MASA EPISOD 1
Fleur Sophia buka pintu pejabatnya daripada dalam membuatkan Fahnaz Abizar terus berlari keluar. Mata Fleur langsung tidak beralih dari lihat setiap langkah Fahnaz.
Di luar pejabat Fleur memang agak luas memandangkan di tingkat itu tidak ada sebarang meja kerja para pekerja lain.
"Fleur , you panggil i?" Afrina tegur majikannya itu.
"Ya , boleh tak tengokkan Fahnaz sekejap. Dia dah meragam daripada tadi nak keluar daripada pejabat saya. Saya nak pergi pejabat Fathi sekejap. Kalau saya bawa dia masuk pejabat Fathi , habis mengamuk la dia sebab tak dapat bebas berlari" Fleur minta tolong dengan baik.
"Okay , boleh je" Jawab Afrina seraya menapak ke arah Fahnaz yang sedang berlari seronok.
Fleur tersenyum kecil sebelum menapak ke pejabat Fathi , tidak jauh daripada pejabat Fleur.
"Puan" Luqman menegur Fleur sebaik nampak wanita itu.
Fleur hanya tundukkan sedikit kepalanya sebelum masuk ke dalam pejabat Fathi.
"Abang , sibuk ke?" Fleur mengintai ke dalam , kepalanya di masukkan sedikit seraya lihat meja kerja Fathi.
"Not really. Why flower?" Fathi lepaskan pen di tangan dan terus lihat adiknya yang masih berdiri di pintu.
Fleur masuk ke dalam dan tutup pintu rapat - rapat. Wanita itu hampiri meja kerja Fathi dan ambil tempat duduk berhadapan abangnya.
"Fleur dengar abang nak bawa Zara pergi bercuti. Abang nak bawa Zara ke mana?" Fleur mula soal siasat abangnya.
"Cadangnya abang nak bawa Zara ke Pulau Langkawi , abang dah lama tak ke sana. Lagi pun kat sana ada feeling - feeling honeymoon" Fathi sandarkan badannya seraya jengkitkan kedua belah kening berkali - kali.
"Tak aci..Fleur dulu lepas lima bulan kahwin pun belum pergi honeymoon kedua. Sampai sekarang , mana ada pergi honeymoon kedua. Last kitaorang honeymoon dekat Bali tu la" Fleur mencebik di balik purdahnya.
"Well..selagi abang boleh honeymoon , abang memang nak honeymoon" Fathi angkat kedua belah bahunya.
"Fleur ingat , Fleur nak pergi bercuti juga. Nak bawa Fahnaz pergi bercuti. Tapi tak nak bertembung dengan tarikh abang pergi honeymoon , jadi nanti abang beritahu Fleur ya bila abang nak cuti" Fleur beritahu hasratnya.
"Kitaorang pergi hari Sabtu minggu depan , sampai hari Selasa. Kiranya abang akan cuti dua hari la , Isnin dan Selasa. Lepastu Fleur ambil la masa Fleur pula" Fathi beritahu siap - siap.
Fleur mengangguk seraya berfikir , "Abang cuti sampai Selasa kan? Kalau macam tu , Rabu Fleur cuti pula , sampai Ahad. Isnin depannya baru masuk kerja"
"Pandai betul adik buat plan ya?" Fathi memeluk tubuh.
Fleur hanya angkat kedua belah keningnya seraya menutup mata , seolah bangga.
"Adik dah rancang ke nak pergi mana? Resort semua dah dapat?"
"Fleur ingat nak pergi Pulau juga , tapi tak nak Pulau Langkawi. Fleur nak bawa Fahnaz ke laut , main pasir , mandi air laut" Jawab Fleur tenang.
"Pulau Kapas?" Fathi meneka.
"Mungkin..Pulau Mabul" Nada Fleur diperlahankan.
"Wah melebih betul..nak beri Fahnaz main pasir tapi bawa dia ke sana? Itu dah sah - sah Fleur ambil resort atas air. Celah mana nak dapat pasirnya?" Fathi lihat adiknya dari atas ke bawah.
"Bukannya tak ada pasir , pasir tu ada cuma.." Fleur hilang kata.
"Cuma apa? Ha cuma apa? Ini nak bawa Fahnaz bercuti ke atau nak beri Fahnaz adik?" Fathi jengkitkan sebelah keningnya bersama senyuman penuh makna.

ANDA SEDANG MEMBACA
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Cerita PendekFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...