Libasan demi libasan dilepaskan oleh Harraz Falikh, meningkatkan kelajuan kudanya yang bernama Bobom itu.
Dada Harraz turun dan naik dengan sangat pantas, seolah seiring dengan kelajuan kudanya tika ini. Tiba masa, kudanya melompat melepasi tiang yang terletak di padang tersebut, membawa Harraz bongkok sedikit.
Di ulang lalui trek horse jumping itu sebanyak tiga kali sebelum Harraz tarik tali yang bersambung pada muka Bobom, memperlahankan larian kudanya dengan baik.
Harraz tunggang kuda miliknya, perlahan-lahan menuju ke tempat duduk penonton di hujung padang. Sebaik tiba, Harraz turun dari belakang kuda bewarna coklat gelap itu, mengusap kepala Bobom dengan sangat baik sebelum lepaskan tali yang berada di tangan.
"Aku nak pergi jumpa Fleur sekejap. Kau rehat dekat sini, makanlah rumput-rumput tu," pesan Harraz pada Bobom, seolah Bobom faham benar dengan kata-katanya.
Mahu percaya ataupun tidak, itu terpulang. Tetapi sebaik Harraz kata begitu, Bobom segera ragut rumput-rumput panjang yang ada di tepi tempat duduk panjang para penonton.
Sengaja Harraz letak kudanya agak jauh dari penonton lain, memilih tempat yang redup. Bobom ini jiwa Harraz. Sang kuda coklat gelap inilah yang banyak berjasa dalam memberi pingat buat Harraz Falikh.
Apabila lihat Bobom baik sahaja, Harraz atur langkah, menuju ke arah Fleur yang sedang duduk di kerusi berbingkai satu, bahagian hadapan sekali.
Sedari tadi, Fleur hanya layangkan pandangan pada susuk Harraz semata-mata. Menanti bila jejaka itu mahu hampirinya kerana Fleur tahu, Harraz berhenti di tempat duduk penonton ini kerana mahu bertemu dengan Fleur.
Jika tidak yakin, bukan Fleur Sophia namanya.
Harraz Falikh berhenti betul-betul di hadapan Fleur Sophia, menghalang cahaya petang yang menyucuk ke kulit halus si gadis.
Fleur mendongak sedikit, membalas pandangan Harraz di balik cermin mata hitamnya berjenama Cartier itu.
"Tak panas?" soal Harraz dalam mengah.
Fleur menggeleng sebelum tepuk tempat duduk kosong di sebelah kanan. Segala beg keperluan Harraz yang berada atas tempat duduk itu di ambil oleh Fleur lalu diletakkan atas peha sendiri.
Labuh saja duduk, Fleur segera hulur tuala kering buat Harraz. Tidak tunggu lama, tuala itu bertukar tangan. Segala keringat yang turun daripada dahi melecunkan bahagian leher baju yang di pakai oleh Harraz.
"Bobom okay? Awal tadi saya nampak dia macam meragam," kepala Fleur terteleng mahu lihat Bobom.
"Merajuk mungkin, saya tak jenguk dia lima hari, tiba-tiba datang, minta buat horse jumping terus," balas Harraz seraya lap lengan tangan yang terasa lembab.
"Awak tak beritahu dia ke yang awak ke kem tiga hari? Kemudian cuti hujung minggu dua hari baru masuk sekolah semula hari Isnin harini," wajah Harraz menjadi santapan mata semula.
"Lupa," sepatah jawabnya.
Fleur mencebik sedikit. Bukan salah Bobom la kalau kuda itu merajuk dengan tuannya. Mujurlah Bobom tidak buat masalah ketika ditunggang laju tadi. Buatnya Bobom berdendam, boleh saja kuda itu berhenti secara tiba-tiba dan buat Harraz jatuh ke depan dek tidak bersedia.
Dendam haiwan...janganlah di buat main.
"Kenapa sayang...?" Harraz menegur gadis kesayangannya apabila Fleur menatap penuh tekun akan segala perkara yang Harraz lakukan.
"Want to go grab ice cream?" tanya Fleur terus.
"Sure. Give me a second." Harraz keluarkan kaca mata hitam miliknya yang sama jenama dengan Fleur Sophia, lalu dikenakan pada wajah sendiri.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Historia CortaFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...