Haura mengemas barangannya bersiap sedia untuk pulang. Wajahnya sedikit muram. Hari ini dia pulang sedikit lewat dari kebiasaannya. Dia cuba mengelak dari berinteraksi dengan pekerja yang lain. Disebabkan gosip murahan tersebut, seharian dia tidak bertegur sapa dengan mana-mana pekerja kecuali Laila yang datang menyapanya terlebih dahulu. Selain dari itu semua cuba untuk menjauhkan diri darinya.
Sedang dia mengemas begnya, Haura terpandang kotak macaron yang ada di mejanya itu. Dia menarik rapat kotak tersebut. Haura tertanya-tanya siapa yang telah meninggalkan sekotak macaron di situ.
"Siapa pulak yang tinggal benda alah ni dekat sini. Untuk aku ke? Tapi comel betul macaron ni semua. Geram aku tengok." Tutur Haura sendirian. Dia teruja melihat macaron yang super kiut itu.
Malas untuk menghabiskan waktu pada benda yang tidak penting Haura terus bingkas bangun untuk pulang. Dia kemudian mencapai kotak tersebut lalu berjalan menuju ke lif. Dari jauh Haura melihat pintu lif terbuka. Dia segera berlari.
"Tunggu!" jerit Haura setelah melihat pintu lif tersebut hampir tertutup rapat. Nasibnya sangat baik kerana jeritannya itu didengari oleh orang di dalam lif tersebut.
"Terima kasih." Ucap Haura tercungap-cungap. Dia kemudian mengangkat mukanya. Terus hilang manis diwajah apabila melihat Mikael sedang berdiri di sisinya. Rasa marahnya pada Mikael masih lagi tersisa.
Mikael tidak memberikan sebarang respon. Untuk bertentang mata apatah lagi. Keadaan di dalam lif sunyi sepi. Pergerakkan lif dari aras 4 menuju ke aras parking seolah-olah sangat perlahan. Mikael kemudian mengerling kotak yang dipegang erat oleh Haura. Ada sedikit perubahan pada riak wajahnya. Jemarinya menggenggam tali beg kertas yang dibimbitnya.
Disaat pintu lif terbuka, sepantas kilat Haura keluar dari perut lif menuju ke keretanya. Sesekali dia mengerling ke arah Mikael yang berjalan melepasi keretanya.
*****
Mikael menguak pintu biliknya. Dia meletakkan beg kertas di atas meja kerjanya bersama beg yang berisi kertas kerja. Dia kemudian merebahkan tubuhnya yang lemah itu ke atas tilam. Tangannya dibentang seluas alam. Mikael memejamkan mata seketika untuk merehatkan jiwa dan minda.
Mikael gemar memikirkan sesuatu yang indah untuk tenangkan jiwanya. Tanpa semena-mena wajah Haura pula yang muncul dibenak fikirannya. Mata Mikael terbeliak. Dengan cepat dia bingkas bangun dari rehatnya. Mikael menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia tidak percaya dengan apa yang muncul di mindanya sebentar tadi.
"Apahal perempuan ni pulak yang muncul!" gumam Mikael sendirian. Dia menampar pipinya beberapa kali untuk bangkit dari khayalan yang tidak sepatutnya muncul.
"Mungkin sebab aku penat sangat kot. Sebab tu terbayang yang bukan-bukan." Tambahnya lagi.
Mikael kemudian membuka butang bajunya satu per satu. Tali leher yang tadi tergantung di lehernya segera dilepaskan. Dia mencapai tuala di dalam almari lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Knock..! Knock..!
Beberapa Ketika kemudian pintu biliknya diketuk lembut oleh Datin Norlie. Ibunya itu menjengah di sebalik pintu apabila Mikael tidak memberikan sebarang respon. Datin Norlie melihat segenap ruang bilik namun tiada bayang anaknya itu. Dia mula melangkah masuk. Dia mendengar bunyi air mengalir dari bilik air.
"Oh! Mandi rupanya. Patutlah tak menyahut." Datin Norlie bercakap sendirian.
Sementara menunggu Mikael keluar, Datin Norlie berjalan di sekitar bilik anaknya itu. Dia melihat satu bingkai gambar bersaiz 4R yang terletak di atas meja di sisi katil. Gambar tersebut merupakan potret keluarga mereka yang diambil lebih kurang enam tahun yang lalu. Matanya sedikit berkaca namun senyuman terukir dibibirnya. Tiba-tiba sahaja dirinya merindukan Mikael yang dulu, seperti di dalam gambar tersebut.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...