Dari lapangan terbang Mikael terus menuju ke pejabat untuk memberi kejutan kepada neneknya. Namun apabila tiba di pejabat ternyata dia yang telah menerima kejutan terlebih dahulu apabila melihat keakraban hubungan yang terjalin antara Haura dan Dazrin. Padahal baru beberapa minggu Haura mula bekerja di syarikat tersebut. Mikael mencuri dengar perbualan mereka di sebalik dinding.
“Bukan main mengada-ngada lagi kau dengan Dazrin, kan?” bisik hati kecilnya.
“Lepas apa yang kau dah buat pada aku jangan ingat aku akan senang-senang lepaskan kau macam tu je. Kau tunggulah nanti.” Sambungnya lagi.
“Encik Mikael!” jerit Suri lalu berlari ke arahnya. Laila yang berada disebelah Suri terkejut dengan kelakuan wanita itu. Mikael segera memalingkan wajahnya kepada Suri. Air mukanya seperti orang yang sudah kantoi melakukan kesalahan.
“Dah lama ke encik sampai? Kenapa tak bagitahu saya encik balik hari ni.” Tutur Suri manja. Mata Laila terbeliak.Melihat Mikael yang tidak selesa dengan kelakuan Suri, Laila segera mencuit lengan wanita itu namun ditepis kasar. Pada masa yang sama Mikael sedikit lega kerana Suri dan Laila tidak nampak kelakuannya yang pelik sebentar tadi.
“Encik cari saya ke? Maaflah tadi saya ke pantry, bancuh kopi.” Suri menunjukkan gelas air tahan panas ditangannya.
“Tak. Saya nak jumpa dengan Puan Sri Normah.” Balas Mikael kasar kemudian berlalu pergi. Laila menahan tawa mendengar jawapan yang diberikan oleh bosnya itu. Muka Suri terus berubah menjadi kelat.
Suri meletakkan gelasnya dengan kuat ke meja. Segala benda dihempasnya. Frust agaknya selepas kena reject dengan Mikael. Laila hanya menggelengkan kepala.
“Kamu kenapa Suri? Tadi akak tengok kamu elok je. Sekarang dah lain pulak.” Laila buat-buat tanya. Suri tidak menjawab pertanyaan tersebut.
“Suri masuk bilik saya sekejap.” Arah Mikael sepintas lalu sambil melangkah ke biliknya.
Laila dapat merasai aura dingin Mikael meskipun hanya sepintas lalu. Dia menelan air liur. Suri yang tadi masam mencuka terus berubah menjadi ceria. Sebelum masuk dia menilik mukanya di cermin kecil yang di ambil dari dalam laci. Dia touch up sedikit mekap wajahnya supaya kelihatan lebih menawan.
*****
Haura menyandarkan tubuhnya pada kerusi kemudian meregangkan ototnya yang sudah mula rasa sedikit lenguh. Dokumen untuk mesyuarat pada petang ini semuanya sudah lengkap. Matanya kemudian melirik kepada jam yang melilit pada tangan kirinya.
“Dah pukul 11.30 ni. Agaknya dah boleh kot kalau aku hantar dokumen ni kepada Encik Azrael.” Bisik hatinya. Haura sempat menghirup air kopi yang telah dibancuhnya pagi tadi sebelum berlalu pergi.
Knock..! Knock..!
Pintu bilik Azrael dibuka perlahan. Azrael yang masih sibuk dengan kerjanya pelawa Haura masuk. Bertimbun-timbun kertas serta dokumen yang ada di atas meja lelaki itu.
“Ini dokumen yang encik minta pagi tadi. Dokumen untuk meeting dengan LDR Company.”
“Ya Allah! Saya terlupa nak bagitahu awak. Mikael yang akan ambil alih meeting ni hari ni. Jadi dokumen ni semua awak tolong hantar ke bilik Mikael ye.” Balas Azrael. Kerana terlalu sibuk dia terlupa untuk memaklumkan kepada Haura.
“What? Saya nak kena hantar dokumen ni kepada mamat tu?” kata-kata itu terlepas dari mulut Haura. Namun dia cepat-cepat menekup mulutnya.
