Hari ini hari pertama Haura mula bekerja di Khazzan Group. Selepas solat subuh dia terus bersiap. Risau jika dia terlambat pada hari pertama bekerja. Skirt pensil potongan midi warna hijau gelap dan blouse polka dot berwarna putih menjadi pilihan Haura untuk digayakan. Wajahnya dirias dengan mekap yang tipis.
Di pejabat, Azrael dan Dazrin sudah pun berada di bilik Puan Sri Normah. Namun kelibat Mikael masih belum kelihatan.
“Morning everyone.” Sapa Mikael sambil menolak pintu bilik Puan Sri Normah.
“Haaa… sampai pun. Kamu tengok ke tak jam dah pukul berapa?” tegur Azrael tegas.
“Sorrylah. Mika bukan sengaja datang lambat, kereta buat hal tadi. Dah la jalan jem.” Balas Mikael.
“Nasib baik ada teksi yang lalu. Kalau tak entah-entah sekarang ni Mika masih lagi ada dekat tepi jalan.” Tambah Mikael lagi membela diri.
Noah Azrael hanya menggelengkan kepala dengan jawapan adiknya itu. Mikael kemudian mengambil tempat di sebelah Dazrin.
“Ada hal penting apa ni sampai pagi-pagi lagi dah minta kami berkumpul dekat sini?” Tanya Mikael.
“Ha’a nek. Nak kata meeting rasanya pukul 11 nanti.” Sambung Dazrin yang dari tadi hanya jadi pemerhati.
“Sekejap lagi kamu tahu la.” Balas Puan Sri Normah ringkas.
Ketibaan Haura di pejabat telah disambut oleh Laila. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Tapi entah kenapa kehadiran Haura telah menarik perhatian Suri. Dia melemparkan satu pandangan yang tajam kepada Haura.
Knock..! Knock..!
Beberapa ketika kemudian kedengaran pintu bilik Puan Sri Normah diketuk.
“Ha dah sampai pun. Masuk!” Panggil Puan Sri Normah dari dalam bilik.
Sebelum masuk, Haura sempat membaca doa semoga dipermudahkan segala urusannya. Dia kemudian membuka pintu lalu melangkah masuk.
“Assalamualaikum Puan Sri. Maaf saya terlewat.” Ucap Haura penuh sopan.
Empat pasang mata sedang melihatnya. Dia sedikit terkejut apabila melihat terdapat tiga orang yang lain di dalam bilik tersebut. Haura menelan air liurnnya.
“Aku nak kena interview sekali lagi ke ni? Kenapa ramai sangat
dekat sini?” getus hatinya. Haura menjadi sedikit gugup.
Dia gugup bukan kerana pertama kali bekerja di syarikat yang besar tetapi kerana lelaki yang paling dia anti turut berada di dalam bilik tersebut. Bagaimana jika lelaki itu sengaja membuat dia marah dan memalukannya di depan Puan Sri Normah. Itu antara soalan yang ligat menari di kotak fikirannya.
Tanpa membuang masa, Puan Sri Normah bingkas bangun dari tempat duduknya lalu memanggil Haura. Dia berjalan menuju ke arah tiga orang cucunya itu.
“Nenek kenalkan ini Jannatul Haura, pekerja nenek yang baru. Haura akan menggantikan tempat Naimah buat sementara waktu.” Ujar Puan Sri Normah.
Haura memandang satu per satu muka yang ada di hadapannya sambil melemparkan senyuman. Namun apabila matanya beralih kepada Mikael dia dapat rasakan bahawa Mikael tidak senang dengan kehadirannya di situ. Namun Haura cuba menepis segala prasangka buruk yang bermain difikirannya.
“Hai, saya Jannatul Haura. Boleh panggil Haura. Minta tunjuk ajak dari encik semua. InshaAllah saya akan cuba jalankan tugas saya sebaik yang mungkin.” Tutur Haura penuh keyakinan. Matanya cuba mengelak dari memandang Mikael.
“Ceh, bukan main lembut lagi suara bercakap. Kaki drama betul. Depan nenek pijak semut pun tak mati. Tapi kalau belakang nenek bernafas aje dah macam naga.” Gumam Mikael di dalam hati.
“Hai Haura. Saya Noah Azrael. In charge bahagian management dan finance.” Balas Azrael sambil menghulurkan tangannya.
“Kalau awak perlukan apa-apa bantuan awak boleh terus bagitahu saya atau mereka berdua.” Sambungnya lagi. Haura sekadar mengangguk faham.
“Dazrin Ikhwan, Marketing. Tak sangkakan, bertemu lagi kita.” Giliran Dazrin pula perkenalkan diri. Senyuman lebar terukir dibibirnya.
Kemudian Haura mengalihkan pandangannya ke arah Mikael yang dilihat tidak berminat untuk bertegur sapa dengannya.
“Mikael!” Tegur Puan Sri Normah tegas. Matanya dicelik luas. Dazrin pun segera menyiku lengan Mikael.
“Luth Mikael.” Akhirnya Mikael bersuara. Tangannya dihulur malas namun sambut elok oleh Haura.
Apabila tangan mereka bersentuhan Mikael cepat-cepat menarik tangannya. Senyuman yang kelat terukir dibibir Haura. Dazrin memandang ke arah Mikael.
