Erfan Aiden menghelakan keluhan berat sebaik sampai di hadapan pintu ruangan peribadi VIP yang berada dalam sebuah hotel di Putrajaya. Erfan dan ayahnya, Erwan, perlu hadiri suatu majlis yang melibatkan menteri-menteri di negara Malaysia ini.
Dalam majlis ini, setiap menteri turut bawa anak-anak mereka sebagai peneman tetapi anak-anak mereka tidak duduk di ruangan yang sama. Tempat duduk menteri serta anak-anak mereka di asingkan. Erwan sendiri tak faham apa fungsi bawa anak-anak kalau akhirnya duduk ruangan lain?
Kalau tidak disebabkan oleh ayahnya, sudah tentu Erfan tidak mahu ikut ke majlis-majlis begini. Ya benar , Erwan Ahmad juga sudah tergolong dalam kalangan orang-orang politik. Ini semua kerana hasutan atuknya, ayah pada si Erwan. Erfan memang tidak minat dengan majlis-majlis begini kerana orang dalam majlis ini semuanya berlagak sungguh.
Pintu ruangan peribadi itu di buka oleh pekerja hotel yang jaga pintu tersebut. Dengan hati yang berat, Erfan melangkah masuk ke dalam. Tak ramai pula yang ikut kalini.
Erfan duduk di sebuah sofa kosong, agak jauh dari yang lain. Mahu cari ketenangan kononnya tapi tak sampai 10 minit Erfan duduk sendirian, dia di ganggu oleh teguran beberapa orang yang turut berada dalam ruangan itu.
"Umur dah 25 tahun pun masih kena paksa oleh bapa ke?" Sindir seorang lelaki yang lebih kurang sama umur dengan Erfan, Rayanza.
Yunus tertawa dengar sindiran Rayanza terhadap Erfan. Mereka tahu benar yang Erfan tidak suka ke majlis begini. Kalau Erfan tiba-tiba sahaja muncul bermakna yang Erfan kena paksa oleh ayahnya.
"Dah besar panjang pun masih mengharapkan duit bapa ke?" Erfan membalas tanpa tunjuk rasa takutnya.
Wajah Rayanza terus berubah apabila dengar Erfan kata begitu.
"Weh Epan! Aku nak tanyalah kan" Datang seorang lelaki lain, duduk di sebelah sofa si Erfan.
"Kau berkawan dengan keluarga Dayyan Aqil, betul?" Tanya Lutfi.
"Hm" Jawab Erfan malas seraya memeluk tubuh.
"Maksud aku keluarga besar dia, anak-anak diaorang" Lutfi bercakap dengan lebih terperinci.
"Ya aku berkawan dengan mereka semua , kenapa? Kau nak tanya tentang perkara yang tengah viral sekarang?" Erfan sudah dapat teka apa yang mahu Lutfi katakan.
Perkara viral? Sekarang memang tengah kecoh di media sosial tentang pekerjaan cucu-cucu Iqram Zaris. Sebuah artikel berkenaan Qutsam dan Amzar yang mahu ambil alih syarikat Regio beserta Avalance sudah tersebar di setiap pelosok internet.
Dalam masa yang sama, orang ramai turut simpulkan yang cucu-cucu Encik Iqram, tiada seorang pun yang berjaya dan semuanya masih mengharapkan duit mak dan ayah mereka semata kerana tidak pernah sekali pun anak-anak Encik Iqram beritahu pada media akan perkara yang cucu-cucu Encik Iqram lakukan selepas tamat persekolahan.
"Bijak! Betul ke yang anak-anak diaorang tu...kau faham je la , anak Fleur , Aisy dan yang lain tu , tengah tak buat apa-apa sekarang? Tengah menganggur?" Lutfi seolah mahu kenakan Erfan semula.
Seorang demi seorang datang dan duduk berdekatan Erfan dan Lutfi. Perbualan mereka berdua ini kedengaran seronok. Nak pula ianya melibatkan tentang berita yang tengah hot sekarang.
Erfan tersenyum senget . "Kalu aku cerita perkara sebenar pun , korang bukannya nak percaya" Kata Erfan.
Lutfi sudah buka mulut mahu membalas , tapi laju sahaja Erfan bersuara , "Tapi lebih baik aku cerita je sebab aku ada bukti. Semuanya terletak elok dalam telefon aku. Jadi kalau korang tak percaya , aku boleh tunjuk bukti terus" Ujar Erfan sinis.
Keadaan di ruangan itu sunyi menandakan yang semua orang mahu dengar akan cerita Erfan.
"Nak bercerita tentang siapa dulu ye? Terlalu banyak cerita dia" Erfan membuat muka sebentar.
ANDA SEDANG MEMBACA
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Short StoryFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...
