Kereta yang dipandu oleh Mikael tiba di lobi hospital. Mikael pelik apabila Haura meminta untuk dihantar ke hospital tersebut.
"Kenapa tiba-tiba je suruh aku hantar dekat sini? Kau tak sihat ke?" tanya Mikael risau. Haura menggelengkan kepala.
"Nak melawat kawan. Dia baru je bersalin dekat sini." balas Haura.
"Sorrylah tak dapat temankan kau hari ni." Mikael berasa sedikit ralat kerana dia tidak dapat menemani wanita itu di sana.
"Awak dah selamatkan saya dari tawanan Rissa tadi pun saya dah bersyukur sangat-sangat." balas Haura nakal. Mikael tertawa.
"Apa-apa hal terus call aku tau." pesan Mikael sebelum berlalu pergi.
Setelah kereta Mikael hilang dari pandangan barulah Haura membuka langkahnya menuju ke kaunter utama hospital tersebut. Ingin bertanya tentang Juita terlalu umum. Di wad yang mana bapanya dimasukkan pun Haura tidak tahu.
"Nak tanya dekat sini ada tak pesakit bernama Zulkifli?" tanya Haura.
"Boleh bagi nama penuh pesakit? Sebab dekat sini ramai pesakit yang nama mereka sama." balas juturawat yang bertugas. Haura menggelengkan kepalanya. Tetapi Haura memberitahu nama Juita sebagai penjaga ataupun waris kepada pesakit tersebut.
Seteleh beberapa minit memeriksa di dalam sistem jururawat tersebut menyenarai pendek nombor bilik pesakit yang dicari oleh Haura.
"Ada dalam 6 pesakit yang bernama Zulkifli di mana penjaganya pula bernama Juita." ujar jururawat sambil menghulurkan sekeping nota kecil kepada Haura. Wanita itu mengangguk.
Tanpa berlengah lagi Haura segera menuju ke semua bilik wad tersebut. Satu persatu bilik dimasuki olehnya namun hampa. Berdiri di hadapan pintu bilik yang terakhir membuatkan Haura berasa sedikit berdebar. Nama Zulkifli terpapar di pintu. Nafas ditarik dalam sebelum mengetuk pintu bilik tersebut.
Beberapa ketika kemudian Haura melangkah keluar dengan wajah yang sugul. Mereka bukanlah orang yang dia cari. Haura buntu. Dia termenung di luar bilik.
"Mana Juita ni menghilang? Nak tanya khabar pun susah. Jangan-jangan dia dah discharge disebabkan bil perubatan tu."
Tiba-tiba sahaja Haura teringatkan tentang bil perubatan bapa Juita yang masih tertunggak. Dia segera meluru ke bahagian pembayaran bil.
Rupa-rupanya ayah Juita baru sahaja keluar dari wad tengah hari tadi. Jumlah bil yang tertunggak masih berbaki beberapa ratus. Tanpa berfikir panjang Haura segera melangsaikan baki tersebut.
Namun dia berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan wanita itu.Di saat dia ingin pulang, Haura ternampak kelibat Rosie yang menghantar suaminya keluar. Haura tersenyum lebar. Tidak sangka dia ditemukan sekali lagi dengan wanita itu.
Senyuman diwajahnya itu pudar serta-merta apabila mengenalpasti gerangan lelaki yang sedang merangkul tubuh Rosie itu. Haura diam tidak berkutik. Mulutnya sedikit melopong.
"Huh? Biar betul?" bisik Haura di dalam hati. Matanya diusap beberapa kali untuk cerahkan pandangannya itu agar tidak tersalah pandang.
Setelah lelaki itu berlalu pergi, Haura berjalan mendapatkan Rosie. Kali ini dia dibawa bertemu dengan anaknya yang kian sihat. Haura terpana dengan wad vvip yang didiami oleh anaknya itu. Sungguh mewah untuk seorang bayi yang baru lahir.
"Dekat bawah tadi tu suami akak ke?" tanya Haura untuk kepastian. Rosie sekadar mengangguk. Tangannya ligat memotong buah-buahan segar untuk dihidangkan kepada Haura.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...