BAB 78

300 4 0
                                    

Sepanjang mengekori Haura dan Mikael, Suri perasan ada kelibat lelaki memakai hoodie sedari turut memerhatikan gerak-geri mereka berdua. Tidak mahu lelaki itu mengganggu dan menjadi penyebab rancangannya gagal, Suri segera menuju ke arah lelaki tersebut.

          "Kau siapa? Apa yang kau buat dekat sini?" tanya Suri kepada lelaki tersebut dari arah belakang.

Terkejut dengan pertanyaan itu lelaki tersebut cuba untuk melarikan dari. Namun tangan Suri lebih tangkas darinya apabila dia sempat menyambar hoodie yang dipakai oleh lelaki itu.  Wajahnya mula terdedah. Ternyata lelaki itu adalah Badrul. Tubuh Badrul ditolak ke dinding.

          "Siapa kau? Apa kaitan kau dengan dua orang tu? Kau nak apa dari mereka?" tanya Suri kasar. Matanya cerlung memandang Badrul.

          "Aku nak Haura." balas Badrul pendek. Suri tersentak. Setelah itu sebuah senyuman yang sinis terukir diwajahnya. Dia kemudian membetulkan kedudukan Badrul serta merapikan pakaiannya.

          "Jampi serapah apa yang perempuan dah guna sampai semua jantan tergila-gilakan dia." bisik Suri perlahan berbaur marah namun Badrul dapat mendengarnya dengan jelas.

         "Kau kenal Haura?" soal Badrul yang tertanya-tanya identiti wanita di hadapannya itu. Suri mengangkat wajahnya memandang Badrul.

          "Kita sehaluan. Kau dengan aku ada misi yang sama." ujar Suri tanpa menjawab pertanyaan Badrul. Lelaki itu berkerut.

          "Apa maksud kau? Aku tak kenal kau dan aku taknak ada apa-apa kaitan pun dengan kau." balas lelaki berhoodie itu selamba.

          "Kau mahukan Haura dan aku pula mahukan Mikael. Jadi kita boleh bekerjasama." ujar Suri tanpa rasa bersalah. Tangan dihulur untuk bersalaman namun tidak disambut oleh lelaki itu.

          "Aku tak perlukan bantuan kau. Lagipun kau tu perempuan, aku tak yakin." balas Badrul menolak pelawaan Suri untuk bekerjasama. Suri menghela keluh yang panjang. Dia rasa tercabar apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

          "Atau kau nak aku hapuskan perempuan tu baru kau nak percayakan kata-kata aku?"

Langkah Badrul terhenti di saat mendengar ucapan yang keluar dari mulut Suri itu. Dia memandang wanita itu dengan mata yang terbuntang luas. Dari raut wajah Suri yang merah menahan rasa amarah itu Badrul tahu bahawa wanita itu benar-benar serius dengan apa yang baru diperkatakannya.

          "A-apa maksud kau?" ujar Badrul tergagap-gagap.

          "Perempuan tu dah rampas segalanya daripada aku. Orang sekeliling aku semua dah hilang kepercayaan pada aku disebabkan dia. Dan aku tak teragak-agak untuk musnahkan hidup dia. Biar segala penderitaan aku ni dia pula yang rasa." balas Suri. Suaranya sedikit bergetar dek menahan rasa marah yang makin membuak-buak.

Badrul tidak memberikan sebarang jawapan. Dia menyarungkan semula hoodie di kepala lalu menjengah ke luar mencari kembali kelibat Haura serta Mikael. Namun mereka berdua sudah hilang dari pandangan. Badrul cerlung memandang Suri.

          "Mereka dah hilang. Kalau kau tak ganggu aku tadi aku mesti dapat jejak mereka." ujar Badrul berbaur marah. Suri tertawa sinis.

           "Rileks lah. Apa kata kita pergi lepak dulu dekat mana-mana. Lepas tu baru kita bincang apa yang kita perlu buat." Suri memberi cadangan. Tanpa menantikan jawapan dari Badrul, Suri segera berlalu. Lelaki itu tidak mempunyai pilihan yang lain lalu berjalan mengekori Suri dari belakang.

*****

Tayar kereta yang dipandu oleh Mikael bergerak laju di jalan raya. Sesekali Haura melirik ke arah tunangnya yang sedang fokus memandu. Selepas pertemuannya dengan Dato' Zubir, Mikael kelihatan sedikit terganggu.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now