Fleur Sophia Theo menghirup udara segar. Tenang rasanya apabila berada di hutan rimba ini. Apa yang tidak tenangnya...jeritan yang saling berlaga antara satu sama lain.
"Arkh! Amsyar! Kau ingat kau budak kecil ke?!" Aisy tampar lengan Amsyar yang melingkar di leher.
"Huhahuhahuha!" Amsyar bergayut lebih erat di belakang tubuh Aisy.
"Apabila kembali ke alam semula jadi...kita turut menjadi saksi kepulangan beruk ke habitatnya..." Fathi memberi ucapan, layaknya seperti sedang bercakap dengan orang ramai. Sesaat lepastu, Fathi menoleh ke arah Amsyar yang masih berada di tubuh belakang Aisy.
"Am..." Dayyan menegur. Penat rasanya bila perlu dengar kembar ini bergaduh tak sudah.
Mereka main air sungai saja pun, basahkan badan selepas mendaki tiga jam tapi begitu selambanya Amsyar bergayut di belakang Aisy seperti budak lima tahun padahal sudah berumur 18 tahun.
Fleur geleng kepala. Baru rasa mahu rehatkan minda di atas batu besar, bersama iringan aliran air sungai tapi terganggu pula dengan suara abang-abangnya.
Malas mahu membazir air liur, Emir dekati si kembar yang masih bertingkah seperti manusia tak berakal itu, lalu rambut lebat Amsyar di cengkam dan di tarik sekuat mungkin.
"ARGH!!!! EMIR AMIRULLAH!!!" jerit Amsyar sekuat alam.
Spontan, bunyi burung kedengaran, berlawan dengan bunyi sayap terbang. Memanglah si Amsyar ni, mengacau hidupan yang sedang tenang.
"Yan! Tolong aku Yan! Sakit! Argh!" Amsyar sudah lepaskan rangkulan pada leher Aisy, sekali gus kedua belah kakinya turun dari melingkar di pinggang Aisy.
Tak sedikit pun Emir terlihat mahu lepaskan cengkamannya pada rambut Amsyar. Aisy ambil peluang tersebut dan segera lari jauh dari adik beradik lelakinya yang lain, lantas hampiri Fleur di atas batu besar.
"Satu! Dua! Tiga!" Fathi tampar permukaan air, bertindak seolah juri di permainan gusti dalam gelanggang.
"Teng! Teng! Teng! Amsyar kalah!" serius benar Fathi bawa watak jurinya, siap buat bunyi tambahan sendiri.
Emir langsung lepaskan cengkamannya sebaik dengar Fathi kata begitu. Amsyar menarik nafas dalam, kedua belah tangannya menekup kepala, mengharap sakit kulit kepala beransur hilang.
"Dasar adik derhaka!" jerkah Amsyar bersama wajah menahan sakit.
Emir buat tidak endah, menghayun langkah dan labuh duduk di sebelah Dayyan, di pinggir sungai.
"Apa perasaan Encik Amsyar setelah kalah dengan Encik Emir?" Fathi gumpal tangan sendiri, jadikan seperti mikrofon dan rapatkan pada bibir Amsyar.
Amsyar mendengus kasar sebelum tarik rambut Fathi pula dan sembamkan wajah Fathi pada permukaan air.
"Argh! Abang!" kening Fathi berkerut tebal memandang ke arah Dayyan. Amsyar tampak selamba berenang ke tengah sungai dan terapung tanpa sebarang gangguan di situ.
Bersama dendam yang tersisa, Fathi buka langkah mahu ke arah Amsyar.
"Fathi Wazif." Tetapi teguran daripada Dayyan membantutkan niatnya.
"Beringat sikit, kita dekat tempat orang, dalam hutan, di tempat yang berair. Jaga perangai. Amsyar, Emir, Fathi, tiga-tiga sama," tegas Dayyan lagi.
Fleur ketap bibir, menahan senyum. Kan abang sulung dah buka mulut. Diam membisu semua di situ. Mujurlah ada mereka adik beradik saja, kalau tidak...tujuh keturunan malu Fleur tidak habis.
Apabila hening sedikit, baru Fleur dapat dengar hembusan nafas kasar Aisy. Kepala langsung tertoleh lihat abangnya.
"Abang okay ke? Nak Fleur panggil abang Fathi, buat CPR?" Fleur mengusik. Mengah bukan main si Aisy sekarang.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
ContoFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...