Tangan Azrael yang sedang membelek dokumen terhenti seketika. Dia mengangkat wajahnya untuk bersemuka dengan Haura. Azrael merenung Haura yang kini sedar dirinya telah terlajak kata.
“Alahai bodohnya! Kenapalah kau boleh cakap macam tu depan Encik Azrael. Mulut ni tak reti nak duduk diam betul.” Marah Haura pada dirinya sendiri. Dia hanya berdiri kaku di depan Azrael.
“Haura, awak ada masalah dengan Mikael ke?” Azrael bertanya kerana berasa ada sesuatu yang tak kena dengan jawapan Haura tadi.
“Eh tak adalah. Saya pergi hantar dokumen ni sekarang. Saya keluar dulu.” Balas Haura lalu segera melangkah laju keluar dari bilik Azrael. Di luar pintu Haura menghela nafas lega.
“Fuh! Nasib baik. Sikit lagi aku nak kantoi dengan Encik Azrael.” Bisik Haura sambil mengusap dadanya. Dia kemudian memukul lembut mulutnya beberapa kali.
Namun moodnya tiba-tiba berubah apabila memikirkan dia terpaksa mengadap muka Mikael buat kali kedua untuk hari ni. Sebolehnya dia tak ingin bertembung dengan lelaki itu langsung tapi apakan daya kerana tugas di turutkan jua.
“Ish…! Aku lemah betul la nak kena jumpa mamat berlagak ni. Apa nak buat Haura dah nasib badan.” Tuturnya sendiri sebelum melangkah lemah menuju ke bilik Mikael.
“Nak ke mana tu Haura?” sapa Laila yang melihat Haura yang lalu di depannya. Suri menjeling.
“Oh Kak Laila. Haura nak ke bilik Encik Mikael sekejap.” Balas Haura sambil tersenyum. Matanya kemudian memandang Suri.
Suri yang pada awalnya tidak berminat segera berlari mendapatkan Haura. Haura kaget dengan kelakuan Suri itu. Selama ini Suri tidak pernah menegurnya.
“Nak jumpa Encik Mikael? Ada hal apa?” tanya Suri mesra. Lengan Haura dirangkulnya. Haura tidak begitu selesa dengan tindakan Suri itu. Dia kemudian menarik tangannya perlahan.
“Nak hantar ni.” Balas Haura pendek sambil menunjukkan dokumen yang ada di tangannya.
Dengan kasar Suri segera merampas dokumen tersebut dari tangan Haura. Laila dan Haura sama-sama terkejut.
“Biar aku yang hantar dokumen ni pada Encik Mikael.” Ujar Suri.
“Tapi Suri doku…”
“Tak ada tapi-tapi. Kau boleh pergi balik ke meja kau. Pasal dokumen ni biar aku yang uruskan.” Balas Suri angkuh. Dia kemudian membawa dokumen tersebut ke mejanya.
Haura cukup pantang apabila ada orang berkelakuan seperti ni. Lebih-lebih lagi jika perkara itu melibatkan dirinya. Perkara itu sedikit sebanyak telah menyebabkan darah Haura mula menggelegak.
“Tolong bagi balik dokumen tu.” Suara Haura kedengaran agak kasar.
Suri memandang Haura dengan muka yang tidak puas hati. Berani Haura melawan cakapnya.
“Kau cakap apa? Aku tak dengar. Cuba ulang lagi sekali.” Balas Suri sinis. Haura mengetapkan bibirnya menahan marah.
Laila yang berada di situ mula serba salah. Laila kemudian meminta Suri untuk pulangkan semula dokumen itu namun dia ditengking semula oleh Suri. Beberapa pekerja lain mula berkumpul.
“Saya cakap tolong pulangkan semula dokumen tu. Saya perlu serahkan dokumen tersebut kepada Encik Mikael dengan kadar segera.” Balas Haura panjang.
“Kau ni tak faham bahasa ke? Atau kau sengaja buat-buat tak faham. Aku dah cakap yang aku akan bagi sendiri pada dia. Apa masalah kau!” Suri melawan.
Suri kemudian berjalan membawa fail yang berisi dokumen itu menuju ke bilik bosnya. Dia sempat melibaskan rambutnya ke muka Haura sambil tersenyum sinis. Haura mengenggam kuat kedua belah tangannya.
