BAB 44

374 9 0
                                    

DUA TAHUN YANG LALU

Haura berjalan masuk ke sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Wajahnya kelihatan sedikit muram. Dia seperti sedang mencari kelibat seseorang di dalam cafe tersebut.

Soraya yang melihat Haura berdiri di depan pintu melambai-lambaikan tangannya. Haura tidak segera melangkah tapi dia cuba untuk mengumpul segala tenaga yang ada sebagai persiapan untuk berdepan dengan wanita itu. Supaya dirinya tidak melakukan perkara yang bodoh.

Satu per satu langkah di ambil oleh Haura. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dia kemudian mengambil tempat berhadapan dengan Soraya.

          "Sorry sebab ajak you jumpa dalam keadaan yang macam ni." Soraya membuka bicara.

          "Straight to the point. Apa benda yang penting sangat nak bagitahu tu." balas Haura kasar. Belum sempat Soraya membalas pelayan cafe datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.

Haura memesan segelas air Italian Soda manakala Soraya pula memesan Iced Latte. Setelah pelayan tersebut selesai mengambil pesanan barulah mereka menyambung kembali perbualan yang terputus tadi.

          "I nak minta maaf dengan you. I memang tak tahu yang Syahmi dah lama bertunang dengan you. I betul-betul tak ada niat pun nak rampas dia dari you." ujar Soraya.

          "Tapi you still ambil dia dari I, kan?" balas Haura.

          "Ya I mengaku tapi itu semua terjadi sebab I tak tahu yang dia dah ada tunang. Kalau I tahu I tak akan...." kata-kata Soraya terputus di tengah jalan apabila Haura memotongnya.

          "Ayat cliche yang selalu perampas akan guna." bidas Haura sinis.

          "I sedar yang I dah buat salah besar dengan you. I dah hancurkan hati you. I minta maaf sangat-sangat."

          "Hah! Mudah betul kata maaf tu keluar dari mulut seseorang yang telah meragut kebahagiaan orang lain." balas Haura. Suaranya menggigil menahan rasa marah yang berkobar-kobar di hatinya. Soraya diam tak berkutik.

Pelayan cafe sekali lagi datang menghampiri mereka untuk menghantar minuman yang trlah dipesan.

          "Thanks." ucap Soraya kepada pelayan itu sambil tersenyum. Haura hanya memerhatikan tingkah laku wanita di hadapannya itu. Dia menghirup perlahan air soda yang dipesannya tadi.

          "Bukan sehari dua tau tapi 10 tahun. Betapa lamanya cinta yang kami semai musnah macam tu je. Hanya kerana hadirnya you, sosok wanita lain dalam hidup dia." ujar Haura usai dia meletakkan kembali gelas di meja.

          "Sebab tu I datang sini jumpa dengan you. I nak minta maaf atas apa yang telah I lakukan pada you. I nak tebus kesalahan tu. I harap sangat you dapat maafkan I."

          "You ingat semudah tu je ke I boleh maafkan you. Korang berdua dah hancurkan hati I. Terlalu perit dan sukar untuk I terima semua tu."

          "I minta maaf Haura. Tapi I terlalu cintakan dia."

          "So do I! You ingat I saja-saja ke serahkan hati I pada dia? Setiap hari I ternanti-nanti untuk dia melamar I untuk halalkan hubungan kami ni. Tapi you dah musnahkan semua tu." balas Haura sedikit kasar. Soraya terdiam.

          "Cinta? Sebabkan cinta you sanggup musnahkan hidup wanita lain demi penuhi kehendak diri you tu? Bukan ke selfish namanya tu." tambah Haura lagi.

Soraya tertunduk sayu. Dia sedar akan kekusutan yang telah dia cetuskan itu. Betapa hancurnya hati Haura ketika itu dia juga turut merasakannya. Soraya benar-benar rasa bersalah dengan tindakannya itu.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now