Fathi Wazif lihat isterinya , Zara Afiyah yang masih lena di atas katil. Perlahan - lahan Fathi mengukirkan senyuman tatkala lihat wajah polos Zara. Lelaki itu kemudian lihat jam digital di dinding hotel. Masa sekarang sudah menunjukkan pukul 4:10 minit pagi , masa Arab Saudi.
Fathi sisir anak rambut yang menutup wajah Zara dengan lembut seraya kejutkan isterinya , "Afiyah" Panggil Fathi.
Fathi usap pula setiap inci wajah isterinya membuatkan Zara mulai terganggu.
"Hey..wakeup little one" Sengaja Fathi beratkan suaranya.
Zara buka matanya perlahan - lahan dan apabila Zara nampak wajah Fathi , Zara terus tekup wajahnya sambil tersenyum segan.
"Malu" Ujar Zara sepatah.
"Buat apa nak malu? Fathi kan suami Zara sekarang" Jawab lelaki itu baik.
"Kenapa Fathi tengok Zara tidur" Wanita itu masih tekup wajahnya.
"Kenapa Fathi tak boleh tengok isteri sendiri tidur?" Semua persoalan Zara di balas dengan pertanyaan oleh Fathi.
"Dah empat suku , Fathi nak pergi Masjid. Zara nak ikut?" Fathi bangun dari terus duduk di atas katil.
"Hm..pagi ni tak kot. Fathi pergi lah" Jawab Zara tanpa alihkan tangannya.
"Lemas pula kalau tutup muka lama - lama macam tu. Tak pasal - pasal Fathi menduda dalam satu malam" Gurau Fathi di pagi hari.
"Tak kelakar okay" Zara turunkan tangannya dan duduk dari terus terbaring.
Fathi hanya tersenyum manis sebelum masuk ke dalam bilik air.
Sementara di bilik lain , Harraz Falikh sedang butangkan baju melayu yang dipakai. Lelaki itu lihat dirinya di hadapan cermin yang ada sebelum panggil isterinya. Fleur lihat Harraz daripada atas ke bawah seraya mengangguk perlahan.
"Abang pergi dulu" Harraz ambil kopiah dan bergerak ke pintu bilik.
"Didi.." Suara Fahnaz tiba - tiba kedengaran membuatkan Harraz hentikan langkahnya. Harraz lihat Fahnaz yang sudah pun lihat ke arahnya.
"Di.." Panggil Fahnaz lagi sambil berusaha mahu turun daripada katil.
"Jatuh nanti sayang" Fleur angkat anak lelakinya dan dudukkan Fahnaz di lantai yang berlapik karpet.
"Daaa" Fahnaz cuba untuk berdiri dengan sendiri membuatkan Fleur bantu anaknya.
Harraz seolah rasa yang Fahnaz sedang panggil dirinya sekarang. Perkara itu membuatkan Harraz dukung anaknya , "Kenapa? Fahnaz panggil papa ke?" Soal Harraz.
Fahnaz terus rangkul leher Harraz membuatkan Harraz usap tubuh belakang si kecil , "Papa nak pergi Masjid ni , nanti balik papa main dengan Fahnaz ye?" Harraz cuba memujuk.
"Fahnaz duduk dengan mama okay?" Fleur turut pujuk anak lelakinya.
Harraz lepaskan rangkulan tangan Fahnaz membuatkan Fahnaz terus menangis. Lepaskan rangkulan sahaja sudah buat Fahnaz menangis , apatah lagi kalau diberi pada Fleur semula.
"Fahnaz" Panggil Fleur lembut.
"Tak apa , abang bawa dia" Ujar Harraz.
"Tak apa ke? Tak ganggu abang solat?" Fleur mula berasa risau.
"Kalau abang tinggalkan dia dekat sini , sayang pula yang tak boleh solat sebab Fahnaz asik menangis. Tak apa la , mungkin dia seronok duduk dalam Masjid" Harraz tepuk tubuh belakang anaknya agar tangisan Fahnaz reda.
Fleur terus bergegas , siapkan barang - barang keperluan Fahnaz. Lampin , botol susu , baju salin , semua itu adalah perkara penting yang perlu mereka bawa walaupun mereka hanya mahu bawa Fahnaz keluar sebentar sahaja.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Short StoryFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...