BAB 1

159 4 1
                                    

Sudah sebulan aku menjadi mahasiswi di Universiti Sains Malaysia. Life sebagai mahasiswi agak mencabar tapi apa boleh buat. Takkan nak duduk rumah tunggu orang masuk meminang sahaja kan. Orentasi sudah tiga minggu berlalu tetapi sakit hati ini masih terpahat di hati. Mana taknya dapat senior semua perangai macam beruk . Suruh tiup lampu la, cakap dengan tiang la dan macam-macam benda yang tak masuk akal! Dengar macam dongeng tapi itulah realiti sepanjang orientasi itu.

"Oiii, Zara. Jauh termenung ingat dekat boyfriend ka?" Alia mengambil tempat di hadapan Zara. Kafe hari ini agak sunyi, hanya seorang dua sahaja berada di situ. Suara Alia telah memecah kesunyian itu.

"Opocot mak hang jatuh tergolek dalam hutan." latah Zara. Ini la masalah yang dihadapi aku dari kecil. Virus melatah ini sebab suka kacau Cicik aku. Muka comel tapi melatah macam mak nenek. Ceh perasan gila Azzahraa Kayla ini. Macam manala bila nak naik pelamin nanti, kalau melatah atas pelamin mahu jadi gossip hangat tu, bisik hati Zara.

"Ish, budak Zara ni kuat gila berangan. Tersenyum sorang- sorang ataupun wayar dalam kepala otak tu dah putus sebab banyak assignment yang kena buat." Aduh bila difikir balik banyak gila assignment kena hantar minggu depan. Eh aku pun terkena virus berangan si Zara ni, Alia bermonolog.

"Ada apa Alia? Hang ni kan tahu aku ni tak boleh terkejut bagi la salam dulu ka pantun dulu ka! Ni tak, panggil aku macam aku tak ada nama!" Marah Zara. Alia ni roommate aku. Perangai pun dua kali lima juga la dengan aku. Cuma Alia ni berdikari sikit daripada aku, biasa la anak sulung dalam family so aku anggap dia ni macam kakak akula. Lain sikit dengan aku yang manja ni biasala anak bongsu dalam keluarga.

"Apa, hang ingat aku nak masuk merisik hang, nak pantun segala. Aku dah bagi salam dekat seribu kali hang dok termenung juga! Hang ingat kat siapa?" Eh nanti kejap sekarang pukul berapa ni? Ya Allah dah pukul 4.10 petang , lagi 5 minit ada kelas Prof Lokman. Habis la kalau masuk lambat! Dah la Prof Lokman garang macam harimau bintang tak makan setahun. Semua ni salah si Zara la ni.

"Arghhhh, Zara habis la kita ni. Aduh macam mana ni! Sempat ka tak ni? " Jeritan Alia menarik perhatian mahasiswa yang berada dekat dengan mereka. Mereka hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap Alia.

"Oh mak hang sayang aku ka."Aduh melatah lagi. Gila apa perempuan ni jerit macam hilang suami.

"Sempat apanya kau ni? And one more thing please jangan menjerit boleh tak. Malu la sikit orang tengok!" Naik juga penampar aku dekat muka cantik Alia ni. Macam la dia tak tau orang melatah mana boleh control-control .

"Hang lupa ka? Kan class Prof Singa lagi 2 minit dari sekarang. Aku rasa kita kena ponteng la jawapnya. Aku tak sanggup dimalukan dalam dewan kuliah." Ingat lagi dua hari lepas. Ramli kena halau sebab masuk dewan 2 minit lewat. Kejam betul Prof Singa tu!

"Oh pasal tu. Hang lupa ka? Kan class dibatalkan. Sebab Prof ada mesyuarat. Pelupa betul la Hang ni." Sebab tu aku kata Alia ni dua kali lima dengan aku. Kami ada virus tersendiri aku kuat melatah and berangan manakala Alia pula kuat pelupa and kelam- kabut 24 jam.

Lega, hari ini tak ada kelas so boleh la tidur sepuas-puasnya tanpa gangguan. Assignment pun semua dah habis. Boleh la aku jumpa Khairul Fahmi dalam mimpi aku. Heheheh, semenjak aku tengok Khairul Fahmi jadi penjaga gol Harimau Malaya terus aku jadi peminat nombor satu Harimau Malaya.

