PERTANYAAN

7.6K 698 71
                                    

Fleur Sophia keluar daripada bilik air dan terus menuju ke ruang tamu tingkat dua. Fleur kemudian labuhkan punggung bersebelahan Harraz.

"Okay , abang nak cakap apa dengan Fleur?" Soal Fleur tanpa berkias.

Sejak Fleur dan Harraz tiba di rumah Encik Iqram petang tadi , Fathi tidak henti ingatkan Fleur yang dia mahu bercakap dengan Fleur selepas Isyak.

Belum sempat Fathi membalas , Aisy dan Emir tiba - tiba masuk ke dalam ruang tamu.

"Let us join if its not a private conversation" Ujar Aisy.

"Then have a seat before i change my mind" Fathi menjawab menggunakan bahasa inggeris juga.

Laju sahaja Aisy dan Emir ambil tempat mereka.

"Okay , adik tau kan esok abang akan makan tengah hari dengan keluarga Zara" Fathi bertanya terlebih dahulu.

"Tahu" Jawab Fleur sepatah.

"Jadi abang nak adik soal abang , beberapa soalan berkenaan Islam yang adik rasa ayah Zara atau abang ipar Zara akan tanya pada abang" Fathi meminta dengan baik.

Wajah Fleur terus bertukar seronok apabila dengar permintaan Fathi.

"Macam seronok je" Sampuk Sumayyah yang baru masuk di ruang tamu tingkat dua itu.

"Apa sahaja?" Fleur bertanya untuk kepastian.

"Yes. Ini untuk persediaan la kiranya. Kalau abang tak tau jawapannya , adik tolong jawabkan. Dapat lah abang ilmu baharu malam ni" Balas Fathi baik.

Harraz sudah lihat wajah isterinya , begitu juga dengan yang lain. Masing - masing sedang tunggu soalan yang mahu Fleur ajurkan buat Fathi.

"Senaraikan Rukun Akad Nikah" Fleur tatap serius wajah abangnya.

"Pengantin Lelaki , Pengantin Perempuan , Wali , Dua Orang Saksi , Ijab dan Kabul" Jawab Fathi tanpa sebarang gagap.

Fleur mengangguk. Itu perkara basic. Tak sepatutnya mereka bangga jika Fathi dapat jawab dengan sempurna perkara tersebut.

"Adik , kalau boleh jangan tanya soal perkahwinan sebab bab perkahwinan , insyaAllah semua abang boleh jawab. Bab Islam yang betul - betul ke arah Islam" Ujar Fathi.

Fleur berfikir sejenak , "Biodata Nabi Muhammad"

"Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthallib bin Hashim. Nama ibu baginda adalah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Lahir pada hari Isnin bersamaan dengan 12 Rabiul Awal. Lahir pada tahun gajah dan lahir pada waktu Subuh. Ibu susuannya adalah Thuwaibah dan Halimah" Beritahu Fathi dengan yakin.

"Pada usia berapa , Malaikat belah dada baginda untuk buang sesuatu?" Fleur tidak tunggu lama dan terus bertanya.

"Lima Tahun" Fathi juga tidak ambil masa yang lama untuk menjawab.

"Selapas ibunya , Aminah meninggal dunia , Nabi dijaga oleh Abdul Muthallib tapi selepas Abdul Muthallib meninggal dunia , siapa yang jaga baginda?"

"Bapa Saudaranya , Abu Thalib"

"Beri seorang nama anak Abu Thalib selain Sayidina Ali" Pinta Fleur baik.

"Aqeel"

"Adakah Abu Thalib memeluk agama Islam?"

"Tidak"

Soal jawab keduanya terganggu apabila Fleur dengar suara kekekan anaknya , Fahnaz Abizar. Fleur terus tolehkan kepala dan cari wajah Fahnaz.

Hawa , Dayyan dan Qamar masuk ke dalam ruang tamu. Fahnaz berada dalam dukungan Dayyan membuatkan Fleur tersenyum lihat si anak.

"Fahnaz Abizar" Panggil Fleur membuatkan Fahnaz terus pusingkan kepalanya , seolah mencari suara si ibu.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now