KUAT

8K 526 47
                                        

Berkerut wajah Dayyan Aqil tatkala dengar cerita daripada adiknya , Fathi Wazif. Nada Fathi ketika bercerita benar - benar kedengaran kesal.

"Jadi sekarang ni , semua urusan Avalance , baik Avalance Malaysia mahupun Avalance dari seluruh dunia , di uruskan oleh Fleur?" Dayyan cuba untuk ulang semula cerita yang diceritakan oleh Fathi.

"Ya dan urusan penutupan Avalance Australia pun di uruskan oleh Fleur sendiri. Fathi nak tolong tapi abang tahu je la , maklumat tak akan sampai pada orang lain selain Pengarah Syarikat dan orang yang hanya boleh berkongsi maklumat hanya Pengarah Syarikat sahaja. Kalau Fleur tak mahu bahagi kerja bermakna yang dia tak mahu beri maklumat pada Fathi , jadi macam mana Fathi nak tolong Fleur?" Fathi cuba minta jalan penyelesaian daripada si abang.

Dayyan melepaskan nafas berat , "Kenapa Fleur buat macam tu? Pasti ada sebab kenapa Fleur buat macam tu" Dayyan cuba memikirkan logik.

Fathi diam untuk beberapa saat sebelum membalas , "Fathi rasa sebab Fleur rasa bersalah pada Fathi dan Zara" Ujar Fathi perlahan.

"Maksud Fathi?" Dayyan tak dapat tangkap makna di balik ayat tersebut.

"Fathi ada hantar dekat dalam group Whatsapp. Mummy tanya , apa sebab Zara keguguran. Fathi beritahu yang Zara tertekan dan tak cukup rehat. Pasti Fleur ingat sebab kerja Zara di Avalance tengah bertimbun. Memang betul , kerja Fathi dan Zara tengah bertimbun sekarang dan Fathi tak nafikan yang Zara tak cukup rehat sebab selalu kerja lebih masa tapi kami tak salahkan Fleur. Avalance berada di tahap yang membuatkan semua orang perlu bekerja lebih masa. Bukan kami je , terkadang Fleur pun duduk di pejabat sehingga pukul 10 malam. Harraz hanya datang untuk ambil Fahnaz sahaja"

"Semua orang serabut sebab sekarang ni harga semua meningkat naik jadi semua bahagian dalam Avalance perlu kerja lebih masa untuk balance-kan semuanya. Sumpah , kami tak salahkan Fleur atas apa yang berlaku pada anak kami sebab kami tahu , itu amanah kami. Cuma mungkin Fleur letak salah tu pada dia. Abang tahu tak? Sebelum Fathi fly ke Australia , beratus permintaan maaf yang Fathi terima daripada Fleur seolah Fleur tu buat salah besar pada Fathi"

"Sebab Fleur minta maaf?" Dayyan mencelah untuk bertanya.

"Sebab sepatutnya itu kerja Fleur tapi Fleur terpaksa beri pada Fathi kerja tersebut dalam masa yang sama Fathi juga kena cari perempuan yang sengaja jatuhkan Fahnaz di Australia. Fleur minta maaf banyak kali sebab dia kata dia beri Fathi kerja yang sebenarnya bukan kerja Fathi. Fleur kata dia dah terlalu banyak cuti dan abaikan kerja. Fleur cuti sebab kes sihir dia , kes rawatan dia dengan psikiatri semua jadi bila jadi macam ni , Fleur kata dia rasa serba salah la senang cerita. Dia kata dah la dia bos tapi dia juga yang selalu cuti dan beri semua kerja dia pada Fathi"

"Fathi tak tahu la nak cakap macam mana tapi sangat jelas , Fleur seolah salahkan diri dia atas semua perkara yang berlaku. Sedangkan waktu Fleur kena sihir , waktu dia jalani rawatan dan sebagainya , bukannya kita boleh agak yang perkara tu akan berlaku. Dia kesiankan Fathi dan Zara tapi dia tak kesiankan diri dia. Dia jaga Fahnaz yang tengah sakit tau abang , bukan Fahnaz yang sihat , yang boleh main sendiri. Dalam masa yang sama dia galas kerja sebesar itu? Tak pasal - pasal , adik kita pula yang masuk wad kecemasan nanti" Fathi luahkan semua kerisauannya.

"Jaga kata - kata Fathi" Nada Dayyan tiba - tiba bertukar tegas.

"Fathi bukan mendoakan tapi perkara tu akan jadi kalau Fleur terus buat semua perkara seorang diri. Masa dia balik rumah daddy haritu , abang sendiri nampak Fleur macam mana. Abang nampak muka dia , dia nampak letih. Semalam masa Fathi nampak dia dekat luar wad bersalin pun , muka dia berganda letih. Punya la Fleur tu tak rehat sampai macam tu sekali" Jawab Fathi.

"Tak akan la Harraz nak biar Fleur buat semua kerja" Dayyan bersuara perlahan.

"Dia bukan soal Harraz nak biarkan ke tidak , ini soal Fleur sendiri. Fathi tanya abang ya sekarang , apa yang abang tahu tentang kerja akak Hawa? Setakat rawat wajah orang je kan? Lain daripada tu? Urusan klinik , barangan untuk perawatan wajah dan sebagainya , abang tahu akak Hawa selesaikan macam mana?" Nada Fathi bertukar serius.

FLEUR SOPHIA || SPECIALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang