BAB 26

454 6 3
                                    

Datin Noreen tiba di sebuah restoran mewah. Dia menghampiri tiga orang rakannya yang sedang duduk di salah sebuah meja di restoran tersebut.

          “Sorry sangat. Tadi ada client vip datang salon tu yang lambat sikit.” Tutur Datin Noreen.

          “Tak apa, kami pun baru je sampai. Minuman pun belum sempat order lagi.” Balas Datin Nora. Datin Noreen melabuhkan punggungnya di kerusi.

          “Reen, I dengar famous anak you lelaki sejak kebelakangan ni.” Tanya Datin Mary dengan tiba-tiba. Punggung masih belum panas Datin Noreen sudah diasak dengan pertanyaan mengenai Dazrin.

          “Apa maksud you, Mary?” Datin Noreen pura-pura tidak faham. Dia tahu sangat perangai Mary tu.

          “Ada orang bagitahu I yang anak you sekarang ni tengah hangat bercinta dengan pekerja bawahan dia. Betul ke?” tanya Datin Mary yang terkenal dengan gelaran ‘Mary Si Mulut Murai’. Wajah Datin Noreen berubah.

          “Mana you tahu berita ni?” soal Datin Noreen kembali.

          “Dah kecoh la dalam kalangan kawan-kawan kita. Semua sibuk duduk bahas pasal anak you tu. Takkan you tak tahu kot. You kan antara orang yang terawal akan tahu apa-apa jenis gosip sekalipun.” Balas Datin Mary sarkastik.

Datin Noreen mula terasa hangat. Dia sangat sensitive bila ada orang mengata perihal yang berkait dengan dirinya. Kalau dia duduk mengata anak orang tak apa pulak. Datin Nora pula malas untuk masuk campur. Nasib dirinya mendapat kawan yang perangai tak ubah macam ‘Mami Jarum’.

          “No! Anak I tu tak mungkin dan tak akan bercinta dengan perempuan yang I tak kenal lebih-lebih lagi pekerja dia sendiri.” Datin Noreen dengan tegas menafikan gosip tersebut.

          “Ada jugak yang kata anak you yang terhegeh-hegeh duduk kejar perempuan tu. Tapi I tak tahu la tahap mana kesahihan berita tu.” Ujar Datin Rossa yang sedari tadi hanya memasang telinga.

Kata-kata Datin Rossa itu umpama menyimbah minyak ke dalam api yang kian marak. Nafas Datin Noreen mula turun naik dengan laju menahan marah.

          “Anak I pun ada taste dan standard dia sendiri tau. Tak mungkinlah dia akan jatuh hati dengan orang bawahan dia sendiri. Semalam I baru je tanya dia dan dia menafikan semua gosip liar tu.” Datin Noreen membidas dengan sinis.

          “Lagipun I dah ada calon isteri untuk dia. Yang lebih layak dan sepadan dengan anak I tu.” Tambahnya lagi sambil membuka buku menu yang ada di tangannya.

          “Oh yeke? Kalau macam tu baguslah. Enggang kena sama dengan enggang, tak bolehlah berganding dengan si pipit. Tak ke gitu Mary?” balas Datin Rossa. Datin Mary menggangguk setuju.

          “You jangan risau Reen, nanti I akan tolong you bersihkan nama you ni. I tahu mesti you tengah susah hati kan bila ramai orang duduk mengata anak you yang bukan-bukan. Nanti I akan sampaikan pada kawan-kawan kita yang lain.” Tutur Datin Mary sebelum menukar topik. Datin Noreen sekadar menjeling

*****

Bunyi flush bilik air ditekan. Haura keluar dengan wajah yang sedikit pucat. Mukanya berkerut menahan sakit. Rasa sakit yang menyerang di perutnya itu seperti dipulas dan ditarik dengan kuat. Ada ketikanya Haura terpaksa meringkukkan badan kerana tidak boleh berdiri dengan tegak. Dia mula mencari sesuatu untuk dia berpaut. Sesekali dia menyeka peluh dingin yang terbit di sekitar dahinya.

          “Kali ni dia datang dengan tak bagi warning langsung.” Keluh Haura sendirian.

Ini bukan kali pertama dia mengalami sakit yang sedemikian. Namun Haura tetap gagahkan dirinya. Dia cuba berdiri tegak dan menarik nafas yang dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dia membasuh kedua belah tangannya dengan sabun dan membilasnya dengan bersih. Sebelum keluar dia mencapai beberapa helai tisu untuk mengeringkan tangan serta mengelap sisa peluh di wajahnya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now