Emir Amirullah keluarkan puteri kecilnya daripada dalam car seat bayi dengan berhati - hati. Emir sempat cium dahi si kecil itu sebelum berikan anaknya pada sang ibu , Puan Mariana.
"Mummy masuk dulu , Emir nak tolong Sumayyah" Emir bercakap dengan Puan Mariana baik.
"Okay" Puan Mariana masuk ke dalam rumah Encik Iqram sambil bawa puteri kecil Emir Amirullah dan Sumayyah.
Emir buka pintu bahagian penumpang belakang dan pegang lengan Sumayyah , "Hati - hati" Pesan Emir pada si isteri.
Sumayyah pegang perutnya sambil keluar perlahan - lahan daripada perut kereta. Emir tutup pintu kereta itu apabila tubuh Sumayyah berada agak jauh daripada pintu kereta.
Emir kemudian dukung Sumayyah ala bridle style. Terkejut Sumayyah di buatnya. Wanita itu sudah tekup mulut , takut jika dia terjerit. Tangan Sumayyah laju sahaja menampar tubuh belakang suaminya.
"Terkejut Sumayyah" Kata Sumayyah perlahan.
"Maaf. Emir cuma nak tolong isteri Emir" Emir berjalan masuk ke dalam rumah agam Encik Iqram.
"Malulah kalau orang nampak" Sumayyah rangkul leher suaminya seraya sorokkan wajah.
"Malu..tapi rangkul leher Emir" Lelaki itu mengusik.
"Mestilah kena rangkul. Kalau Sumayyah jatuh nanti macam mana?" Sumayyah membalas tanpa alihkan wajahnya.
"Emir tak akan biar kekasih Emir jatuh ke lantai. Emir akan sentiasa pastikan..isteri Emir selamat di sisi Emir" Kata Emir manis.
"Kenapa tiba - tiba Emir jadi sweet ni?" Sumayyah angkat kepala untuk lihat wajah suaminya.
"Kerana Emir mahu layan ibu pada anak Emir sebaik mungkin"
Ayat Emir itu buat Sumayyah senyum sehingga ke telinga , "Apa ya..nama anak kita?" Sumayyah saja bertanya begitu.
"Khadijah. Haura Khadijah binti Emir Amirullah" Emir terlihat senang ketika sebut nama panjang anaknya.
"Suami Sumayyah dah jadi ayah" Sumayyah cubit pipi Emir lembut.
"Alhamdulillah. Semuanya kerana usaha sayang" Emir kucup dahi isterinya sebelum masuk ke ruang tamu tingkat pertama.
"Wah abang , siap berdukung" Fleur terus tegur Emir tatkala nampak abangnya itu masuk ke ruang tamu rumah.
"Tengah dukung ibu budak" Balas Emir membuatkan orang di situ geli hati mendengarnya.
"Bismillah" Zara ambil anak Sumayyah dari dukungan Puan Mariana.
Fathi lihat wajah Haura bersama senyuman di bibir , "Ini lah ni yang kacau honeymoon paksu dengan maksu dia" Ujar Fathi.
Tertawa Sumayyah dibuatnya. Tatkala Sumayyah di masukkan ke dalam wad bersalin , masa itu Zara dan Fathi masih berada di Langkawi. Mujurlah pasangan itu sudah mahu pulang ke Selangor , kalau tidak , mereka sendiri tak tenang mahu bercuti dek tidak sabar mahu sambut orang baharu dalam keluarga mereka.
Sementara percutian Harraz dan Fleur ke Sabah terpaksa ditangguhkan dulu , sebab terbesarnya adalah kerana Harraz perlu jalani kursus di Sarawak serta Terengganu.
"Tunggu anak Aisy pula la lepasni" Hawa mencelah seraya lihat Qamar.
"Due date Qamar bukan minggu ni ke? Beza beberapa hari je daripada due date asal Sumayyah kan?" Sumayyah bertanya.
"Memang pun , tapi korang tengok la sendiri bini aku" Aisy tolehkan kepala untuk lihat Qamar.
"Masih seronok makan Super Ring dia" Sambung Aisy bersama gelengan kepala.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Short StoryFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...