𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Tahun demi tahun berlalu, usaha Theo selama ini telah membuahkan hasil yang lebih baik. Rumah banglo yang telah dibelinya 4 tahun yang lalu menjadi tempat tinggal dua beradik setelah berpindah.
Kelihatan seorang wanita perempuan berambut panjang ikal menyiram tanaman yang ditanam di kawasan halaman. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Dia menoleh tatkala mendengar tawa halus dari arah belakang.
"Makin subur bunga tu Thia siram setiap hari. Maklum lah hobi baru." Thia hanya menjelirkan lidah apabila mendengar kata-kata Theo.
"Ni semua bunga Thia tau, Thia tanam sendiri! Abang mana tahu! Hmph!"
"Yelah tu. Hah Amy dengan Zack datang rumah malam ni. Katanya nak melawat. Jangan lupa hidangkan makanan ya?" Theo bukan tak tahu, Amy dengan Zack memang tak sah kalau tak melawat, rindulah katakan. Terutama sekali Amy.
Thia mengangguk faham lalu menyambung aktiviti yang tergendala tadi.
Kakinya melangkah ke dalam ruangan membaca. Usahanya sebanyak sedikit mengubah nasib dan gaya hidupnya selama ini. Dulu seorang yang miskin dan sekarang seorang yang berjaya. Banyak dugaan yang menimpanya sebelum dia mendapat kejayaan nya sendiri. Namun berkat doa dan sokongan dari orang yang masih bersamanya, dia mampu menjadikan impiannya menjadi kenyataan.
Skrin komputer dipandang dengan teliti lalu pandangan nya teralih pada gambar mereka berempat yang sedang khusyuk berbual kelihatan masih melekat di ingatannya.
"Hahh.. Aku tak sangka dah tujuh tahun berlalu. Tak banyak berubah.." khayalan nya terhenti tatkala mendengar tawa seseorang di ruang tamu. Segera dia meninggalkan ruang tersebut.
Kelihatan Zack dan Amy sedang seronok bergosip.
"Seronok sangat cerita korang sampai tempat aku boleh dengar." Theo mencelah. Semua mata memandang ke arahnya."Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Theo mengambil tempat di hadapan Amy.
"Ada, tapi aku tak nak bayar." Zack membuat lawak hambar. Theo hanya menjeling manakala Amy sudah tertawa kecil.
"Ada je kau. Korang cakap malam ni? Asal awal sangat sampai?" Theo memandang jam di tangan nya.
"Amy rindu lah sebab tu datang awal. Tak sabar-sabar. Salah ke?" Amy cuba buat-buat merajuk.
"Alah ye ke? Meh sini hug." Dan terjadi lah sesi memeluk antara satu sama lain.
"Eh sampai hati tak ajak Thia sekali buat group hug. Tak jadilah nak hidangkan masakan ni. Thia nak merajuk, hmpm.."
"Eh jom jom. Group hug!"
Setelah selesai sesi berpelukan mereka berempat berborak sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh Thia.
"Macam mana dengan kolej yang Thia masuk tu? Ada apa-apa masalah tak?" Tanya Amy.
"Tak ada kak, semua orang kat kolej tu baik-baik je."
"Baguslah kalau macam tu. Lepas ni jangan risau pasal kewangan dah, abang boleh urus kan." Theo kembali mengambil segelas jus lemon. Haus.
Zack memandang Amy yang tak habis-habis dengan rambut panjang Theo. Dia pun nak juga. Jealous tengok.
"Theo.." Adalah Amy nak minta kalau dah begitu. Theo hanya berdehem. Tau saja dia apa yang Amy nak. Apalagi kalau bukan rambutnya. Tujuh tahun yang lalu dia bercadang untuk membiarkan rambutnya tumbuh panjang sehinggalah sekarang. Dah sampai paras punggung dah pun. Lama Amy terdiam. Dua orang lagi tengah main handphone.
"Haish, yelah yelah. Kalau aku tak suruh pun kau nak juga dengan rambut aku ni." Amy tersenyum suka saat mendapat green light. Rambut panjang Theo di tocang. Beberapa minit kemudian disanggul nya. Theo hanya menjeling sekilas hanya membiarkan perbuatan Amy.
"Ah rambut kau cantik sangat sebab tu aku main. Lagi-lagi kau cantik.. Kau tau tak, lelaki pun boleh bingung kau lelaki ke perempuan. Dah body macam perempuan. Kan sempurna kau jadi perempuan, semua kau ada!" Amy memuji. Sedikit pun dia tidak tersinggung walaupun dia dipanggil perempuan. Bukan dia suka cuma malas nak balas apa balik. Cuma iyakan je.
"Aku memang cantik dari dulu pun. Kau baru tahu ke?"
"Lama dah." Amy hanya membalas.
"Hmm tujuh tahun... Aku ada firasat tahun ni, mungkin Dia akan cari Theo balik." Rambut panjang Theo di genggaman nya di renung. Saat suasana menjadi tenang di situ hatinya merasakan hal buruk akan terjadi.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Novela JuvenilTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...