Fathi Wazif sedar dari tidurnya dalam keadaan terkejut. Mata Fathi terbuka dengan agak luas , memandang ke arah siling bilik. Fathi kemudian bangun dari terus baring di atas katil. Lelaki itu betulkan pernafasannya apabila rasa jantungnya berdegup dengan laju.
Beberapa harini , Fathi kerap mimpi sesuatu berkenaan Zara sahaja tapi ianya bukanlah suatu mimpi yang indah. Fathi akan bermimpi yang dia kehilangan Zara dalam pelbagai cara. Salah satunya adalah , Zara terkorban apabila kapal terbang yang dinaiki Zara terhempas di lautan luas. Sungguh , Fathi jadi tidak tenang dalam tidurnya sekarang.
Fathi Wazif lihat jam kecil yang berada di meja kecil sebelah katilnya. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 4:32 minit pagi. Fathi berasa agak malas mahu tunaikan solat sunat sebenarnya tapi Fathi lawan juga rasa malas itu dan tunaikan sekurangnya solat sunat Tahajud.
Terkadang Fathi rasa , Allah berinya mimpi begitu kerana mahu Fathi bangun di tengah malam dan beribadah kepada Allah. Tetapi terkadang Fathi rasa mimpi itu seolah petanda buatnya.
Apabila matahari sudah mula naik , Fathi terus keluar daripada bilik tidurnya dengan sebakul baju kotor. Lelaki itu bawa baju kotornya turun ke bawah , terus menuju ke tempat yang meletakkan mesin basuh.
Fathi masukkan semua baju - baju kotornya dan biarkan mesin basuh itu buat tugasnya. Fathi kemudian berjalan mencari ahli keluarganya sendiri.
"Adik" Fathi tegur Fleur yang berada di kawasan taman belakang rumah.
"Assalamualaikum abang" Ucap Fleur baik.
"Waalaikumsalam flower. Kenapa duduk sini sorang - sorang?" Fathi duduk di kerusi rehat yang diletakkan di taman kecil itu.
"Saja , suka , tenang rasanya"
"Harraz mana?" Fathi sudah cari kelibat adik iparnya.
"Pergi beli sarapan. Harini mood malas nak memasak" Jawab Fleur dengan senyuman kecil.
"Fahnaz?"
"Ada dengan daddy , daddy bawa dia ke gym bawah"
"Wah , kecil - kecil dah sado" Fathi tertawa kecil , begitu juga dengan Fleur.
Suasana di antara mereka berdua senyap sebentar sebelum Fathi kembali bersuara , "Adik" Panggil Fathi baik.
"Hm?" Fleur lihat wajah abangnya.
"Kalau abang minta adik buka purdah tu sekejap , boleh? Abang rindu , nak tengok wajah adik abang" Pinta Fathi dengan lembut.
Terkesima Fleur apabila dengar permintaan Fathi. Fleur memang pakai tudung beserta purdah walaupun dia berada di dalam rumah Encik Iqram. Kalau ikutkan , kelima - lima abang Fleur , semuanya bukan mahram Fleur. Jadi Fleur lebih selesa memakai purdah apabila bersama dengan seseorang yang bukan mahramnya.
Fleur buka ikatan purdahnya agar Fathi dapat lihat wajahnya. Ini lah , kali pertama Fathi lihat wajah Fleur selepas gadis itu sedar daripada ditidurkan. Sebelum ini Fathi lihat wajah Fleur cengkung sahaja , tapi sekarang , wajah Fleur kembali berisi seperti biasa.
Berair mata Fathi apabila tatap wajah adiknya yang dirindui selama ini. Betapa rindunya Fathi mahu manjakan Fleur , mahu dakap tubuh kecil adiknya , mahu usap kepala Fleur. Fathi rindukan semua itu , tapi apakan daya , mereka sekeluarga lebih cintakan Allah. Tak mungkin mereka langgar suruhan dan arahan Sang Pencipta mereka.
Hati Fleur yang terkesan lihat mata Fathi berkaca. Benar lah tu , Fathi rindu mahu lihat wajah si adik. Apabila Fathi sudah lihat wajah adiknya agak lama , barulah Fathi tundukkan wajahnya. Fleur yang faham akan perkara tersebut , terus pakai semula purdahnya.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
ContoFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...