“Tolong!!!!! Tolong!!!!” Haura bergegas berlari sambil mencari punca suara tersebut. Dia melihat seorang wanita yang sedang sarat mengandung berada di pinggir jalan dalam keadaan cemas. Lalu dia mendekati wanita tersebut.
“Kenapa ni kak?” Tanya Haura prihatin.
“Dik.. tolong akak dik. Beg akak kena ragut.” Balas wanita yang bernama Rosie sambil menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang berlari seperti lipas kudung.
Tanpa berfikir panjang caramel macchiato yang berada ditangannya disedut bebberapa kali sebelum dicampak ke dalam tong sampah berhampiran. Beg tangan miliknya pula diselimpangkan pada badan sebelum memecut laju mengejar lelaki tersebut.
Sambil berlari bebola matanya ligat mencari kelibat lelaki memakai t-shirt berkolar berwarna navy blue setelah lelaki itu hilang dari pandangan matanya. Tiba di sebuah lorong kecil kelihatan sosok seorang lelaki yang sedang tertunduk mengah dengan nafasnya tercungap-cungap. Haura perlahankan langkahnya untuk kepastian. Kelihatan lelaki itu sedang memegang seutas beg tangan wanita berwarna hitam ditangannya. Dia kemudian membelek-belek beg tangan tersebut.
“Dekat sini pun kau peragut! Tak sia-sia aku menang pingat dekat sekolah dulu dapat jugak aku kejar mamat ni.” Bisik Haura perlahan.
“Hoi mana kau nak lari hah?” jerit Haura sambil berjalan laju menuju ke arah peragut tersebut. Lelaki itu kemudian mengangkat mukanya. Haura memintal tali beg tangannya dan terus dihayunkan ke arah lelaki itu.
PUKKK... satu pukulan hinggap di belakang Mikael tanpa sempat dia mengelak.
“Aduh! Apa...?” Belum sempat Mikael membuka mulut Haura terus menerus memukul Mikael.
“Berani kau nak ragut beg orang. Dah tak ada kerja lain ke? Siang hari macam ni pun aktif kau ye. Nah rasakan! Aku paling pantang kalau orang lelaki yang cukup sifat macam kau ni menindas kaum wanita.”
“Hey apa ni. Aduh! Woi sakitlah.” Mikael mengaduh kesakitan.
“Oh tahu sakit? Ragut beg orang tak fikir pulak. Kau Nampak tak yang akak tu tengah pregnant? Kalau dia jatuh tergolek kat tengah jalan pastu kena langgar ke cedera ke ada kau fikir?” Marah Haura lagi.
“Kau ni dah kenapa. Bukan akulah. Kau jangan memandai-mandai tuduh orang kalau tak tahu cerita.” Mikael mula meninggikan suaranya.
“Bukan kau? Hey aku nampak dengan mata kepala aku sendiri tau yang kau godek-godek handbag tu. Memang sah la kau ni yang ragut beg akak tu. Takkan lah handbag tu kau yang punya kot.” Sindir Haura pedas.
“Eiiii perempuan ni! Kau jangan sampai aku berkasar dengan kau.”
“Ingat aku takut? Cakap ajelah kau nak larikan diri. Orang macam kau ni tak bol….”
Belum sempat Haura menghabiskan berkata-kata, tiba-tiba tangannya digenggam dan direntap kasar oleh Mikael lalu dipusing dan diletakkan di belakang. Haura meronta untuk lepaskan diri tetapi Mikael memegangnya terlalu kuat.
“Aku dah warning kau awal-awal lagi kan. Jangan sampai aku berkasar dengan kau. Tapi kau degil tak nak dengar langsung cakap orang. Sekarang terimalah padahnya.” Bisik Mikael puas.
“By the way aku bukan peragut yang kau maksudkan tu.”
Haura bertambah geram. Dia yang terasa tercabar dengan kata-kata Mikael terus bertindak agresif dengan menarik telinga dan rambut Mikael. Dipukulnya bertubi-tubi. Mikael yang tidak menyangka Haura akan bertindak sedemikian sekali lagi mengaduh kesakitan. Dia sedaya-upaya cuba mengelak dari pukulan tersebut.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...