BAB 24

415 6 0
                                    

Puan Sri Normah berjalan turun dari tingkat atas menuju ke ruang makan. Dia memandang satu per satu muka yang ada di situ. Namun ada seorang yang tiada di situ.

"Mikael mana?" tanya Puan Sri Normah.

"Lepas balik dari berjoging tadi dia terus keluar. Katanya nanti dia akan terus ke pejabat." Balas Datin Norlie. Puan Sri Normah mendengar sambil mengambil tempat di kerusi.

"Hmm, iyelah." Balas Puan Sri Normah. Dia kemudian menjamah nasi goreng yang telah disenduk oleh pembantu rumahnya.

"Nenek dengar semalam ada berlaku kekecohan sikit dekat pejabat. Betul ke?" soal Puan Sri Normah. Beberapa pasang mata memandang ke arah Azrael.

Azrael yang baru menggigit roti bakar mengunyah laju. Dia meneguk air yang dihulur oleh isterinya, Khayla.

"Ha'a. Tapi semua dah settle. Mika dah uruskan semalam."

"Mika?" Datin Norlie bersuara.

"Ya mama. Azrael pun terkejut jugak semalam." Balas Azrael.

Datin Norlie mengerutkan dahinya seketika. Kemudian senyuman terukir dibibirnya.

*****

Laila tiba di mejanya. dia melihat ada satu kelompok wanita sedang asyik berbual.

"Korang tengah borak pasal apa ni?" Laila menghampiri kelompok tersebut yang sedang sibuk bergosip di pagi hari.

"Kau belum tahu lagi ke?" soal Leha, salah seorang dari pekerja itu.

"Tahu apa? Aku baru je sampai. Cepat la cerita. Pasal apa?"

"Pasal Haura." Balas wanita itu pendek.

Laila mengerutkan dahinya. Mikael yang sedang berjalan menuju ke biliknya menghentikan langkah serta merta apabila nama Haura dipetik oleh pekerjanya itu. Dia cuba memasang telinga.

"Haura? Kenapa dengan dia? Pasal semalam ke?" Laila cuba meneka.

"Bukan. Ni bukan pasal semalam."

Laila pelik. Gosip apa pulak yang ingin diceritakan kali ini. Sebelum ini gosip yang paling hangat hanya pasal Mikael sahaja. Maklumlah di pejabat mahupun di luar orangnya sangat terkenal dikalangan wanita.

"Tadi ada orang bagitahu aku yang Haura tu tengah tangkap cintan dengan Encik Dazrin. Korang perasan tak semalam reaksi Encik Dazrin bila Encik Mikael tengking Haura. Berubah weh air muka dia." Ujar Leha penuh perasaan.

"Semalam kecoh gila. Encik Dazrin siap pergi sound Encik Mikael dekat bilik dia tau. Siapa yang suka bila buah hati dia diherdik macam tu." Tambahnya lagi. Mikael sedia mendengar disebalik dinding. Laila hanya mendiamkan diri.

"Yeke? Rasanya tak pernah lagi aku tengok mereka berdua bergaduh."

"Iye, betul tu! Ni semua gara-gara perempuan tu la. Tapi Encik Dazrin tu bukan orang pertama yang Haura nak sebenarnya."

"Maksud kau?" Soal pekerja yang bernama Ayu.

"Dia pernah goda Encik Mikael tau. Siap berpeluk lagi dekat office ni. Kau rasa?" tambah Leha lagi.

Mata Mikael terbuntang luas. Dia sangat terkejut mendengar pendedahan tersebut. Dia cuba memikirkan bila waktu dia berpelukan dengan Haura di pejabat. Seingat Mikael, dia masih belum pernah lagi berurusan dengan Haura sepanjang dia bekerja di sini. Dari mana datangnya cerita tersebut.

Namun setelah difikir secara mendalam, Mikael teringat akan peristiwa pada hari pertama Haura mula bekerja. Di mana Haura telah terjatuh di dalam dakapannya dek kerana kasut yang dipakai Haura ketika itu. Mikael mengetap bibirnya. Dadanya mula rasa bergelombang.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now