Tiba-tiba aku teringat dekat Am, apala khabar dia sekarang? Dah masuk 13 tahun kami tak berjumpa. Aku ingat lagi, Am nak jadi penjaga gol sekolah tapi tak boleh sebab badan tu chubby sangat.

"Awak, nanti bila kita besar kita kahwin tau. Tapi saya tak boleh kahwin lagi sebab Mama saya kata kita kecil lagi." Am bercakap dengan mulut yang penuh dengan keropok super cheese. Am ini jiran sebelah rumah aku dulu. Kami kawan baik tapi masa aku umur 8 tahun, Ba kena pindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

"Awak, jangan tinggal saya. Nanti dengan siapa saya nak main? Nanti saya besar saya nak kahwin dengan siapa?" Am , saya rindu dekat awak. Awak dah kahwin ke belum? Macam manala rupa awak ? Comot and chubby macam dulu ke ? Banyak persoalan yang bermain difikiran Zara.

Ba ada pergi rumah lama kami sebab nak melawat Uncle Na tapi rumah tu dah dekat 5 tahun tak ada penghuni. Penghuni sebelah rumah pun tak tahu mana Uncle Na tinggal. Nombor Uncle Na pun dah tidak aktif. Dekat mana la mereka tinggal sekarang. Masih ada dekat Malaysia ke ? Sebab Am pernah cerita yang Uncle Na pernah kata nak pindah ke Amerika Syarikat untuk buka business di sana. Walaupun jarak umur aku dengan Am 2 tahun, kami masih berkawan rapat. Am tua aku dua tahun tapi kami sekepala. Arghhhh, rindunya aku dengan budak chubby tu. Kejap kenapa tiba-tiba aku rindukan dia?

"Zara, jom kita keluar makan nak tak? Kita pergi makan Pizza Hut. Hari ini aku, Alia Insyirah akan belanja." Teringin pula nak makan Pizza Hut. Kalau nak ajak Zara ni kena upah kalau tak pemalas nak mampus. Zara ini lebih gemar berkurung dalam bilik daripada keluar jalan-jalan.

Wah pucuk dicita ulam mendatang. Macam tau-tau ja aku mengidam nak makan pizza hut. " Eh betul ka ? Hang nak belanja aku makan pizza ni. Baiknya hati Hang hari ni." Boleh aku beli barang sikit. Stok makanan pun dah makin sikit ni. Biasa la dua badak dalam bilik mahu tak habis stok sebulan dalam masa 2 minggu.

"Wei, Zara dahla tu berangan Hang ni. Mak Hang makan apa masa mengandung Hang? Buah berangan kot sebab tu Hang ni 24 jam berangan ja." Pening aku dengan penyakit si Zara ni.

Mama aku makan apa eak masa mengandung aku? Sampai aku kuat berangan macam ni. Mama pun selalu marah aku sebab anak perempuan tunggal dia ni selalu berangan. Aku pun tak tau kenapa aku ni kuat berangan.

"Tengok tu berangan lagi. Aku kesian dengan hubby hang nanti." Lelaki 'bertuah' mana la nak jadi husband perempuan kuat berangan ni.

" Hang diam la. Ni pukul berapa nak keluar outing ni? Hang tu kalau nak bersiap berjam-jam mengalahkan artis." Macam tak tau perangai si Alia ni kalau bersiap mengalahkan pengantin. Lain pula dengan aku yang cukup simple. Zara amat gemar memakai baju kurung dan shawl.

" Lepas solat zohor kita pergi la 1st Avenue. Lepas kita ronda kat 1st Avenue kita pergi la Perangin makan Pizza Hut kat sana." Nasib baik Abah baik hati belikan kereta Mini Cooper, senangla sikit nak keluar jalan-jalan.

" Aku ikut ja sebab hang yang nak drive kan. Jomlah dah nak masuk waktu Zohor ni. Aku pergi toilet sekejap ye." Memang sudah perangai mereka yang tidak suka melengah-lengahkan untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now