PERTEMUAN

12.3K 624 62
                                    

Puan Saadah ambil beg tangannya dan keluarkan dompetnya untuk beri wang kertas pada Zara Afiyah.

"Zara beli tepung jagung dan minyak jagung. Lepastu Zara beli la apa - apa yang Zara nak. Umi tunggu dalam kereta" Kata Puan Saadah seraya hulurkan duit kertas bernilai 50 ringgit buat si anak.

"Baik" Zara terus keluar daripada kereta dan masuk ke dalam Speedmart. Gadis itu perlu melintas untuk ke Speedmart memandangkan Puan Saadah parkir keretanya agak jauh.

Zara tidak buang masa dan terus pergi ke bahagian tepung dahulu. Gadis itu ambil sepaket tepung jagung , kemudian Zara menapak dan ambil minyak jagung pula.

Langkah Zara terus menuju ke bahagian makanan ringan dan ambil beberapa bungkus makanan ringan kegemarannya. Tatkala Zara mahu ke kaunter untuk membayar , Zara lihat seorang lelaki berpakaian seperti suit lengkap , sedang bayar di kaunter.

Pakaian yang dikenakan oleh lelaki itu terlihat mahal dalam masa yang sama ianya telihat seperti uniform sekolah. Pasti remaja lelaki itu bersekolah di sekolah private. Apa yang membuatkan Zara makin terperanjat adalah barang yang dibeli oleh lelaki itu. Beberapa bungkus tuala wanita , biar betul? Tidak malu ke lelaki tu?

"Beli untuk adik" Suara lelaki itu mula kedengaran di telinga Zara. Hati Zara pula yang cair apabila dengar lelaki itu belikan tuala wanita buat si adik.

"Apa nak dimalukan kak..normal la tu, perempuan datang bulan. Kalau si perempuan tengah sakit perut, tak kan la dia juga yang nak kena keluar pergi beli kan" Lelaki itu mula berbual dengan jurujual di kaunter tersebut. Jantung Zara tiba - tiba berdegup laju apabila dengar suara lelaki itu.

Zara lihat remaja lelaki di hadapannya. Sungguh , ciptaan Allah itu indah yang teramat. Jawline lelaki itu tajam seperti pisau , hidungnya sedikit mancung. Bulu matanya panjang tapi tidak melentik , senyuman di bibir lelaki itu turut manis seperti madu.

Sebaik lelaki itu melangkah keluar daripada Speedmart , Zara terus letakkan semua barang yang dia ambil di kaunter dan berlari keluar untuk kejar si lelaki.

"Awak!" Jerit Zara tanpa segan silu.

Lelaki tersebut berhenti melangkah dan terus toleh ke belakang.

"Ya?" Wajah lelaki itu berubah keliru.

"Ada kekosongan tak untuk jadi adik awak? Macam best je , saya nak volunteer diri jadi adik awak , boleh tak?!" Zara sendiri tidak sedar yang dia boleh ucapkan ayat begitu.

Wajah lelaki itu yang tadi keliru terus berubah terperanjat apabila dengar gadis yang dia tidak kenali , cakap begitu.

"Tak apa lah , seorang adik je dah cukup buat saya" Jawabnya seraya toleh semula ke hadapan. Remaja lelaki tersebut kembali berjalan menuju ke kereta.

"Jadi calon kekasih pun boleh!" Jerit Zara lagi dengan tawa kecil.

Sekali lagi langkah si lelaki terhenti , sungguh gadis itu terlalu berani sekarang ni.

"Kalau jadi kekasih lagi la saya taknak. Saya muda lagi , baru 15 tahun. Banyak lagi benda saya kena fikirkan selain masalah percintaan" Kata si lelaki selamba.

Senyuman masih hiasi bibir Zara. Zara sendiri tidak tahu dari mana dia dapat keberanian mahu cakap begitu. Zara terus perhatikan lelaki tersebut masuk ke dalam sebuah kereta berjenama mewah.

"Boleh tahan kaya" Zara mengangguk perlahan.

"Ala Zara , family kau pun have have juga. Ayah kau ustaz terkenal kot" Zara sedikit membangga diri seraya berjalan masuk ke dalam Speedmart semula.

Zara lihat pekerja wanita yang jaga bahagian kaunter itu. Pekerja tersebut sudah tersenyum - senyum pada Zara membuatkan Zara berasa pelik.

"Kalau akak lebih kurang sama umur dengan lelaki tadi tu , akak pun akan buat perkara yang sama macam apa yang adik buat tadi. Siapa je tak mahu teman lelaki baik macam adik lelaki tadi tu kan?" Kata pekerja wanita itu.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now