Langkah yang di ambil oleh Mikael kelihatan lemah ketika menuju ke bilik Puan Sri Normah. Mukanya juga masam mencuka. Fikirannya pula sudah jauh melayang memikirkan tentang perkara yang baru di dengarinya sebentar tadi.
Apabila tiba di hadapan pintu bilik Puan Sri Normah dia mematikan langkah kakinya. Mikael tidak terus bergerak masuk ke dalam bilik tersebut.
Dia cuba menarik nafas yang dalam untuk menenangkan minda dan emosinya supaya tidak kantoi di hadapan neneknya nanti. Setelah berasa dirinya sedikit tenang barulah dia mengetuk pintu bilik tersebut.
Knock! Knock!
Pintu bilik Puan Sri Normah diketuk. Tanpa menunggu jawapan dari neneknya, Mikael terus menolak tombol pintu lalu melangkah masuk.
"Good morning nenek......." sergah Mikael manja. Senyuman lebar terhias diwajahnya. Dia memang gemar menyakat Puan Sri Normah sebegitu.
Namun tubuhnya Mikael menjadi kaku setika apabila melihat ada sosok lain yang turut berada di situ bersama dengan Puan Sri Normah. Empat pasang mata sedang memandang ke arahnya pada ketika itu. Puan Sri Normah melepaskan tawa kecil.
Mikael segera berpaling lalu menutup pintu bilik dengan perlahan sebelum menyapa Dato Zubir serta abangnya, Azrael yang turut berada di situ.
"Uncle pun ada jugak." tegur Mikael yang mukanya telah berubah menjadi sedikit merah dek rasa malu yang mula menyelubungi dirinya. Dia kemudian mula membuka langkah menghampiri mereka bertiga. Naimah pula setia berdiri tidak jauh Puan Sri Normah.
"Morning Mika." sapa Dato Zubir. Azrael sekadar tersenyum memandang adiknya itu.
"Ada apa ni nenek? Tiba-tiba je semua berkumpul pagi ni."
Belum sempat dia mengambil tempat duduknya di kerusi, Mikael telah mengajukan pertanyaan tersebut kepada Puan Sri Normah.
"Ish kamu ni Mika, kot ye pun duduklah dulu." balas Puan Sri Normah selamba.
"Sorry." Mikael menggerakkan bibirnya tanpa mengeluarkan sebarang suara.
Mikael kemudian berjalan mengambil tempat di sebelah Azrael. Dia mula memandang wajah nenek serta bapa saudaranya itu silih berganti. Dia memalingkan pula mukanya memandang ke arah Azrael namun lelaki itu dengan cepat mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Setelah semuanya orang berada di situ Puan Sri Normah mula memberi arahan kepada Dato Zubir untuk memulakan bicaranya tentang tujuan asal kenapa mereka memanggil Mikael dan Azrael.
"Zubir kamu boleh mulakan."
Dato Zubir memandang ke arah Puan Sri Normah lalu menganggukkan kepalanya.
"Kamu berdua tahu kan uncle sekarang ni tengah uruskan resort kita yang dekat Sabah tu." Azrael menganggukkan kepalanya.
"Projek kita dengan Dermaga Holdings tu ke?" tanya Mikael untuk kepastian.
"Ya betul. Kamu berdua pun dah sedia maklum betapa pentingnya resort ni untuk syarikat kita, kan? Dermaga Holdings satu-satunya syarikat yang memberikan kepercayaan yang penuh dengan melabur dalam projek ni selepas pelabur lain tarik diri disebabkan kontroversi yang melanda Khazzan Group sebelum ni." Dato Zubir mula memberi penjelasan yang panjang.
"Dermaga Holdings bukan nama yang kecil dalam dunia perhotelan di Malaysia ni." tambah Azrael. Dato Zubir menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kenyataan dari Azrael itu.
"Sejak beberapa bulan ni uncle asyik ulang-alik pergi ke Sabah untuk meeting dan sebagainya. Dan pada hujung minggu ni juga uncle ada meeting dengan wakil dari Dermaga Holdings sekali lagi di sana." Mikael dan Azrael mendengar dengan penuh khusyuk.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...