SEMPURNA

7.9K 545 55
                                        

Fleur Sophia turun daripada bilik tidur menuju ke ruang tamu rumah. Fleur dapat lihat , Harraz sedang adjust telefon Fleur pada tripod yang digunakan. Mengikut perancangan Fleur , gadis itu mahu buat live instagram buat kali kedua harini.

"Mama!" Fahnaz yang sedang sibuk bergayut di kaki Harraz terus tegur ibunya dengan riang.

"Iya sayang. Kenapa peluk - peluk kaki papa ni?" Fleur leraikan pelukan Fahnaz dari kaki Harraz.

"Dia nak aiskrim" Beritahu Harraz.

"Pagi - pagi dah minta aiskrim? Such a big no sayang.." Fleur kemaskan rambut Fahnaz yang agak sedikit serabut.

Fahnaz terus mencebik bila dengar Fleur kata tidak begitu.

"Tunggu tengah hari sikit ya?" Fleur memujuk.

"Ain" Fahnaz berjalan ke arah meja dan ambil mainan keretanya.

"Ayinn" Fahnaz beri mainan itu pada Fleur.

"Main" Fleur betulkan sebutan si anak.

"Kaa" Fahnaz tunjuk satu lagi kereta mainan pada Fleur.

"Bijak anak mama. Car" Fleur turut tunjuk mainan kereta di tangannya pada Fahnaz.

"Ka" Fahnaz lihat mainan di tangannya.

"You have one car and i have one car" Ucap Fleur lagi.

"What colour is your car?" Suara Harraz bertanya tiba - tiba kedengaran.

Fleur jengkitkan kedua belah keningnya , "The one that Fahnaz hold , what colour is it?" Fleur turut bertanya.

Fahnaz diam sambil lihat kereta mainan itu lama , "Iru" Jawab Fahnaz membuatkan Fleur tersenyum.

"Dalam bahasa melayu kita panggil biru but in english we call it as blue" Beritahu Fleur dengan jelas.

"Lulu" Fahnaz sudah berjalan secara rawak , ke sana dan ke mari sambil bawa kereta mainannya.

"Jangan pergi jauh sangat sayang" Pesan Fleur tanpa alihkan pandangannya.

"Sayang" Harraz panggil isterinya.

"Ya?" Fleur masih tidak alihkan pandangan daripada lihat Fahnaz.

"Sini sekejap" Harraz memanggil.

"Kenapa?" Fleur bergerak ke arah suaminya.

Apabila Fleur berada di sebelah Harraz sahaja , Harraz terus beri kucupan pada dahi Fleur membuatkan senyuman Fleur makin lebar.

"Abang dah buatkan semua untuk sayang. Tinggal on live je" Harraz gosok kepala isterinya lembut.

"Terima kasih" Mata Fleur makin mengecil menandakan yang dia sedang senyum dengan sangat lebar di balik purdah yang dipakai.

Harraz lihat tudung serta purdah yang dipakai Fleur. Lelaki itu tarik sedikit purdah isterinya ke atas , "Abang ada dekat dalam bilik bawah ni , dengan Fahnaz. Apa - apa sayang panggil abang ya?" Ujar Harraz lembut.

Fleur mengangguk , "Okay"

Harraz kucup dahi isterinya sekali lagi sebelum bergerak untuk ambil Fahnaz.

"Fahnaz , Fahnaz nak solat Dhuha dengan papa?" Harraz dukung anak lelakinya itu.

Fahnaz lihat wajah Harraz lama , "Jom , kita solat jom. Fahnaz kan suka solat" Harraz terus bawa si kecil itu masuk ke dalam sebuah bilik yang berada pada tingkat pertama rumah mereka.

Fleur hanya senyum melihat Harraz bersama Fahnaz perlahan - lahan menghilang dari pandangannya. Fleur kemudian duduk di sebuah kerusi , berhadapan dengan tripod telefon.

FLEUR SOPHIA || SPECIALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang