"K-kau buat apa dekat sini?"
Haura kaku. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Suara lelaki itu amat dia kenali. Haura yang sedang duduk mencangkung mendongakkan kepalanya melihat lelaki yang sedang memandang ke arahnya itu.
Meskipun dalam kesamaran cahaya lampu dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas sekali. Ya, wajah itulah yang telah dicarinya untuk beberapa hari ini. Haura kemudian dengan perlahan bingkas berdiri.
Mikael pula benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan wanita itu di sini. Kata-kata yang terdetik dihatinya pada petang tadi bagai telah dimakbulkan oleh Yang Maha Berkuasa.
Kehadiran Haura di situ pada ketika itu benar-benar membuat jiwa Mikael meronta-ronta. Namun dia terpaksa menidakkan perasaannya itu.
"M-Mikael....?" tutur Haura perlahan.
Setelah beberapa hari tidak bersua serta tidak mendengar suara itu, hatinya berasa sedikit sebak apabila dapat menatap wajah itu kembali.
"Aku tanya, kau buat apa dekat sini?" tanya Mikael dingin.
Namun pertanyaan dari Mikael itu serba sedikit telah mematikan rasa sebak di dadanya itu. Belum sempat Haura menjawab pertanyaan itu, tiba-tiba dia menerima notifikasi WhatsApp dari Budi.
Lelaki itu telah menghantarkan kepadanya nombor telefon Encik Luth supaya Haura dapat menghubungi lelaki itu bagi menyerahkan dokumen berkaitan meeting dengan Dermaga Holdings.
"Aku tengah bercakap dengan kau ni, kau dengar ke tak?" ujar Mikael sedikit bengang apabila Haura tidak mengendahkannya.
Tanpa menghiraukan Mikael yang sedang berdiri di hadapannya, Haura segera mengambil beberapa langkah menjauh dari lelaki itu lalu mendail nombor tersebut.
Tidak semena-mena telefon Mikael turut berdering. Haura berpaling dengan wajah yang terkejut. Begitu juga dengan Mikael setelah dia melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya.
"Awak Encik Luth? Wakil Khazzan Group untuk meeting dengan Dermaga Holdings?" soal Haura. Dia sungguh tidak percaya bagaimana dia boleh terlupa bahawa nama penuh lelaki itu adalah Luth Mikael.
"Kau Jannah, yang syarikat hantar untuk ganti tempat Azrael?" soal Mikael kembali separa percaya.
"Nama Jannah tu Encik Budi je yang panggil. Saya dah bagitahu dia untuk panggil saya Haura tapi dia tetap berkeras nak panggil Jannah. Saya okay kan je sebab itupun nama saya juga, kan." balas Haura selamba. Mikael berdegus.
"Kau sengaja datang sini untuk jumpa dengan aku, kan? Kau memang sejenis yang tak faham ke? Kau dah lupa apa yang aku bagitahu pada kau sebelum ni?" tutur Mikael kasar.
Haura mula sakit hati dengan perangai Mikael itu. Baru beberapa minit bersua muka sudah cuba untuk mencetuskan perang antara mereka.
"Suka hati awaklah nak cakap saya ni apa sekalipun, saya tak kesah. Telinga saya ni pun dah kebal dengan tuduhan yang awak selalu lemparkan pada saya tanpa awak dengar sendiri penjelasan dari mulut saya." bidas Haura kasar.
"Kalau bukan sebab Puan Sri Normah yang minta saya datang ke sini untuk hantarkan dokumen ni pada awak, saya tak akan datang tau." tambah Haura lagi.
"Kalau saya tahu awak orang yang Puan Sri maksudkan lagilah saya tak ingin nak datang ke sini. Sebab saya tahu walau kuat macam mana sekalipun hati saya ni nak berjumpa dengan awak, awak tetap akan menjauh dari saya. Dan semua tu terbukti benar."
Mikael diam tidak berkutik. Luahan kata dari Haura itu benar-benar menyentap jiwa lelakinya. Namun lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia sedar perbuatannya itu telah memberi kesan yang hebat kepada insan yang bernama Haura. Namun dia terpaksa.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Lãng mạn[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...