BAB 58

378 8 0
                                    

Knock! Knock!

Pintu bilik diketuk dari luar. Mikael yang sedang duduk di meja kerja menoleh ke belakang apabila mendengar pintu biliknya dikuak. Wajah lembut Datin Norlie terpampang di sebalik pintu.

          "Boleh mama masuk?" sapa Datin Norlie. Mikael sekadar menganggukkan kepalanya.

Datin Norlie mula melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu. Matanya ligat memerhatikan di sekitar bilik tersebut. Mikael melihat kelakuan ibunya itu dari ekor mata namun tidak dihiraukannya.

          "Mika ada masalah ke? Mama tengok masa makan tadi Mika diam je. Nenek risau sangat tengok keadaan kamu tau." tanya Datin Norlie sambil melabuhkan punggungnya ke birai katil milik Mikael.

          "Tak ada apa pun mama. Mika okay je." balas Mikael tanpa memandang wajah ibunya itu. Keadaan jeda seketika.

          "Kenapa Mika tak bagitahu mama." pertanyaan dari Datin Norlie itu membuatkan Mikael berhenti melakukan kerjanya.

          "Bagitahu apa mama?" balas Mikael sedikit pelik dengan pertanyaan dari ibunya itu.

          "Kamu tak payah nak berdalih lagi Mikael. Doktor Rina dah bagitahu semuanya pada mama. Sampai hati Mika rahsiakan semua tu daripada mama." ujar Datin Norlie berbaur kecewa.

Mikael mengerutkan mukanya. Dia kini sedar bahawa rahsianya sudah bocor. Mikael hanya mendiamkan dirinya. Dia tiada sebarang alasan untuk diberikan kepada ibunya itu.

           "Mika tahu tak betapa risaunya mama dengan nenek bila dapat tahu pasal benda ni." tambah Datin Norlie lagi.

Dia kemudian menoleh ke arah Datin Norlie yang kelihatan sedih dengan berita tersebut. Hatinya turut berada sayu melihat keadaan ibunya itu. Dia segera bangkit dari kerusinya lalu melutut di hadapan Datin Norlie.

          "Mika minta maaf. Mika tak ada niat untuk lukakan hati mama. Mika cuma tak nak menyusahkan mama dengan nenek je." ujar Mikael serba-salah.Dia menatap wajah ibunya itu dalam-dalam. Jari jemari wanita itu juga digenggam rapi.

          "Lepas tu Mika sanggup tanggung semua tu sendirian. Apa guna mama ada dekat sini kalau mama tak dapat nak tolong anak mama sendiri." balas Datin Norlie sebak. Mikael terdiam buat seketika.

         "Mika minta maaf kalau tindakan Mika tu dah buat mama kecil hati. Mika memang tak nak mama risau pasal Mika." sekali lagi Mikael meminta ampun dari ibunya.

Tangan wanita itu diusap serta dicium berkali-kali kemudian diletakkan dipipinya. Betapa Mikael risau jika ibunya itu merajuk dan berkecil hati dengan tindak tanduknya itu.

Datin Norlie mengusap kembali rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang.

          "Mama minta maaf sebab tak dapat tolong kamu di saat kamu perlukan pertolongan. Perasaan mama bercampur baur. Mama takut kalau peristiwa lama berulang lagi." Ujar Datin Norlie sebak.

          "Tak... Mama tak ada buat salah apa-apa pun. Semua tu atas kehendak Mika sendiri. Lagipun Mika dah okay sekarang ni." balas Mikael lembut.

          "Kamu nak jaga hati mama ke ni?"

          "Mama sendiri nampak keadaan Mika macam mana, kan? Jadi mama jangan risau ye." balas Mikael lagi sambil meyakinkan Datin Norlie akan keadaannya. Datin Norlie tersenyum lalu memeluk erat anaknya itu untuk beberapa ketika.

          "By the way, Mika ada sesuatu nak tanya dengan mama." tanya Mikael menukar topik. Perlahan-lahan perlukan ibunya itu dilepaskan.

           "Apa dia?" tanya Datin Norlie pelik.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now