Haura dan Dazrin dilihat sedang berbual mesra sambil menjamu selera. Senyuman tidak lekang di wajah Dazrin. Alunan muzik romantis yang sayup-sayup kedengaran melengkapkan lagi janji temu mereka itu.
"Awak ada apa-apa yang nak bagitahu saya ke?" tanya Dazrin.
"Huh?" Dengan spontan Haura memberi respon.
Serentak dengan itu juga Haura mengangkat wajahnya memandang Dazrin. Matanya terbuntang dek terkejut dengan pertanyaan dari lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu.
"Tak adalah. Saya tengok awak macam resah je. Ada apa-apa yang awak nak tanya atau bagitahu saya ke?" tanya Dazrin sekali lagi.
"Eh, mana ada. S-saya okay je. Perasaan awak je kot." balas Haura sedikit tergagap-gagap.
Fikiran Haura sebenarnya sedikit terganggu dengan kejadian di pejabat pada petang tadi. Dia masih tertanya-tanya sama ada Dazrin nampak kejadian itu ataupun tidak. Dia risau jika perkara itu akan menjadi salah faham di kemudian hari. Hatinya berasa sungguh tidak tenang.
"Yeke? By the way, Haura terima kasih sebab sudi keluar dinner dengan saya malam ni." ujar Dazrin sambil memandang tepat ke mata Haura. Haura menganggukkan kepalanya sambil membalas senyuman lelaki itu.
"Saya nak tanya awak sikit, boleh? Tapi awak kena janji dengan saya untuk jawab dengan jujur." Tiba-tiba nada suara berubah menjadi serius.
"P-pasal apa? Kenapa tiba-tiba je ni?" balas Haura sedikit panik.
"Janji dulu dengan saya yang awak akan jujur dengan saya."
"Awak nak tanya saya pasal apa?" Haura berkeras.
"Mikael." jawab Dazrin pendek.
"M-Mikael? Kenapa dengan dia?" soal Haura kembali. Hatinya mula gelisah.
"Dia ada berkelakuan pelik tak depan awak sejak kebelakangan ni?" tanya Dazrin.
"Pelik yang macam mana tu? Maaf saya kurang faham." soal Haura untuk kepastian.
"Macam bukan diri dia yang awak kenal. Lain dari kebiasaannya. Ada tak?" balas Dazrin.
Tiba-tiba kejadian tadi terbayang di fikirannya. Haura mengelamun buat seketika. Melihat Haura yang tidak memberi respon kepadanya membuatkan Dazrin menjadi sedikit pelik.
"Haura?" panggil Dazrin namun tiada sebarang respon dari Haura.
"Haura! Awak okay ke tak ni?" panggil Dazrin sekali lagi. Kali ini Dazrin memanggilnya sambil menyentuh tangan Haura yang sedang memegang gelas di meja.
Haura sedikit tersentak. Dengan cepat dia segera mengusir bayangan yang sedang berlegar di fikirannya itu.
"S-sorry. Saya tak perasan pulak kalau Mikael tu berkelakuan pelik. Kenapa awak tanya?" balas Haura sedikit kelam kabut.
"Oh yeke? Saya tak tahu kenapa tapi saya dapat rasa yang Mikael macam dah lain sikit." Dazrin memberi tahu rasa hatinya kepada Haura.
"Maksud awak?"
"Saya tak tahu macam mana nak jelaskan pada awak tapi saya dapat rasa ada sesuatu yang dah berubah sekarang ni." ujar Dazrin yang merasakan ada sesuatu yang telah terjadi pada sepupunya itu.
Haura sekadar mendiamkan dirinya. Dia kemudian mencapai gelas air putih di hadapannya lalu diteguk perlahan.
"Di mata aku perangai Mikael memang dah banyak berubah. Makin aku kenal dia, makin banyak sisi lain dia yang mungkin tak pernah ditunjuk pada orang lain." bisik hati Haura.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...