Haura melaporkan perkembangan terkini kepada Puan Sri Normah berkaitan majlis doa selamat yang akan diadakan tidak lama lagi. Sejak Laila dimasukkan ke hospital, Haura mengalami sedikit masalah setiap kali perbincangan diadakan. Ada saja perkara yang dibantah oleh Suri. Namun berkat bantuan daripada Dazrin, Haura dapat menempuhi perkara itu.
"Macam mana dengan persiapan untuk majlis tu nanti?"
"Alhamdulillah persiapan semua berjalan lancar. Hampir 90% dah siap. Hari ni saya ada food testing dekat Danau Catering." Tutur Haura. Puan Sri Normah mengangguk.
"Suri macam mana? Kamu okay ke berurusan dengan dia?" tanya wanita itu lagi.
"Pada mulanya agak payah jugak puan sri, tapi mujur ada Encik Dazrin yang banyak membantu saya." Balas Haura.
"Mikael?" Tanya Puan Sri Normah lagi. Haura terdiam. Sesungguhnya hampir sebulan mereka membuat persiapan Mikael tidak pernah datang bertanya apatah lagi membantunya.
Ketika itu juga Mikael datang membuka pintu bilik Puan Sri Normah. Haura segera berpaling memandang Mikael. Langkah lelaki itu mati seketika. Tangannya masih terpegang pada tombol pintu.
"Sorry. Mika tak tahu nenek tengah sibuk." Ujar Mikael sambil berundur untuk meninggalkan bilik tersebut.
"Eh tak apa Encik Mikael. Saya memang nak keluar dah ni." Balas Haura. Puan Sri Normah memandang mereka berdua silih berganti.
"Bagus jugak kamu datang. Nenek pun ada sesuatu nak bagitahu kamu ni." Ujar Puan Sri Normah.
Mikael kemudian berjalan masuk lalu duduk bertentangan dengan Haura setelah dipanggil masuk oleh neneknya. Haura mencuri pandang wajah Mikael yang serius itu sebelum meminta diri untuk keluar. Namun turut dihalang oleh Puan Sri Normah.
"Kamu tunggu sekejap." Mikael mengangkat wajah memandang neneknya. Haura yang baru mengangkat punggung untuk bangun membatalkan niatnya.
"Hal apa yang nenek nak bagitahu Mika?" tanya Mikael mendatar.
"Kejap lagi nenek nak kamu teman Haura pergi ke Danau Catering. Untuk food testing." Mata Haura terbuntang. Begitu juga dengan Mikael.
"Eh! Tak apa puan sri. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun Encik Dazrin ada, dia boleh tolong saya." Balas Haura menolak cadangan bosnya itu. Mikael mengerling ke arah Haura.
"Dazrin mana ada hari ni." Balas Mikael perlahan. Dia seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Haura itu. Haura menjeling geram. Neneknya pula melirik sebelum mengiakan apa yang diberitahu Mikael itu.
"Betul apa yang Mikael cakap tu. Dazrin cuti hari ni, ada hal sikit katanya. Jadi nenek nak kamu yang temankan Haura hari ni. Boleh Mika?" tanya Puan Sri Normah kepada Mikael. Haura sedar dia tidak mampu menolak arahan dari bosnya itu.
Haura menoleh ke arah Mikael. Mereka saling berbalas pandang. Haura tidak memberikan sebarang reaksi. Dia tidak mengharapkan apa-apa pun. Dia terima sahaja apa keputusan yang akan diberi oleh Mikael.
"Hmmm, baiklah." Balas Mikael malas. Puan Sri Normah tersenyum.
Keluar sahaja dari bilik Puan Sri Normah, Mikael memasang langkah laju. Haura memanggilnya sambil berlari anak.
"Encik Mikael!" panggil Haura. Mikael menghentikan langkah lalu berpaling. Mukanya masih ketat dan keruh.
"Pihak katering minta kita ada dekat sana sebelum pukul 3 petang nanti." tutur Haura penuh hati-hati. Dia risau jika apa yang keluar dari mulutnya itu akan menyakitkan hati Mikael. Satu hal pulak untuk dia menghadap lelaki itu dalam keadaan yang tidak nyaman.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...