BAB 40

486 10 1
                                    

Mikael melangkah laju menuju ke tapak letak kereta. Hatinya masih belum sejuk lagi dengan tindakan Haura yang telah membabitkan dirinya dalam masalah peribadinya. Setelah keluar dari bilik Datin Safiah dia meluru laju tanpa menunggu wanita itu. Haura pula berlari-lari anak mengejar Mikael yang sudah jauh di hadapan.

          "Awak tunggu la saya dulu." Panggil Haura. Namun Mikael hanya pekakkan telinganya.

          "Awak, saya minta maaf!" tambah Haura lagi. Dia cuba untk menjernihkan keadaan tapi Mikael tetap tidak menghiraukannya.

          "Awak dengar ke tak apa yang saya cakap ni?" Haura mula rasa geram. Dia mematikan langkahya. Setiap tutur katanya tidak balas langsung oleh Mikael. Bukan setakat itu sahaja malah makin luas langkah yang di ambil Mikael meninggalkan Haura.

           "Luth Mikael!" teriak Haura selepas beberapa kali cubaan memanggil Mikael tidak di endahkan oleh lelaki itu.

Mikael menghentikan langkahnya. Sempat dia melepaskan keluh sebelum menoleh ke belakang. Haura yang sedang memandangnya dari jauh mula berjalan menghampiri lelaki itu.

          "Saya panggil awak banyak kali tau. Awak tak dengar ke?" tanya Haura setelah dia berdiri di hadapan lelaki itu. Dia mendongak sedikit memandang Mikael.

         "Kau nak apa lagi dari aku? Tak cukup ke kau dah heret aku dalam penipuan kau tu?" balas Mikael kasar. Dia masih tidak berpaus hati apabila Haura kenalkan dia sebagai bakal suami kepada wanita itu kepada Puan Hafizah dan Datin Safiah.

          "Saya minta maaf, saya tak sengaja. Saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh cakap macam tu tadi." Balas Haura. Dia berasa sungguh bersalah atas tindakannya itu.

         "Semudah tu je kau minta maaf, kan?" balas Mikael sinis.

         "Habis tu awak nak saya buat apa?" Tanya Haura. dia sebolehnya tidak mahu ada berperang lidah dengan Mikael.

         "Buatlah apa-apa sekalipun janji nama aku bersih dari terpalit dalam masalah kau ni." Balas Mikael. Dia kemudian berjalan masuk ke dalam kereta. Haura tergamam. Dia kemudian mengikut langkah lelaki itu.

Haura dan Mikael masing-masing mengunci mulut ketika di dalam kereta. Mikael hanya fokus pada pemanduannya sahaja. Haura pula bagai cacing kepanasan. Dia berasa sungguh gelisah. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk lelaki dingin di sebelahnya itu. Dia tahu Mikael sungguh marah akan dirinya tetapi dia juga tidak mahu melukakan hati opah dan ibunya. Haura di dalam dilema.

          "Aku nak kau call ibu kau dan bagitahu dia perkara yang sebenar. Aku tak nak benda ni berlanjutan." Di dalam ketegangan Mikael membuka bicara. Dia mengarahkan Haura untuk berterus terang dengan ahli keluarganya tentang hubungan mereka berdua.

          "What? No way! Saya tak nak!" balas Haura. Dia tetap berkeras untuk meneruskan rancangannya itu. Mikael cerlung memandang Haura di sisinya.

          "Apa masalah kau sebenarnya ni?" Mikael sudah mula naik angin dengan sikap keras kepala Haura itu.

          "Opah saya tu ada sakit jantung tau. Awak sendiri nampak kondisi opah saya macam mana tadi, kan? Kalau saya tiba-tiba mengaku yang saya ni dah tipu dia hidup-hidup, awak rasa apa yang akan jadi pada dia?" balas Haura. Dia pula sudah geram dengan sikap Mikael yang tidak boleh bertolak ansur itu. Mikael terdiam.

          "Saya cuma minta tolong dengan awak untuk 'berlakon' jadi boyfriend saya je. Susah sangat ke? Bukannya saya minta awak kahwin dengan saya." Tambah Haura lagi. Mikael membuntangkan matanya memandang Haura yang sudah berpaling darinya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now