"Arkh!!!" Ayra Hazirah jatuh terduduk. Wajah wanita itu penuh dengan kerutan, menahan sakit yang diterima.
"Berhenti" Arah Hazzy.
"Lemah!" Jerit Daniel dari jauh.
"Kau diam!" Hazzy bertindak tegas dengan Daniel.
Firdaus sisir rambutnya kebelakang, lihat Ayra bersama pandangan kosong. Masuk kalini, sudah empat kali Ayra tumbang di tangan Firdaus, Daniel, Amsyar serta Hazzy.
Hairan. Itulah apa yang Hazzy rasakan sekarang. Selama ni jika Ayra berlawan dengan yang lain, wanita itu tak pernah kalah, malah kekal berdiri walau lebam seluruh badan. Tapi dua harini, mudah benar Ayra dikalahkan.
"Apa aku nak buat dengan kau ni ya Deas?" Soal Hazzy seraya duduk mencangkung di sebelah Ayra.
Ayra pegang dada, "Aku nak rehat" katanya.
"Kau rehat selama 12 jam semalam. Harini kau dah rehat lebih dari dua jam. Tak, kau tak boleh rehat lagi" Hazzy beri pandangan tajam pada Ayra.
"She can" Suara garau Amsyar kedengaran di gegendang telinga mereka berdua.
Hazzy helakan keluhan, "For thousands time I repeat, you are not the leader here"
"But she's my wife, let her rest or i'll make you rest for the rest of your life" Makin tajam pandangan yang Amsyar beri pada Hazzy.
"Stop bawa masalah rumahtangga korang dalam ni" Ujar Hazzy.
"Ni bukan masalah rumahtangga, ni tentang perikemanusiaan. Ada masa manusia sakit ada masa dia sihat. Ada masa dia perlu rehat ada masa dia boleh bekerja" Amsyar tak gentar untuk lawan.
"Sudahlah, Deas dah buat sebaik yang dia boleh" Firdaus akhirnya bersuara, "Biarkan dia rehat" Sambungnya. Mujurlah Firdaus ni masih ada hati.
Amsyar tolong isterinya bangun, mahu papah si isteri hingga ke ruang rehat. Daniel hanya jeling daripada jauh. Manja benar si Ayra ni sejak ada sang suami di sisi. Kalau tak sebelum kenal dengan Amsyar, sedikit belas kasihan pun Ayra tak beri pada sesiapa.
Tiba sahaja di ruangan rehat, Ayra terus baring di atas katil. Amsyar bukakan stokin serta tudung sang isteri. Ikatan rambut Ayra turut dilepaskan.
"Am kena turun bawah, sambung berlatih. Kalau ada apa - apa.." Amsyar keluarkan satu walkie talkie dari laci almari kecil sebelah katil.
"Kalau ada apa - apa, panggil Am guna walkie talkie ni" Kata Amsyar seraya letak di atas permukaan almari kecil sebelah katil.
Ayra tidak jawab walau sepatah. Wanita itu terus menutup mata. Amsyar selimutkan sang isteri sebelum beri kucupan hangat di dahi. Amsyar kemudian mengorak langkah mahu ke ruang latihan semula.
"Dathuil" Panggil Hazzy tegas.
Amsyar mengeluh kecil. Jejaka itu baru saja masuk ke dalam ruang latihan, tak sampai lima langkah. Nak tak nak, terpaksa juga hadap.
Amsyar menapak ke arah Hazzy. Di sekitar Hazzy terdapat tiga lagi pelatih iaitu Firdaus, Daniel dan Nabil. Tiada orang lain selain mereka berlima.
"Kenapa?" Tanya Amsyar tak berminat.
"Walaupun di antara kita masih tiada ketua, masih tiada jawatan, tak tahu siapa yang lagi tinggi jawatannya, tak bermakna, kau tak perlu hormat sesiapa" Ujar Hazzy.
"Celah mana pula aku biadap dengan kau ataupun orang lain? Aku cuma pertahankan isteri aku" Balas Amsyar.
"Isteri kau tu seorang Ejen Khas Negara Dathuil. Cinta ataupun tidak, ini memang tugas dia. Kalau dia lemah, tak boleh berlawan, macam mana dia nak hadap musuh?" Wajah Hazzy berkerut.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Short StoryFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...