“Mikael ni dari Operation department. Memandangkan kamu pun sudah saling kenal jadi nenek rasa tak ada masalah untuk kamu semua bekerjasama.” Puan Sri Normah sambung bicara. Dia kemudian memanggil Laila dan Suri untuk masuk ke biliknya.
“Kenalkan ini Haura. Dia akan gantikan tempat Naimah buat sementara waktu. Saya nak kamu berdua assist dia in case dia perlukan bantuan.” Arah Puan Sri Normah. Laila dan Suri mengangguk faham.
“Saya rasa itu sahaja buat masa sekarang. Mikael, kamu tolong bawa Haura dan kenalkan dia dengan staff yang lain.” Puan Sri Normah memberi arahan kepada Mikael. Suri membuntangkan matanya.
“Apa ni nek. Bukan ke selama ni ada staff lain yang akan handle benda ni? Kenapa kali ni Mika pulak?” balas Mikael, tak puas hati.
“Dazrin boleh tolong nek kalau Mikael sibuk.” Dazrin tawarkan dirinya.
“Tak boleh. Nenek ada nak bincang sesuatu dengan kamu dan Azrael lepas ni. Sebab tu nenek minta tolong Mikael yang ambil alih tugas itu untuk hari ini.”
“Hmmm yelah.” Balas Mikael ringkas lalu berjalan keluar.
“Haura, kamu pergi ikut Mikael.” arah Puan Sri Normah lembut. Suri yang sedang melihat mengetap bibirnya.
Haura berlari-lari anak mengejar Mikael yang telah jauh berjalan di hadapan. Mikael terus berjalan laju tanpa menghiraukan Haura. Dari raut wajahnya jelas terpampang rasa marah serta geram pada Haura.
“Awak saya nak minta maaf pasal hari tu.” Laung Haura sambil kakinya ligat mengejar Mikael.
Seraya dengan itu Mikael terus menghentikan langkah dengan mengejut lalu berpusing ke belakang. Haura yang sedang berlari ketika itu tak sempat untuk mengelak lalu mukanya landing tepat ke dada Mikael. Samar-samar lipstick Haura melekat pada kemeja Mikael.
“Awww, sakitlah.” Hidungnya diusap lembut.
“Saya tahulah awak tengah marah tapi cuba jalan elok-elok sikit boleh tak?” ucap Haura dengan nada yang sedikit marah lalu mendongakkan kepala memandang Mikael. Tangannya tidak berhenti mengusap hidungnya yang sedikit sakit.
Terbuntang matanya apabila melihat wajah Mikael begitu rapat dengannya. Hanya dipisahkan oleh jarak beberapa inci sahaja. Disebabkan itu, Haura bertindak berundur sedikit ke belakang.
Tapi malang tidak berbau, kasut tumit tinggi yang dipakainya menjadi tidak stabil dan hampir jatuh terpeleot. Dengan pantas tangan Haura cuba berpaut pada lengan Mikael namun tersasar. Matanya terkatup rapat. Secara spontan juga Mikael telah merangkul pinggang Haura dan menariknya rapat.
Haura membuka matanya perlahan-lahan setelah merasa dirinya tidak menyentuh lantai. Sekali lagi wajah tampan Mikael berada begitu hanpir dengannya. Waktu seolah-olah terhenti buat seketika.
Bak patung lilin. Itulah gambaran keadaan Haura dan Mikael ketika itu. Masing-masing kaku. Perkara tersebut terjadi dengan begitu pantas sekali. Pandangan Mikael terkunci tepat ke anak mata Haura yang sedang berada di dalam rangkulannya. Haura merasakan dirinya seperti sedang berada di alam fantasi. Macam Beauty and The Beast.
“Ehem..!” Mikael berdehem membetulkan peti suaranya.
Disaat itu barulah Haura tersedar dan kembali ke alam realiti. Seperti ingin meletup jantung Haura apabila sedar dirinya sedang berada di dalam rangkulan Mikael. Merah padam mukanya menahan malu.
Dup dap..! Dup dap..!
“Mak aih! Kuatnya bunyi. Jantung aku ke jantung mamat ni?” bisik Haura dalam hati.
“Tak reti pakai heels ke? Jalan terhuyung-hayang. Kalau tak reti tak payah pakai, menyusahkan orang je.” Tutur Mikael kasar. Dia membetulkan kedudukan Haura kemudian menarik tangannya dari pinggang wanita itu.
“Eiii… mamat ni kan, kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah.” Teriak Haura dalam hati. Matanya tajam menjeling Mikael.
“Terima kasih.” Balas Haura kasar.
“Dahlah jom gerak, jangan nak buang masa. Aku ada banyak lagi kerja yang nak kena settlekan.” Balas Mikael kemudian melangkah laju.
Haura memandang Mikael dengan penuh rasa geram. Ingin saja dia menumbuk muka helok lelaki itu. Baru dia tahu langit ni tinggi atau rendah. Menyedari Haura masih belum bergerak Mikael memanggilnya sekali lagi.
“Tunggu apa lagi, cepatlah! Ke kau nak aku bentang karpet merah baru nak jalan.” Panggil Mikael. Suaranya sedikit tinggi.
Haura segera mengekori Mikael tapi kali ni dia lebih berhati-hati. Risau jika perkara yang sama berulang lagi.
Di satu sudut, Suri telah menyaksikan apa yang telah terjadi antara Mikael dan juga Haura. Api kemarahan jelas terpancar dimatanya. Jari jemarinya digenggam kuat. Matanya merah menahan marah yang teramat kuat.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...