Di sebuah café Luqman dilihat sedang berbual-bual dengan Mikael. Selepas pertemuan Mikael dengan Haura tempoh hari Luqman tidak mendapat apa-apa berita dari lelaki itu.
"Amacam Mika okay tak calon yang aku carikan untuk kau tu? Cantik kan?" Luqman bertanya dengan penuh minat.
"Perempuan tu? Cantik? Hah! Kau jangan nak buat lawak la."
Terbayang di memori minda Mikael kejadian yang telah terjadi padanya ketika berjumpa dengan Haura. Sungguh dia geram & marah dengan perangai Haura yang menurutnya keras kepala dan sangat menjengkelkan.
"La.. dah kenapa pulak ni. Selama ni aku rasa kau tak ada masalah pun dengan perempuan pilihan aku. Kenapa kali ni lain macam pulak reaksi kau?" tanya Luqman pelik.
"Mana kau jumpa perempuan tu? Dekat mana kau kutip?"
"Eh kau ni banyak songeh pulak. Orang dah tolong cari tu bersyukur la sikit. Banyak complain pulak dia. Lepas ni kau cari sendiri la." Balas Luqman.
"Memang kena cari yang lain pun sebab dia dah reject offer tu." tutur Mikael. Suaranya tenggelam timbul.
"Hah? Reject? Kau biar betul Mika. Perempuan mana yang berani reject kau ni." Luqman menyakat rakannya itu sambil ketawa terbahak-bahak.
Kata-kata Haura tempoh hari sedikit sebanyak telah membuatkan Mikael terasa maruah dirinya dicalar. Berani betul wanita itu melemparkan kata yang sedemikian tepat ke muka Mikael. Belum pernah ada seorang pun yang berani menolak pelawaannya.
"Kau tak payah nak gelak sakan eh. Ni semua kau punya pasal tahu tak? Kalau kau tak suruh aku jumpa dia sorang-sorang masa dekat redang hari tu mesti tak jadi macam ni.
"Aik aku pulak yang kena. Kau yang kena reject aku pulak yang dipersalahkan. Ini tak adil!" Luqman memprotes.
"Ni tak lain tak bukan, mesti kau ada sakitkan hati dia sebab tu dia reject kau, kan? Apa yang kau dah buat pada perempuan tu? Berbuih dah mulut aku ni nasihatkan kau. Nak jadi mat romeo la konon tapi dengan perempuan pun tak reti nak mengayat." Bebel Luqman lagi. Sekali lagi tawa nakalnya pecah.
Mikael hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang respon. Matanya tajam memandang Luqman yang sedang asyik tertawakannya.
"Apa kata kau cuba slow talk lagi sekali dengan perempuan tu. Mana tahu kali ni dia setuju pulak. Perempuan ni, kalau kau bagi ayat manis sikit je gerenti cair. Lepastu hati kau pun kena kental beb sebab perempuan ni ada banyak ragam."
"Ah! Tak kuasa aku. Kalau kau nak kau pergi sorang-sorang. Aku dah tak ada hati nak hadap muka perempuan tu. Buat sakit hati aku je."
"Uih! Garangnya. Okay kalau macam tu nanti aku carikan calon yang lain untuk kau. Kali ni aku sendiri yang akan bawa dia pada kau."
"Kau buatlah apa yang patut janji aku nak ada seseorang yang boleh berlakon jadi girlfriend aku secepat yang mungkin."
"Bereh boh." balas Luqman pendek.
Sejak Mikael balik ke Malaysia 2 tahun lepas, dia sering meminta Luqman kenalkan dia dengan kawan wanita Luqman. Mentang-mentanglah Luqman ni banyak kabel digunanya sehabis baik. Perubahan Mikael yang sungguh drastik itu pada awalnya agak meresahkan. Namun lama kelamaan Luqman sudah kalih dengan perangai rakannya itu.
***
Suara riuh yang bergema di kediaman Encik Zamzuri dan Puan Hafizah memecah suasana. Tiga buah khemah terpacak di perkarangan rumahnya. Banyak kenderaan yang beratur dipinggir jalan. Kelihatan Hanna yang tampil manis dengan busana kurung moden berona merah jambu sedang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Mona juga tidak ketinggalan untuk menyapa bakal pengantin itu.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...