Knock! Knock! Knock!
Pintu bilik Puan Sri Normah diketuk. Dia yang sedang bersiap melihat ke arah jam yang tergantung di dinding.
“Siapa pulak yang datang ni? Takkan budak dua orang tu?” gumam Puan Sri Normah sambil bangun untuk membuka pintu.
“Morning nenek.” Sapa Haura mesra apabila melihat sosok wanita tua itu dihadapannya.
“Eh, Haura. Kenapa kamu datang ke bilik nenek pagi-pagi ni?” Puan Sri Normah tertanya-tanya. Mukanya sedikit berkerut.
“Tak ada apa pun nek. Kebetulan Haura lalu sini, jadi Haura singgah la. Luka nenek semalam tu macam mana? Dah okay ke?” tanya Haura sambil memerhatikan lutut wanita yang hampir sebaya dengan opahnya.
“Alhamdulillah semua okay. Luka dah kering dah, kaki pun dah tak rasa sakit lagi. Tak ada apa yang serius pun.” Balas Puan Sri Normah sambil tersenyum. Haura sungguh gembira mendengar perkhabaran itu.
“Nenek dah sarapan? Kalau belum jom la kita sarapan sama-sama.” Pelawa Haura manja. Meskipun dia baru sahaja berkenalan dengan Puan Sri Normah namun dia cara layanannya tidak ubah seperti neneknya sendiri. Betapa dia merasa sungguh selesa berada bersama wanita itu.
Puan Sri Normah menganggukkan kepala tanda terima pelawaan dari Haura itu. Dia kemudian meminta izin untuk mempersiapkan dirinya terlebih dahulu.
Haura sekadar menunggu di luar pintu bilik Puan Sri Normah. Haura mengeluarkan telefonnya lalu menghantar pesanan ringkas kepada Mona dan memaklumkan bahawa dia sudah keluar untuk bersarapan pagi.*****
“Haura memang betul-betul tinggalkan aku kali ni. Marah betul dia.” Tutur Mona sendirian.
Sejak balik dari ‘blind date’ itu Haura langsung tidak bercakap dengan Mona. Hal itu membuatkan Mona sedikit ralat.
Mulut Mona tidak berhenti terkumat-kamit sambil kakinya pantas mengatur langkah. Tiba-tiba Mona terlihat seorang lelaki yang sedang berjoging di tepi pantai. Matanya bersinar-sinar seperti orang yang terjumpa harta karun. Waktu juga seakan-akan telah terhenti seketika. Tanpa dia sedar Mona sudah pun tersengih macam kerang busuk kerana terpesona dengan aura jejaka tersebut.
“Mona! Tolong fokus!” ada suara yang bermain di dalam kepalanya.
Berkali-kali suara itu bergema di fikirannya untuk mematikan lamunan. Akhirnya Mona berjaya bangkit dari lamunannya sendiri. Dia memukul kepalanya beberapa kali kerana tidak dapat mengawal dirinya sendiri.
“Ishh!! Kacau betul la. Kalau bukan sebab aku nak kena pergi cari Haura dah lama aku try mamat ni. Aura dia masyaAllah!” Tutur Mona sendiri sebelum kembali berjalan menuju ke restoren. Dia sungguh terkilan kerana telah terlepas peluang keemasan tersebut.
Di restoran, tidak jauh dari tempat Mona berdiri dia sudah nampak Haura yang sedang duduk di meja sendirian. Dia segera mendapatkan sahabatnya itu dengan harapan ingin memujuknya berkaitan hal semalam.
“Morning sistur!” Disergahnya Haura dari arah belakang.
“Hmmm.” Haura yang pada mulanya sedikit terperanjat hanya menjawab acuh tak acuh.
“Kau masih marah lagi ke pasal semalam?” soal Mona selamba. Haura mencerlungkan mata sambil mengetapkan bibir menahan geram. Melihat reaksi Haura itu Mona terus meminta maaf.
“Okay! Aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Semalam aku tak bagitahu kau sebab nanti kalau kau tahu perkara yang sebenar kau tak nak pergi langsung, Sebab tu aku bagitahu kau ala kadar je.” Mona cuba menbela diri.
“Dah lama ke kau buat kerja macam tu. Jadi rental girlfriend ni.” Soal Haura serius.
“Mana ada! Aku tak pernah buat benda macam tu la. Aplikasi tu bukannya untuk urusan sewa menyewa orang.”
“Dah tu celah mana pulak datangnya sewa menyewa tu?”
Berbekalkan segala teknik yang dia telah praktis dari semalam, Mona mula menerangkan perkara yang sebenar kepada Haura. Risau jika tersilap langkah kawannya itu akan naik hantu.
Usahanya itu membuahkan hasil kerana akhirnya dia berjaya menyejukkan hati Haura yang sedang panas membara tu. Tidak sia-sia Mona berjaga malam memikirkan cara untuk memujuk Haura.
Sedang asyik mereka berbual Puan Sri Normah datang mengambil tempat duduknya. Mona memandang dengan wajah yang kebingungan. Siapakah gerangan wanita tua dihadapannya itu. Dia menyangkakan wanita tersebut tersilap meja.
