BAB 77

321 2 0
                                    

Dazrin termenung di meja. Masih terngiang-ngiang di telinganya tentang apa yang diperkatakan oleh Datin Noreen. Sejujurnya sehingga kini dia masih tidak boleh terima kenyataan bahawa Mikael telah mengikat tali pertunangan dengan gadis yang dia cintai. Sedangkan lelaki itu tahu tentang isi hatinya.

Sanggup Mikael merampas Haura darinya. Memang benar dia sukakan Haura tapi sanggupkah dia menkhianati sepupunya sendiri. Dazrin buntu.

          "Tolong mummy dan kamu akan bahagia dengan Haura."

Datin Noreen menabur janji manis kepada anak lelakinya itu. Dazrin benar-benar dalam dilema. Perlukah dia menuruti segala rancangan yang telah dibuat oleh ibunya itu? Atau dia terpaksa terima kenyataan bahawa jodohnya bersama Haura telah tiada.

Knock! Knock!

Namun lamunannya itu terhenti apabila pintu bilik diketuk. Soraya melangkah masuk dengan senyuman yang menghiasi wajahnya. Dazrin segera membetulkan kedudukannya.

          "Dina buat apa dekat sini?" tanya Dazrin.

          "Meeting. Alang-alang tu Dina jenguk la abang sekali." balas Soraya sambil meletakkan beg kertas yang dibimbitnya ke atas meja. Dazrin sekadar memerhati.

           "Apa benda tu?" tanya Dazrin lagi.

           "Sushi favorite abang. Jomlah kita lunch sama-sama."

Soraya mula mengeluarkan beberapa bekas sushi dari beg kertas tersebut. Dazrin melihat jam di tangannya. Matanya terbuntang luas. Waktu berlalu sangat pantas. Bagaimana dia boleh tidak sedar waktu sudah menjengah ke tengah hari. Nasib baik tiada temujanji penting yang perlu dia hadiri.

           "Abang ada masalah ke?"

Tiba-tiba Soraya mengajukan soalan tersebut kepada abangnya. Dazrin yang agak kaget memperlahankan kunyahannya. Dia menghabiskan dahulu makanan yang ada di dalam mulutnya sebelum membalas pertanyaan adiknya itu.

           "Apasal Dina tanya abang macam tu? Abang okay je." balas Dazrin kemudian mencapai gelas air miliknya. Soraya menganggukkan kepalanya.

          "Kenapa abang tak datang makan malam dekat rumah nenek hari tu? Tak pernah dalam sejarah abang tak datang." tanya Soraya lagi. Kelakuan abangnya itu benar-benar mencuri perhatiannya.

Dazrin terbatuk kecil mendengar pertanyaan itu. Sekali lagi dia menyedut air untuk menghilangkan rasa perit di tekaknya. Di saat itu juga otaknya sedang ligat mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Soraya.

          "A..abang ada dekat luar masa tu. Jumpa kawan lama." jawab Darin sedikit gagap. Soraya sekadar mengangguk.

Soraya yakin abangnya sedang sembunyikan sesuatu. Jawapan yang diberikan itu amat bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh Datin Noreen ketika Puan Sri Normah bertanya mengenai Dazrin.

Datin Noreen memberitahu bahawa Dazrin tidak sihat dan kerana itu dia ingin berehat di rumah. Dia juga meminta maaf kerana tidak dapat menyertai ahli keluarganya yang lain pada malam itu.

          "Baguslah. Dina ingat abang tak datang sebab nak elak dari berjumpa dengan abang Mika." dengan selamba Soraya membalas. Wajah Dazrin tidak dipandang.

Dazrin membuntangkan matanya sambil menoleh ke arah Soraya yang sedang asyik menikmati sushi yang dibawanya. Ketika itu ada satu perasaan yang terdetik dihatinya. Dia turut meragui tindakannya pada malam itu. Adakah benar dia tidak mahu ke rumah Puan Sri Normah kerana tidak ingin bersua dengan Mikael? Adakah hanya kerana lelaki itu beetunang dengan Haura?

*****

          "Haura...! Cepatlah kita dah lewat ni." Laung Mona dari luar rumah. Haura berlari-lari anak keluar dari bilik.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now