahu adiknya itu tengah menyorok ke.
"Bahhh!" Eh takde orang. Pintu bilik Thia ditutup.
"Thia! Oh Thia! Adik kat mana!" Tidak ada seorang pun yang menyahut.
"Weh tak kelakar tau dik! Keluarlah! Jangan buat aku risau!" Hanya suara gema nya yang kedengaran. Naik turun nafasnya ketika ini. Tiba-tiba bunyi di dapur mengejut kan nya. Segera ia bergegas turun ke bawah.
Hampa. Namun dia melihat sekeping kertas di letakkan di atas meja makan dengan. Dia mendekati meja tersebut dan..
"Arghh!!" Betapa terkejutnya dia melihat ayat yang tertera di atas kertas tersebut siap dengan darah sekali. Air matanya laju mengalir. Di ambil handphone nya lalu jarinya laju menekan butang call.
"A-Amy.. Tolong aku. T-Thia dia.. Hi--" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia sudah terjelepuk pengsan. Panggilan tidak lagi kedengaran.
Di sisi lain, Thia cuba untuk melepaskan diri daripada tempat neraka itu.
"Kau nak lepaskan diri? Tch, tch, tch.. Kau tak terlepas lah perempuan! Selagi lelaki tu tak datang aku tak akan sesekali lepaskan kau!" Pipinya ditampar. Thia menyeringai sakit. Sakit bhai.
"Aku tak ada kaitan lah dengan orang yang kau sebut tu! Lepaskan aku lah bangsat!" Thia menjerit. Namun lelaki tersebut hanya memandang nya sinis.
"Davien? Kau tak kenal dia? Hahahah lawak apa kah?" Thia mengerutkan dahi tatkala mendengar nama yang tidak pernah ia dengar sebelum ni.
"Aku kata tak kenal, tak kenal lah!" Sekali lagi dia ditampar. Bibirnya hampir koyak tatkala mendapat tamparan tersebut. Kemain sakit.
"Sebab dia! Aku hilang orang-orang aku kau tau tak!"
'Tak.' Namun hanya mampu diungkap dalam hati. Thia memilih untuk diam. Kalau dia bercakap, triple penampar lah katanya. Thia hanya berlagak tenang.
"Itulah yang saat ini kurasakan.. Dia membuat tidur ku tak nyenyak~ Dia membuat makan pun tak enak~ Ku terpikat.." Tersentak Thia dibuatnya. Tiba-tiba je lelaki jahat depan dia buka TikTok depan dia. Tengok tak ajak pula tu.
"Bro, aku nak tengok sekali boleh? Aku janji aku tak lari." Lelaki tersebut hanya atas bawah sebelum mengarahkan skrin handphone ke arahnya.
Beberapa minit kemudian, mereka bergelak ketawa macam dah kenal setahun.
"Kau pun tiktoker ke? Famous pula tu. Jomlah buat TikTok sesame, sekali tu boleh naikkan followers aku sekali." Lelaki itu memandang Thia. Thia flip hair selamba. Oh ya, kedua-dua tangan dia dah tak kena ikat sebab diorang dah buat deal. Lagipun bodyguard kat luar banyak, macam mana dia nak keluar. Kan kan.
"Of course lah. Akukan cantik, hohohoh." Thia ketawa. Bodyguard yang berdiri di ruang itu menggelengkan kepala. Tahu sangat boss nya obses dengan TikTok juga.
"Nama kau?" Tanya lelaki itu.
"Thircybelle."
"Mikael." Mereka berjabat tangan satu sama lain.
"Aku rasa, aku macam pernah nampak muka yang sama macam kau.. Ah nevermind! Let's do it." Lelaki itu merasakan sesuatu yang aneh pada gadis di hadapannya. Akhirnya, mereka menjadi rakan tiktoker. Dia lupa tujuan utama nya untuk memerangkap seseorang. Segenap ruang tersebut dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua. Hailahhh.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Novela JuvenilTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...