𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Theo POV
Entah macam mana aku boleh ada dekat dalam air tasik ni. Dah lah aku tak tahu berenang tu macam mana. Dengan kudrat yang ada, aku cuba melambai ke permukaan air untuk meminta pertolongan.
"To--Tolong! Sesiapa! Uhuk, tolong saya!" Itu je aku mampu sebab aku dah tak larat nak jerit. Bodoh gak aku. Saat itu aku tak tahu nak buat macam mana. Pasrahlah katakan. Thia.. Abang minta maaf... Sebelum aku memejamkan mata, terlihat kelihat seseorang sedang menyelamatkan aku. Dan semua menjadi gelap.
Aku tersedar dan memuntahkan air yang aku tertelan. Hah, aku ingat aku dah mati. Aku merenung lelaki tu. Seketika aku teringat adik aku. Kalau aku tak cari orang yang penculik tu nak, nyawa adik aku akan jadi taruhan. Aku dah tak ada cara lain! Aku lantas melutut di hadapannya.
"Bang tolong saya! Adik saya kena culik, saya tak boleh buat apa-apa dah.. Please abang, saya nak adik saya selamat. Tolong selamatkan adik saya, saya akan ikut arahan abang asalkan abang selamatkan adik saya." Aku berhenti memandang reaksinya. Selepas itu aku nampak dia seperti berfikir.
"Baiklah. Kalau kau nak adik kau selamat, kau kena jadi maid aku." Akhirnya, aku tak kesah orang ni bukan orang yang dia cari, yang penting aku nak Thia selamat. Aku memeluknya erat.
"Nama saya Theodore Roosevelt. Jangan salah anggap, saya lelaki. Abang panggil saya Theo ya? Bila saya boleh kerja?" Bila aku perkenalkan diri, aku nampak dia mengerutkan dahi. Senyuman manis terukir di bibirnya.
"Theo ya? Esok pagi kau boleh kerja dan dengan syarat." Aku menunggu.
"Kau jangan bagitahu orang lain tentang kerja ni atau... Kau akan hilang adik kau. Faham?" Aku mengangguk laju.
"Nama abang?"
"Davien." Sepatah dia cakap. Aku nampak dia tak habis-habis tengok aku tapi aku hanya biarkan.
"Esok aku suruh bodyguard aku ambil kau. Ini kad aku, kalau ada apa-apa boleh call aku." Aku pantas mengambil kad yang Davien bagi.
"Hantar location mana tempat tinggal kau. Jangan lupa. Lain kali kalau nak mati jangan bagi ketara eh. Hati-hati dear." Aku malu sendiri. Kena setepek ngan mamat ni. Dengan itu Davien meninggalkan aku. Entah kenapa aku rasa pernah nampak Davien ni. Pantas aku memegang dada aku. Ada sesuatu yang tidak kena.
Tapi aku biarkan. Aku harap apa yang aku buat ni betul. Aku percaya Davien walaupun aku tak kenal dia. Aku nampak dari segi tubuh badan, aku tahu dia bukan calang-calang orangnya. Tak salahkan apa yang aku buat ni? Aku pun bergegas ke rumah untuk membersihkan diri. Thia bertahan lah!
End Theo POV
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...