[ 01 ] ANAK

7.5K 471 26
                                        

ANAK EPISOD 1

Fleur Sophia melangkah keluar daripada pejabat Fathi Wazif sebaik selesai lakukan mesyuarat ringkas bersama Manager - manager Avalance di United Kingdom. Memandangkan Fathi sedang berada di Australia sekarang jadi Fleur lah orangnya yang perlu uruskan urusan Avalance United Kingdom.

Fleur tidak pergi ke pejabatnya malah Fleur berjalan terus ke lift bangunan , mahu turun ke bawah. Fleur berhenti di tingkat 20 yang terletak tempat kerja Zara. Fleur berjalan dan terus tuju ke pejabat kakak iparnya.

"Assalamualaikum" Fleur ketuk pintu pejabat Zara yang diperbuat daripada kaca.

Zara terus alihkan pandangannya ke arah pintu dan dalam sekelip mata , Zara ukirkan senyuman tatkala lihat wajah Fleur.

Fleur buka pintu pejabat Zara , "Jom lunch dengan Fleur" Ajak Fleur baik.

Zara mengangguk tanda okay. Zara tutup dahulu komputernya sebelum ambil beg tangan dan berjalan keluar bersama Fleur.

"Kita lunch dekat kafe Avalance je boleh tak?" Fleur meminta pendapat Zara.

"Boleh Fleur , Zara okay je" Jawab Zara baik.

"Mummy jaga Fahnaz ya?" Zara mula ajak berbual.

"Ya. Semalam mama Harraz dah jaga , harini mummy kata mummy nak jaga Fahnaz" Balas Fleur.

Zara mengangguk faham. Sejak Fleur pulang daripada Australia tiga hari yang lalu , Fahnaz langsung tak ikut Fleur ke tempat kerja malah ibu Fleur dan ibu Harraz yang bersilih ganti jaga cucu mereka. Itu yang terbaik buat Fahnaz setakat ni.

"Fleur minta maaf tau kak , Fleur pinjam suami akak lama sikit kalini. Pekerja Avalance dekat Australia tu memang dah melampau sangat"

Zara tersenyum kecil , "Memang itu pun kerja Fathi. Tak apa lah , biar dia selesaikan amanah dia dulu" Zara menjawab dengan baik.

"Tapi memang Fleur pasti ke yang rakaman CCTV menunjukkan yang pekerja wanita tu sengaja jatuhkan Fahnaz?" Tanya Zara sambil kedua mereka masuk ke dalam ruangan kafeteria Avalance di tingkat 10.

"Kalau tengok video yang abang Fathi hantar memang nampak seolah wanita tu sengaja" Fleur lihat gerai - gerai makanan yang dibuka hari ini.

Ruang kafeteria dalam bangunan Avalance ini sebiji sama seperti ruang makan foodcourt di dalam mall. Terdapat banyak gerai yang jual pelbagai jenis makanan dan air.

"Zara beli makanan dulu. Nanti kita sambung bual lagi" Ujar Fleur.

Zara hanya mengangguk sebelum Fleur menapak ke gerai makanan yang dia mahu. Selepas Zara beli makanan yang dia mahu , Zara terus berjalan ke meja yang diletakkan di sebelah tingkap besar yang berada pada ruangan kafeteria itu. Zara duduk di situ sambil matanya melilau cari kelibat Fleur. Harapnya Fleur nampak lah Zara duduk di sini.

Selang beberapa minit , Fleur datang ke meja itu , membawa dulang yang berisi makanan serta minumannya.

"Zara? Makan roti je?" Fleur bertanya pelik bila lihat Zara beli sandwich dan teh o panas sahaja.

"Cukup la ni , Zara tak ada selera sangat nak makan" Beritahu wanita itu.

"Zara okay tak? Daripada tadi Zara nampak tak bermaya je..rindu dekat abang Fathi ya?" Fleur bertanya dengan serius.

Makin lebar senyuman Zara bila dengar nama suaminya , "Zara cuma penat sikit. Dah nak akhir tahun kan , musim audit dah tiba jadi nak kena pantau duit dan stock yang keluar masuk dengan lebih teliti"

Fleur mengangguk perlahan - lahan , "Zara nak Fleur kurangkan kerja Zara?"

Zara terus gelengkan kepala tanpa berfikir lama , "Semua tengah sibuk sekarang. Fleur pun tengah sibuk jadi tak aci kalau kerja Zara tiba - tiba dikurangkan" Ujar Zara.

FLEUR SOPHIA || SPECIALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang