BAB 34

409 12 1
                                    

Datin Mary dilihat sedang berjalan menuju Mademoiselle Spa & Salon iaitu pusat kecantikan milik Datin Noreen. Dia memang kerap berkunjung ke situ untuk mendapatkan rawatan kecantikan.

Selesai mendapatkan rawatan, Datin Mary tidak akan terus pulang. Dia selalunya akan meluangkan masa berbual dengan Datin Noreen buat seketika.

           "Reen, I dengar anak perempuan you dah balik Malaysia. Betul ke?" Tanya Datin Mary dengan tiba-tiba. Jus epal yang ada di ditangannya disedut perlahan.

          "Cepat je cerita sampai dekat telinga you, kan. Siapa yang bagitahu?" Datin Noreen sedikit terkejut. Dia tertanya-tanya macam mana pulak berita tersebut boleh tersebar dengan begitu pantas.

          "Adalah orang yang bagitahu I pasal ni. By the way, menantu you pun balik sekali ke?" tanya Datin Mary lagi. Datin Noreen sekadar menjeling mendengar jawapan itu.

          "Ha'ah." Balas Datin Noreen pendek. Dia seperti tidak berminat untuk menjawab pertanyaan tersebut.

          "Berani betul budak tu tunjuk muka dia pada you lagi.  Kalau I jadi you daah lama I halau dia keluar dari rumah. Yelah, lepas apa yang dia dah buat pada you, kan." Datin Mary cuba untuk menuang minyak ke dalam api. Dia tersenyum sinis. Darah Datin Noreen mula mendidih apabila kata-kata itu keluar dari mulut Mary.

          "Boleh tak kalau you jangan cuba bangkitkan lagi pasal benda tu. Serabutlah kepala otak I ni." Datin Noreen cukup menyampah untuk berbicara tentang anak dan menantunya itu. Bagi Datin Noreen, mereka berdua telah mencontengkan arang pada mukanya.

Beep! Beep!

Tiba-tiba notifikasi telefon bimbit milik Datin Noreen berbunyi. Dia segera membaca pesanan yang diterimanya melalui aplikasi Whatsapp.

Datin! Saya rasa rancangan saya semalam dah gagal. Perempuan tu elok je datang office tadi. – Suri

Usai membaca pesanan tersebut Datin Noreen mengeluh kuat. Dia berasa sungguh geram lalu dihempasnya kuat telefon bimbitnya itu ke atas meja. Datin Mary yang berada di depannya itu sangat terkejut sehingga badannya sedikit bergetar.

          "Reen, you okay ke tak ni?" tanya Datin Mary. Tangannya mengusap dadanya yang sedang berdegup dengan kencang sekali.

          "I okay je."

Perasaan marah dan geram Datin Noreen mula bercampuar aduk. Ingin sahaja dia menelefon Suri pada saat itu juga. Namun dia membatalkan niatnya itu kerana Mary ada bersama. Dia tidak ingin Mary yang bermulut murai itu mengetahui akan rancangannya untuk menyingkirkan Haura dari syarikatnya itu. Habis dicanangnya satu Kuala Lumpur nanti.

*****

Selesai sahaja menyiapkan kerja yang tertangguh di pejabat, Haura segera bersiap untuk pergi ke rumah Puan Sri Normah untuk melihat perkembangan persiapan majlis yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Dia tidak mahu ada sebarang kekurangan yang akan memberi kesan pada majlis tersebut. Dia juga telah meminjam kereta milik Mona untuk memudahkan urusan pergi dan baliknya.

Kereta yang dipandu Haura memasuki perkarangan rumah Puan Sri Normah. Dia melihat beberapa kumpulan pekerja sedang bertungkus lumus melakukan kerja masing-masing. Ternyata masih banyak lagi persiapan yang belum siap. Dia sungguh risau kerana majlis sudah makin hampir. Haura kemudian menghampiri ketua mereka untuk bertanyakan status terkini.

          "Assalamualaikum bang." Sapa Haura.

          "Waalaikumussalam, Haura." balas lelaki tersebut.

          "Banyak lagi ke yang tak siap? tanya Haura.

          "Banyak lagi. Semalam lepas loading barang, kami tak dapat nak teruskan sebab hujan lebat. Jadi kami sambung hari ni."

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now