Hati Haura yang panas sudah tidak dapat dibendung lagi. Haura telah bertindak menarik kasar rambut Suri dari belakang. Wanita itu menjerit kesakitan. Haura kemudian merampas semula dokumen yang ada di tangan Suri.
"Dua kali tau aku minta dengan kau baik-baik tapi kau degil. So terima la padahnya.” ujar Haura kemudian melangkah pergi.
“Hei perempuan! Kau ingat kau bagus sangat ke? Mentang-mentanglah Puan Sri suka kau, kau terus jadi besar kepala. Kau tu baru je berapa hari kerja dekat sini. Jangan nak tunjuk lagak la!” Suri berteriak. Suaranya bergema di segenap ruang pejabat. Haura menghentikan langkahnya. Ketika dia berpatah balik menghampiri Suri Mikael datang mencelah.
“Apahal bising-bising ni!” marah Mikael. Dia memandang tajam ke arah Suri dan Haura. Langkah Haura terhenti. Suri segera berlari mendapatkan Mikael. Dazrin yang baru tiba terpinga-pinga dengan situasi terdebut.
“Apa yang dah berlaku ni? Laila?” tanya Dazrin.
“Saya cuma nak tolong dia hantarkan dokumen tu kepada Encik Mikael tapi Haura tiba-tiba marah dan menarik rambut saya.” Suri menukar cerita. Pandai dia berlakon. Haura hanya mendiamkan diri.
“Kau jangan nak bawa perangai tak senonoh kau tu masuk dekat sini!” Mikael mula menengking Haura.
Semua orang yang berada di situ sangat terkejut. Dada Haura mula bergelora. Perasaannya bercampur baur antara marah dan kecewa. Mukanya merah menahan rasa. Berbekalkan segala kudrat yang ada Haura melangkah ke arah Mikael.
“Ini dokumen yang Encik Azrael minta saya serahkan kepada encik untuk kegunaan meeting pada petang ni.” Tutur Haura. Suaranya tersekat-sekat menahan sebak. Dia tidak mampu mengangkat wajahnya untuk memandang Mikael.
“Ini amaran terakhir aku bagi pada kau. Kalau lepas ni kau masih bertindak macam ni aku tak teragak-agak untuk mengenakan tindakan pada kau.” Bisik Mikael memberi amaran. Dazrin memandang Mikael.
Mata Haura sudah mula merah dan berair. Nafasnya naik turun dengan laju. Suri tersenyum puas melihat perkara itu. Haura kemudian berlalu pergi. Dazrin kemudian mengarahkan semua pekerja untuk sambung membuat kerja masing-masing. Dazrin cuba mengejar Haura yang telah hilang disebalik orang ramai.
Haura berlari ke tangga kecemasan kerana tangga tersebut jarang digunakan oleh pekerja. Jadi tidak ada sesiapa yang akan mendengarnya. Tiba di sana air mata yang ditahan sedari tadi jatuh mengalir dipipinya. Haura menutup mulutnya dengan tangan kerana khawatir jika tangisannya itu didengari oleh orang yang lalu lalang di sebalik pintu.
“Suri kenapa cakap macam tu pada Haura tadi?” Laila bersuara. Dia sedikit geram dengan tindak tanduk Suri yang meletakkan dirinya sebagai mangsa.
“Betul la apa yang saya cakap. Perempuan tu dah bertindak kasar pada saya. Saya bukannya reka cerita.”
“Masalahnya sekarang ni Suri dah…” belum sempat Laila habiskan kata Suri pantas memotong.
“Akak ni kenapa? Tak puas hati dengan saya ke? Dah terang-terang perempuan tu yang mengasari saya. Akak nak bela sangat dia tu kenapa? Apa yang dia dah hasut akak?” Suri meninggikan suaranya kepada Laila.
“Suri!” Marah Laila. Dia sudah hilang kata.
Laila tak menyangka Suri akan memberikan tuduhan yang sebegitu. Suri terkejut apabila Laila meninggikan suara kepadanya. Dengan perasaan marah di dada Suri segera melangkah pergi meninggalkan Laila.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...