BAB 70

426 6 1
                                    

Kereta yang dipandu oleh Mikael memecut laju menyusuri lebuhraya. Sesekali dia melirik ke arah Haura yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia menjadi serba salah apabila memikirkan tentang apa yang telah berlaku di pejabat Dato' Zubir sebelum mesyuarat tadi.

          "Cantik juga Cik Rissa tu ye. Patutlah awak jatuh cinta dengan dia."

Tiba-tiba Haura bersuara memecahkan kesunyian. Mikael yang terlalu ralit berfikir kaget dengan apa yang keluar dari mulut Haura itu. Dia menjadi semakin risau. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan kepada Haura.

          "Ye ke? Biasa je aku tengok. Aku rasa kau lagi cantik." balas Mikael selamba. Dia ingin menjaga hati Haura.

          "Tipulah. Kalau saya cantik dari awal lagi awak dah jatuh hati pada saya." balas Haura. Mikael berkerut. Dia sedar yang dia sudah tersalah kata.

          "Kalau kita tak cakap benda ni boleh tak? Especially pasal Rissa. Aku tak suka la borak pasal dia dengan kau." ujar Mikael. Dia tidak mahu berbicara mengenai perkara yang boleh merosakkan mood mereka berdua.

          "Kenapa? Ada apa-apa yang awak cuba sorok daripada saya ke?" tanya Haura.

          "Haura, please. Kita dah bincang pasal ni tadi kan. Aku pun dah bagitahu pada kau yang aku dah tak ada apa-apa perasaan lagi pada Rissa. Hubungan aku dengan dia dah tamat. Kami dah putus." ujar Mikael.

          "Bagi awak hubungan tu dah putus tapi bagi Rissa? Tadi saya tengok bukan main lagi dia cuba nak rapat dengan awak. Nak goda awak semula ke?" balas Haura berbaur cemburu.

Mikael menghela keluh yang berat. Dia mengerling ke arah Haura sebelum memberhentikan kereta buat sementara di pinggir jalan. Tangan Haura dicapai lalu diusapnya perlahan.

          "Semua tu dah tak penting bagi aku sebab aku dah ada kau. Kau tahu aku sayang kau sangat-sangat kan." ujar Mikael sepenuh hati. Namun tidak memberi kesan kepada Haura.

          "Kalau saya ni tak wujud dalam hidup awak, awak rasa awak akan terima dia semula tak?"

Pertanyaan dari Haura itu benar-benar menusuk hati Mikael. Wanita itu seolah-olah tidak yakin dan percaya dengan rasa cinta yang telah dicurahkan olehnya.

Perlahan-lahan tangan Haura dilepaskan. Dia berasa sangat kecewa. Melihat reaksi yang diberikan oleh lelaki itu membuatkan Haura sedar bahawa dia telah melampaui batas. Perasaan cemburunya telah membuatkan dia terlupa janji antara mereka berdua.

          "Soalan apa yang kau tanya ni. Ke kau masih ragu-ragu dengan perasaan aku pada kau? Kau masih tak boleh nak terima aku?" balas Mikael.

          "Saya minta maaf kalau pertanyaan saya tu dah melukakan hati awak. Saya tak berniat langsung nak buat awak marah atau sakit hati. Saya cuma..."

Haura cuba memujuk. Namun belum sempat wanita itu menghabiskan katanya Mikael lebih pantas memotong.

          "Aku tahu hubungan kita ni masih terlalu muda. Kau pun masih tak kenal aku sepenuhnya lagi. Mesti ada banyak benda yang kau ragu dengan aku kan." ujar Mikael bernada kecewa.

          "B-bukan itu maksud saya." Haura mula tidak tentu arah.

          "Aku tahu yang aku ni bukan seorang lelaki yang baik. Tapi aku nak jadi yang terbaik dalam hidup kau. Aku nak jadi orang yang mampu berikan kebahagiaan yang kau cari selama ni. Aku minta kau bagi aku peluang untuk buktikan semua tu pada kau." luah Mikael lagi.

          "Luth Mikael. Tak pernah sekali pun saya berasa ragu dengan perasaan saya pada awak. Awak satu-satunya insan yang berjaya buka pintu hati saya dan menghidupkan semula separuh diri saya yang telah mati. Saya minta maaf. Saya terlalu sayangkan awak."

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now