Part 41 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

732 23 6
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。


"Kau betul. Tapi dengan tindakan kau tu, kau akan tertangkap juga kalau kau tak hati-hati. Harta dan dunia.. Siapa yang tak nak? Mereka selalu dibutakan mata oleh harta semata-mata. Aku tak berpihak pada mana-mana tapi aku akan bantu kau. Kau jangan risau." Ien tersenyum memandang Ian. Kau lah abang yang terbaik! Ien memeluk Ian. "Lepaskan aku! Aku bukan gay macam kau!" Ian menolak Ien sampai jatuh dari sofa. Ien memukul bahu Ian. Aku tahu lah!

Sementara itu... Thia menembak satu persatu patung yang digunakan sebagai latihan oleh Mika. Dia rasa kosong. "Kau dah selesai?" Thia segera menoleh ke arah Mika yang bersandar di pintu. Thia hanya mengangguk. Thia menggenggam erat pistol yang ada di tangan nya dan mengacukan pistol tersebut tepat di kepala Mika. Mika mengangkat tangan nya. Dia langsung tidak takut.

"Kau tak takut aku tembak kau ke? Ke kau nak aku bunuh kau sekarang?" Mika memandang tepat ke anak mata Thia. Dia tahu Thia sudah tidak tahan 'berkurung' di sini. Tapi dia boleh buat apa. "Kau tak kan berani.." Yang diungkapkan Mika itu benar. Tanpa Mika dia takkan dapat jumpa abang dia lagi... Dia tahu mana abang nya berada... Dia dah tahu segalanya... Yang abang dia diculik.

"Huh, aku benci kau!" Thia melanggar bahu Mika dengan kasar. Thia berubah 360 darjah setelah mengetahui Mika tahu di mana Theo sebenarnya. Thia ingin meminta penjelasan tapi hanya tatapan yang dia dapatkan.

Entah kenapa dia merasakan dirinya berbeza berbanding sebelum nya. Dia sendiri tidak menyangka dia seberani itu menyentuh pistol Mika dan mengambil pistolnya senyap-senyap. Masakan 4 das tembakan tadi tepat mengenai kepala patung itu.

Mika hanya tersenyum nipis. Dia mengekori langkah Thia. Melihat Thia yang duduk di ruang tamu membuatkan nya ingin turut serta duduk di sebelahnya. "Hey..." Diam. Awkward. Tiba-tiba Mika memegang tangan Thia lembut. Thia merasa jijik. Reaksi Thia langsung tidak memberikan Mika rangsangan.

"Thia, maaf kan aku... Aku tahu selama 2 bulan ni aku bukan orang yang baik bagi kau. So aku dah fikir masak-masak..." Thia terdiam mendengar ungkapan Mika yang secara tiba-tiba. Dia masih menunggu Mika menyambung kata-katanya.

"Aku akan lepas kan kau. Aku... Tak nak berharap lebih pada kau. So lupakan yang kita pernah berjumpa, lupakan kau tak pernah lalui semua ni dan lupakan aku. Anggap je kita tak pernah kenal. Cari Theo. Aku boleh lepaskan kau tapi bagitahu kau di mana dia, maaf, aku tak boleh."

Thia memejamkan matanya. Genggaman Mika semakin erat. Dia boleh merasakan cecair hangat yang menitik di tangan nya. Mika menangis di hadapannya ketika ini.

Betapa hancur nya seseorang ketika terpaksa melepaskan orang yang disayangi.

"Pergi lah. Kau bebas." Mika menolak Thia keluar dari pintu dengan perlahan. Belum sempat Thia mengatakan apa-apa, Mika sudah menutup rapat pintu itu. Thia merenung dirinya yang sudah berada di luar. Air matanya akhirnya mengalir setelah menahannya keluar dari tadi. 'Kau tak pandang aku langsung... Selamat tinggal...' Thia sempat melihat ke belakang untuk melihat rumah itu untuk kali terakhir.

Sungguh baiknya Mika sehingga menyuruh bodyguard nya menghantar nya balik ke rumah. 'Aku akan datang balik... Tunggu aku, Mika...' Getus Thia.

[•••]

Amy terkejut dengan ketukan pintu di luar rumahnya. Segera dia melihat ke luar tingkap. Amy menekup mulutnya kerana terkejut. Segera dia membuka pintu lalu memeluk seseorang yang berada di hadapannya kini. "Thia... Kau selamat!" Amy memeriksa seluruh tubuh Thia kalau ada apa-apa cedera ke atau kesan lebam. Thia tersenyum dengan gelagat Amy. "Tapi.. M-Macam mana kau boleh?"

"Nanti aku cerita, jom masuk dalam? Aku lapar ni." Amy terkejut sekali lagi. "Oh.. Mari lah jemput masuk dulu." Amy menjemput Thia untuk masuk ke dalam. Sempat dia melihat kiri kanan, mana tahu ada yang mengintip mereka.

Setelah habis menjamu selera, Amy membawa Thia ke ruang tamu dan bersedia untuk mendengar penjelasan dari Thia. Thia menceritakan dari A sampai Z. Amy mendengar dengan teliti.

"Jadi... Thia kena culik untuk dijadikan tebusan? Tapi lelaki tu dah berdamai tapi?"

"Dia... Tak lepas kan aku.. Lepas dua bulan dia baru lepaskan aku... Dan dia suruh aku cari abang..." Amy memegang bahu Thia. "Jadi kamu tahu Theo kat mana?!"

"Tenang Amy... Aku tak tahu tapi aku tahu yang dia kena culik sebab aku... Kan?" Air muka Thia berubah muram. Amy memandang nya sayu. "Tak apa... Itu bukan salah kau.. Aku yakin dia okey." Amy meyakinkan Thia. "Okey sekarang Thia dah selamat, jadi kena inform pada abang Zack dulu ke?" Thia mengangguk.

Zack kelam kabut datang ke rumah Amy setelah mengetahui Thia berada di tempat kini. Dia dengan tak tahu malu menerobos masuk ke dalam lalu menerpa mereka berdua di ruang tamu. Boleh buat sakit jantung orang dibuat nya. Amy memegang dadanya sebab terkejut. Dia menarik telinga Zack dengan geram. Thia hanya tertawa melihat telatah mereka.

"Thia sihat? Ada luka apa-apa tak? Syukurlah Thia selamat.." Zack menghembus nafas lega.

'Theo..!'

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now