Harraz Falikh melangkah masuk ke dalam Balai Polis Seksyen H21 dengan perasaan risau yang menebal. Hampir luruh jantung Harraz apabila dapat berita yang isterinya diserang oleh Rian di hadapan bangunan Avalance. Mujur Rian sudah pun meninggal dunia , kalau tidak mahu mati Rian di kerjakan oleh Harraz sendiri.
Harraz terus lihat di sekeliling ruangan , mencari si isteri dan apabila dia lihat Fathi dan Fleur berada di ruangan menunggu , Harraz terus menapak ke arah mereka berdua.
Fathi bangun dari tempat duduknya apabila lihat Harraz , "Harraz" Tegur Fathi.
Harraz terus pergi ke arah isterinya. Lelaki itu duduk melutut dan terus lihat wajah Fleur yang sedang ditundukkan.
"Sayang" Harraz pegang dagu Fleur membuatkan Fleur tersentak sedikit.
Sumpah , jantung Harraz berdegup dengan lebih kencang apabila Fleur tersentak begitu. Janganlah trauma Fleur kembali semula.
Fleur lihat wajah Harraz agak lama sebelum wanita itu kelipkan mata , "Abang" Tegur Fleur semula.
Lega sedikit Harraz apabila dengar suara Fleur , "Isteri abang okay tak ni?" Soal Harraz lembut.
Fleur menggelengkan kepala , "Fleur tak tahu" Jawabnya.
Harraz bangun dan duduk di sebelah Fleur. Tubuh Fleur di dakap kemas. Harraz tahu , Fleur perlukan pelukannya sekarang.
Selang beberapa minit , Ayra dan Zara keluar daripada bilik siasatan menuju ke tempat menunggu. Harraz terus leraikan pelukannya , mahu bercakap dengan Ayra.
"Harraz" Tegur Ayra baik.
"Kau selesaikan kes ni ke?" Tanya Harraz mahu tahu.
"Ya , Ayra dapat kes ni. Ayra dah minta anggota polis yang lain soal siasat Fleur dan Zara. Maaf Ayra tak dapat nak soal mereka sendiri sebab Ayra takut Ayra tak dapat nak bawa watak profesional dalam bilik siasatan" Ayra minta maaf awal - awal.
"Tak apa" Zara tersenyum tipis.
"Tentang Rian Balqis , pihak kami dah pastikan yang pesalah mati di tempat kejadian. Mayatnya akan di uruskan oleh Ketua Ahli Forensik Hospital Bunga Raya , Muhammad Aisy" Ayra mula bersikap profesional.
"Pihak kami masih cuba untuk hubungi ahli keluarga pesalah. Buat masa sekarang , pihak kami tak dapat jejaki lagi abang si pesalah iaitu Reyza Arif" Ayra terpaksa sebut nama lelaki itu demi selesaikan tugasnya.
"Tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada pihak Fleur Sophia. Zara Afiyah , Fathi Wazif dan Fahnaz Abizar terlihat baik sahaja secara fizikal jadi pihak kami akan hentikan siasatan pada pihak Fleur Sophia setakat ini sahaja" Ayra menunduk sedikit dan mengundur selangkah ke belakang.
"Kau nak ke mana lepas ni?" Tanya Fathi apabila lihat Ayra seolah selesai jalankan tugasnya terhadap mereka.
"Nak ke Hospital Bunga Raya , jumpa dengan Aisy" Ayra sudah bercakap seperti biasa semula.
"Kiranya lepasni , pihak polis tak akan hubungi kami lagi , macam tu ke?" Harraz tak berapa faham akan keterangan Ayra.
"Ye betul sebab mangsa tak mengalami sebarang kecederaan. Kalau pihak mangsa cedera , kami akan pantau pemulihan mangsa dari semasa ke semasa" Terang Ayra.
Harraz hanya mengangguk. Ayra pula sudah lihat Fleur yang masih duduk di tempatnya , "Fleur , Fleur betul ke okay?" Soal Ayra risau.
"Kalau tak okay , beritahu dik" Kata Fathi pula.
"Fahnaz?" Fleur dongakkan kepala dan lihat wajah Fathi.
"Abang dah minta Afrina bawa Fahnaz pergi ke Regio. Fleur jangan risau , ada lima orang pengawal yang bimbing Afrina ke Regio. Fahnaz selamat dengan Dayyan , adik tak perlu risau" Jawab Fathi pantas.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
ContoFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...