“Mona ni la nenek yang aku cerita pada kau semalam.” Melihat wajah keliru sahabatnya itu Haura segera perkenalkan kepada Mona.
“Oh, yang jatuh kena langgar tu ke?” tanya Mona pendek. Haura menganggukkan kepalanya.
“Kaki nenek dah okay? Saya Mona, kawan Haura.” Sapa Mona kemudian bersalaman dengan Puan Sri Normah.
“Nenek!” Terdengar satu panggilan datang dari belakang Haura.
“Dazrin marilah duduk sekali. Hari ni nenek ada bawa tetamu untuk bersarapan bersama kita.” Pelawa Puan Sri Normah. Dazrin terus bergegas ke meja untuk menyertai neneknya bersama tetamu tersebut.
“Haura?” sapa Dazrin dengan nada terkejut seperti tidak percaya.
“Hai Dazrin.” Balas Haura ringkas sambil senyum lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.
“Kamu berdua dah saling kenal ke?” tanya Puan Sri Normah selepas melihat interaksi Dazrin dan Haura.
“Nak kata kenal tu tak jugak nek sebab kita orang baru je kenal. Tak sangka betul boleh jumpa korang sekali lagi dekat sini.” Balas Dazrin yang sedikit teruja. Hatinya sedikit berbunga-bunga.
“Itulah saya pun tak sangka jugak yang awak ni cucu nenek. Kecil betul dunia ni.”
“Mika mana Dazrin? Nenek tak nampak pun batang hidung dia.” Tanya Puan Sri Normah kepada Dazrin.
“Tadi dia ada je dengan Dazrin. Kita orang joging sama-sama. Pastu tiba-tiba dia cakap dia ada hal. Jadi Dazrin datang la sini dulu.” Balas Dazrin.
“Panjang betul umur dia. Itupun Mikael dah sampai.” Tutur Dazrin sambil mengangkat tangannya kepada Mikael.
Haura yang sedang menghirup air kopi terus tersedak apabila mendengar nama Mikael disebut. Enam biji mata tertoleh ke arahnya.
“Waktu macam ni jugak la kau nak tersedak. Tak boleh ke tunggu waktu lain?” Gurau Mona kasar sambil menghulurkan tisu kepada Haura. Puan Sri Normah juga bertanyakan tentang keadaan Haura. Dia hanya mengangguk tanda okay dan kemudian meminta maaf.
“What? Mikael? Mamat semalam tu ke? Tolonglah jangan mamat peragut yang poyo tu. Minta jauhkanlah dia daripada aku.” Pinta Haura di dalam hati. Gerak geri dan tindak tanduknya yang mencurigakan itu berjaya ditangkap oleh mata Mona.
“Kau ni dah kenapa Haura? Kau okay tak?” bisik Mona. Haura membalas dengan menggelengkan kepalanya. Baru sahaja Haura ingin membuka mulut Mikael sudah datang menyapa.
“Morning nenek. Sorry Mika lambat sikit. Ada urgent call tadi.” Sapa Mikael mesra sambil mengambil tempat di sebelah Dazrin. Matanya kemudian beralih ke arah dua orang wanita yang turut berada bersama Puan Sri Normah.
“Mikael kenalkan ini Mona dan Haura.” Puan Sri Normah memperkenalkan cucunya. Mona sudah tersenyum kambing melihat ketampanan kedua cucu Puan Sri Normah itu.
Haura yang sedari tadi cuba untuk menyembunyikan wajah akhirnya mengangkat muka dan melemparkan senyuman kepada Mikael. Senyuman yang terukir diwajah Mikael sebentar tadi bertukar kelat setelah melihat gerangan wanita di hadapannya. Haura hanya duduk tanpa bersuara.
“Apahal minah ni ada dekat sini? Apa hubungan dia dengan nenek aku?” hati Mikael mula tertanya-tanya. Sesekali dia memandang Haura yang turut sudah kelihatan sepeti cacing kepanasan berada di situ.
Ingin saja Haura pergi dari situ tetapi risau jika tindakannya itu bakal menyinggung perasaan Puan Sri Normah. Mikael pula sudah mula hilang fokus. Difikirannya berlegar-legar soalan yang mempersoalkan tentang Haura.
“Kamu berdua kenal antara satu sama lain ke?”. Tiba-tiba Puan Sri Normah mengajukan soalan kepada Haura dan Mikael setelah melihat cucunya itu sedari tadi merenung tajam pada Haura.
“Tak!” “Mana ada!” serentak pertanyaan itu dijawab. Dazrin dan Mona terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh mereka berdua.
Ketegangan dan kejanggalan antara mereka berdua itu telah dapat dihidu Puan Sri Normah. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang telah berlaku dia antara Mikael dan juga Haura. Namun dia tidak mahu masuk campur dan hanya sekadar memerhati tingkah laku kedua anak muda di hadapannya itu.
YOU ARE READING
Jika Dia Untukku [COMPLETED]
Romance[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya...