Part 18 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

1.1K 34 2
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Melly POV

"Anak tak guna! Pergi kau dari rumah ni! Kau tak layak di panggil anak tahu tak! Pergi! Ada anak macam kau tahu nak sakitkan hati aku je. Kau tengok adik kau, berjaya! Kau pula?! Huhh, menyusahkan aku betul!" Berbirat tubuh Mel apabila terkena sebatan dari ayah kandung nya sendiri. Dari dulu sampai sekarang, dia sahaja yang ada kekurangan nya. Semua adik-beradik nya yang lain berjaya. Ada saja yang salah dengan dirinya. Entah apa dendam ayahnya sampai memperlakukan dirinya seperti itu.

"Hiks.. Maaf pa, maaf.. Mel tau Mel salah.. Maaf pa.. Hiks.. Hiks.." Air matanya mengalir keluar. Tidak tahu mana salahnya tetap sahaja dia meminta maaf. Mel memeluk lututnya sambil menyembamkan mukanya.

Lelaki tua itu hanya membiarkan Mel di ruang tamu dan pergi begitu saja. Si anak bongsu mendekati nya sambil tersenyum sinis.

"Tu lah kau, nak lawan aku konon. Padan muka kau. Cepat-cepat lah ayah halau kau keluar dari rumah ni. Aku dah muak nak hadap muka hodoh kau tu! HAHAHAHA!" Lynn menunjal dahi Mel. Sempat dia menendang Mel sebelum meninggalkan kan nya.

Senak perut dibuatnya. Tubuhnya tidak henti-henti menggigil. Mel masih dengan sisa tangisan nya. Setelah itu, datang abang tirinya menolong Mel berdiri.

"Masuk bilik aku sekarang." Dingin. Mel mengangguk perlahan lalu berjalan ke arah bilik tidur Lez. Lez berjalan menuju ke dapur untuk menyediakan makanan untuk Mel.

Lez merupakan anak sulung bagi isteri pertama ayahnya dan dia adalah anak pertama dari isteri kedua ayahnya kemudian Lynn yang bongsu. Lez tua dua tahun daripada Mel.

Selesai saja menyediakan makanan, Lez menapak ke arah biliknya. Dia mengetuk sebelum masuk ke dalam bilik. Tombol pintu dipulas. Terlihat Mel yang sedang memeluk lututnya sambil merenung lantai. Lez tersenyum perlahan sebelum mendekati nya.

"Mel.. Lapar? Makanlah dulu, aku temankan. Makan sampai habis, aku tahu kau tak makan lagi." Mel mengangguk. Lez menyuap makanan ke dalam mulut nya. Seketika ruang tersebut menjadi sunyi. Suapan demi suapan diberikan. Nasi dan lauk dihabiskan Mel.

"Air." Lez memberi segelas air kosong kepadanya. Piring dan gelas diletakkan di tepi. Lez memegang bahu Mel sambil mengusap lembut kepalanya.

"Kenapa kau baik dengan aku?" terpacul soalan itu dari mulut Mel. Dia memandang ke dalam anak mata Lez.

"Aku suka kau, aku nak kau jadi isteri aku. Macam mana?" Tenang saja Lez menjawab. Mel ketawa kecil. Itu membuatkan Lez mengerutkan dahi nya. Tak lawak pun.

"Aku tak layak. Aku cuma beban dalam keluarga ni. Semua Lynn je betul, yang aku ni? Anak pungut mungkin?" Mel memejam kan mata sebentar.

"Sedangkan aku buat semua yang terbaik untuk minta kepujian dari ayah, tapi ayah lebihkan Lynn dari aku. Sejak dia lahir akulah yang selalu kena dengan ayah. Lynn buat salah, aku yang kena. 19 tahun aku hidup tak ada yang berubah. Tetap sama." Lez menganguk sambil mendengar luahan Mel.

Tenang saja Mel meluah. Dia kembali memandang wajah Lez. Tangan Lez yang berada di atas kepalanya di ambil dan digenggamnya erat. Senyuman manis diberikan. Itu membuatkan Lez tersentak.

"Kau carilah perempuan yang lebih baik dari aku. Aku yakin ramai lagi perempuan kat luar sana nak kan kau. Kalau kau suka aku sebab simpati je, maaf aku tak nak. Aku anggap kau tak lebih dari abang aku, Lez.." Lez mengeratkan lagi genggaman tapi sebelum dia sempat bercakap Mel sudah berdiri.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, aku pergi dulu. Terima kasih untuk makanan tu." Mel melangkah keluar dari bilik. Lez hanya menghantar Mel melalui anak matanya. Kini tinggal dia seorang diri. Rambut dikuaknya ke belakang.

"Mel, Mel... Kau langsung tak bagi aku luahkan perasaan aku kat kau ke? Kau tak sama macam perempuan lain Mel. Sebab tu aku tertarik dengan kau. Oh shit, I didn't know falling in love could be that painful!"

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now