Mikael mematikan enjin keretanya. Dia bergegas keluar dari kereta tersebut lalu menolak pintu utama kediamannya. Mikael kemudian terus meluru ke ruangan makan. Semua ahli keluarganya sudah pun berada di sana dan sedang menjamu selera.
"Sorry lambat, ada hal sikit tadi." tutur Mikael sambil memandang wajah ibu serta neneknya silih berganti. Matanya kemudian beralih kepada Syahmi dan Soraya yang turut berada di meja tersebut.
"Dina? Bila sampai?" soalnya lagi. Dia sedikit terkejut.
"Petang tadi." balas Soraya sambil tersenyum manis.
Matanya beralih pula kepada Datin Noreen yang sedang menjeling tajam ke arahnya. Namun Mikael hanya membuat tidak tahu. Sejak kejadian tempoh hari, ibu saudaranya itu semakin jarang menyapanya malah menjadi semakin dingin. Mungkin kerana dia terkilan dengan tindakan Mikael tempoh hari.
"Yang kamu duduk tercegat dekat situ buat apa, duduk la cepat. Kita makan sama-sama." pelawa Puan Sri Normah.
"Tapi Mika belum mandi lagi..." balas Mikael.
"Alah, habis makan nanti kamu naiklah lagipun dah lewat ni. Kalau nak tunggu kamu siap gamaknya tengah malam la baru kita boleh dinner. Macam tak biasa pulak." balas Datin Norlie berseloroh.
Mikael tersipu, dia segera mengambil tempat di sebelah abangnya, Azrael. Syahmi yang duduk di depannya sekadar tersenyum. Mak Wan yang sedang mengasuh Shafiy datang untuk mencedukkan nasi ke dalam pinggan Mikael namun ditolaknya sopan.
"Tak apa Mak Wan, Mika boleh buat sendiri. Mak Wan jagalah baby tu dulu." ujar Mikael. Mak Wan mengangguk sebelum dia kembali kepada Shafiy yang berada di tidak jauh dari ruang makan tersebut.
Puan Sri Normah sekadar memerhati Mikael yang kelihatan agak berbeza dari yang ditemuinya di pejabat pada siang hari tadi. Mungkin dia teruja dengan kepulangan Dina sekeluarga.
Melihat seluruh ahli keluarganya lengkap berkumpul dan berbual mesra sebegitu membuatkan bibir wanita tua itu tidak lekang dari senyuman.
*****
Di kediaman Haura, ketika dia dan adiknya sedang asyik menjamu selera tiba-tiba Hanna bertanya sesuatu yang membuatkan Haura sedikit terkejut.
"Siapa yang hantar kakak balik tadi?" soal Hanna bersahaja.
Hampir tersembur keluar segala makanan dari mulut Haura dibuatnya. Haura segera mencapai segelas air kosong yang terletak di sebelah kirinya lalu diteguk laju.
"Akak! Perlahan la sikit minum air tu nanti tersedak pulak." tegur Hanna sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada kakaknya itu.
Haura sekadar mendengar. Dia meletakkan kembali gelas ke atas meja lalu mengerling ke arah adiknya yang sedang asyik menyuap makanan ke dalam mulut tanpa menghiraukannya.
"Dah kenapa Hanna tanya aku macam tu. Dia nampak ke tadi Mikael yang hantar aku balik?" bisik Haura dalam hati. Dirinya mula tidak senang duduk memikirkan hal itu.
"Kenapa Hanna tanya akak soalan tu?" Haura menyoal kembali adiknya itu.
"Yelah, dah tadi Hanna tengok akak balik jalan kaki, Hanna tanyalah siapa yang hantar akak balik. Ke akak ada kuasa teleport macam Dr. Strange?" gurau Hanna.
"Eh! Loyar buruk pulak dia. Tayar kereta akak pancit so akak hantarlah dekat bengkel. Tadi akak balik sini nak grab."
"Grab? Biar betul? Penyakit akak tu dah sembuh ke? Selalunya akak mana nak naik kereta kalau orang lain yang drive. Nanti mulalah pening, sakit kepala." balas Hanna seperti tidak percaya.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...